17¦I Like U

240 35 40
                                    

Dalam sekelip mata, berita tentang Yeji dan Hyunjin diketahui oleh ramai pelajar.
Mereka bukan kembar!

Derapan kaki laju berlari di koridor. Yeonjun mencari kelibat Hyunjin yang katanya diserang oleh Jaemin. Saat dia akhirnya menemukan Hyunjin, langkahnya terhenti jauh darinya.

Kelihatan Karina sedang mengelap darah pada wajah Hyunjin.
Tiba-tiba Yeji muncul mebawa Hyunjin pergi bersamanya

Sementara itu, Karina bergerak ke arah bertentangan dari bilik kolam renang. Dalam diam Yeonjun mengikutinya dari belakang. Ini ialah laluan untuk ke bilik Lee Know. Apa punca dia ke situ lepas berita Yeji dan Hyunjin tersebar?

Selang beberapa minit, Felix pula masuk ke dalam bilik Lee Know. Ini kali kedua dia nampak Felix ke situ. Paling mengejutkan apabila Felix lesap dari bilik itu seolah ada jalan rahsia ke tempat lain.

Kalau betul mereka Black Mamba, nampaknya semua ahli akan tertangkap di depan matanya sekarang jika mereka ada umumkan perjumpaan.

Tuk! Belakang kepala Yeonjun diketuk lantas satu lengan melingkari lehernya, menahannya dari begerak
"Siapa kau?" suara perempuan berbisik di cuping telinga

"wo wo rilek.." senyuman terukir tanda dia kantoi menghendap kumpulan itu.

Pantas Yeonjun menarik lengan itu sambil badan berpusing menghadap perempuan itu lalu dia menolaknya sehingga bersandar di dinding. Kini dia pula yang menahan pergerakan perempuan itu

Dia pakai topeng. Cuma mata si perempuan yang kelihatan buatkan Yeonjun merenung tajam mata itu.
"Kau siapa?" dia menyoal kembali sambil cuba meneliti matanya. Tiada respon.

Tangan kirinya naik untuk membuka topeng itu
Pssttt sempat perempuan itu menyembur semburan bawang pada mata Yeonjun

"Argh!" sambil Yeonjun mengerang kesakitan, perempuan itu pergi melarikan diri "Yah!" jeritannya sikitpun tidak diendahkan.

***

Masih Hyunjin terkejut dengan kejadian diserang Jaemin tadi manakala Yeji tidak bersuara sepatahpun melainkan tangannya sahaja yang bergerak merawat luka Hyunjin.

Dia tahu, pasti Yeji penyebab darah Jaemin bergelegak, kemarahan.
"Kau cakap apa dekat Jaemin?" dia pandang Yeji tajam.

"Ada lah" selamba dia menjawab menaikkan kemarahan Hyunjin pula. Memang suka sakitkan hati orang ke dia ni?

Tangan Yeji ditahan memintanya agar serius
"Aku dah kena serang pun kau masih nak berahsia?"

"Kita couple mulai harini, kau girlfriend aku" ujar Yeji serius mengundang tawa hambar Hyunjin

"Kita kembar! Boleh tak kau berhenti cakap pasal couple?" suaranya meninggi dek kerana terlampau geram dengan perangai Yeji

Keluhan berat Yeji lepaskan sebelum tangannya mendarat pada bahu Hyunjin agar fokus mendegar alasannya
"Na Jaemin kenal kau sangat. Dia bahkan tahu tentang Inyeop, abang kandung kau yang mati dekat tempat ni jadi tak ada guna kita tipu yang kita ni kembar. Rahsia akan terbongkar juga..."

Mata Hyunjin mula berkaca dengan air mata kerana teringatkan kematian Inyeop

".. Dia buli kau untuk dapatkan kau. Psiko. Jadi aku cadangkan kita couple supaya dia tahu yang Hwang Yeji milik Hwang Hyunjin. Aku tak nak dia kacau kau lagi" jelas Yeji.

-Experiment-ᴴᵞᵁᴺᴶᴵᴺ √☻Where stories live. Discover now