"code 1908 masuk ke dalam kawasan universiti, menuju ke kelas renang" segala maklumat tentang subjek bernombor 1908 direkodkan di dalam laptop
Hyunjin memperlahankan suara di dalam earphone agar pelajar disekeliling tidak terdengar. Jika tidak, kantoilah dia untuk menjalankan misi rahsia di dalam universiti itu.
Bukan suka-suka dia menjadi pelajar disitu tapi bersebab.
Dia diberikan tugas untuk menyiasat kumpulan haram di universiti itu.Kumpulan haram yang dikenali sebagai Black Mamba di universiti itu telah banyak melakukan kekacauan. Antaranya ialah kerosakan tanaman sekolah, keracunan makanan di kafeteria, kekotoran sumber air dan sebagainya.
Bagaimana tahu itu kerja kumpulan Black Mamba?
Ini kerana mereka akan tinggalkan cecair hitam setiap kali melakukan masalah dan kerja mereka sangat pantas seperti 'Black Mamba' ular yang paling pantas terdapat di negara AfrikaHyunjin menukar pakaian biasa kepada pakaian renang. Sesekali dia diperhatikan pelajar lain kerana dia merupakan pelajar baru disitu. Namun dia tidak kisah kerana sudah biasa begitu.
Mereka tidak tahu, Hyunjin disambut dengan penuh meriah pada hari terakhirnya di universiti lama. Semua pelajar sedih atas kehilangannya di situ. Universiti baru ini pun bakal menjadi tempatnya juga.
Hyunjin merasa suhu air kolam dengan jari-jemarinya sendiri "Suam"
Dia memakai gogel sebelum terjun ke dalam kolam renang.Para perempuan dari pasukan renang perempuan sempat mencuri pandangya wapaupun berada jauh dari tempat renang lelaki. Mereka saling berbual tentang ketampanan Hyunjin.
Keluar sahaja Hyunjin dari kolam, dia meraup wajahnya lalu menolak rambut panjangnya ke belakang mengundang jeritan dari para perempuan tadi. Dia terkejut lantas memerhati sekeliling
"Aku tak selamat." Hyunjin menutup dadanya yang terdedah dengan tangan. "Cukuplah Hyunjin" Seonghwa muncul dengan tuala menutup atas badan Hyunjin yang terdedah.
"Lama-lama kau berendam takut diorang ikut berenang sekali pula. Tak pasal-pasal universiti kita kekurangan atlet perempuan sebab semua masuk lokap" ujar Seonghwa bernada selamba dengan pandangan jijik yang masih dia lemparkan pada para perempuan tadi
Jujur Hyunjin tidak pernah bertemunya sebelum ni. Tiada seorang pun lagi yang menegurnya di sini kecuali pengajar
"Apa nama kau?" Hyunjin menyoal sambil mengelap badannya
"Aku Seonghwa." Tangan dihulur tanda berkenalan "Jadi kawan aku?" permintaan Hyunjin dibalas dengan tawa sinis Seonghwa"Sini semua pun saling berkawan. Tak perlu minta izin. Semua sporting"
Hyunjin mengangguk dan tersenyum meleret"Aku masih tak tahu selok belok tempat ni. Jadi kalau kau tunjukkan aku lepasni boleh?" Minta Hyunjin lagi "Boleh, why not boleh? Tanya semua orang pun diorang akan tunjukkan jalan untuk kau."
"Sudah-sudahla sebut pasal orang lain. Aku nak tanya kau je" geram Hyunjin "okey"
Hyunjin memandang sekeliling kawasan renang. Matanya tetiba melihat ke kawasan perempuan yang tidak jauh dari kawasan lelaki. Seorang perempuan telahpun menarik perhatiannya. Pelik. Kenapa lelaki lebih berminat kepada perempuan yang tidak memandangnya?
Perempuan itu sangat mahir dalam renang. Terjunannya ke dalam kolam pun sangat cantik.
"Nama dia Karina" Terus Seonghwa beritahu Hyunjin nama perempuan yang dari tadi Hyunjin perhatikan "Eh.. Apa kau ni?" Hyunjin malu sendiri
"Terlalu jelas wahai sahabat" Seonghwa menepuk bahu Hyunjin sebelum berlalu ke kawannya yang lain.
Hyunjin tersengih sendiri. Dia melihat semula Karina dari jauh. Cantik dan comel orangnya. Pandai pula dalam renang memang dia suka!
'Tup!'
Bunyi pintu kawasan renang yang tertutup buatkan Hyunjin menoleh memandang gerangan yang masuk ke dalam. Seorang gadis berkaca mata bulat mengenakan pakaian melebihi saiz badannya dengan rambut ditocang dua. Langsung tidak menarik minatnya untuk pandang dengan lebih lama.
Hyunjin berpaling semula ke arah Karina.
Yeji berjalan takut-takut memasuki kawasan renang. Niatnya cuma untuk berjumpa Karina bagi memulangkan bukunya yang tercicir di kafeteria.
Pasukan renang perempuan yang tadinya berbual tentang Hyunjin bertukar arah kepada Yeji pula
"Apasal dia masuk?"
"sengaja la tu nak usya budak baru"
"Suka hati je"
"Mesti dia tak cermin dirikan?"
"hahaha"Yeji hanya memekakkan telinga dan menebalkan mukanya. Dia patut menyerahkan buku itu segera supaya dapat lari cepat dari situ
Mana Karinanya?Puas Yeji menjenguk dan mencari akhirnya dia jumpa Karina baru keluar dari kolam renang. Pantas Yeji berlari ke arahnya "Karina!"
Malangnya, simen yang basah dengan air kolam buatkan Yeji jatuh terus tergolek ke dalam kolam"Hahahah" semua yang ada disitu tertawa kecuali Karina yang langsung tak menyedari kehadirannya. Dia sibuk mengelap diri.
"Hahaha" mereka masih tertawa dan mengutuk manakala Yeji masih di dalam kolam. Berat bajunya menyerap air buatkan dia sukar keluar sebaliknya tenggelam. Tambahan pula dia tak pandai berenang.
Hyunjin pula rasa risau. Hyunjin meneliti orang sekeliling langsung tak kisah dengan Yeji walaupun dia menjerit meminta pertolongan
Sebelum dia tenggelam, lebih baik dia bertindak. Hyunjin mencampak tualanya lalu terjun menyelamatkan Yeji. Aksinya itu diperhatikan semua yang ada disitu termasuk Karina
Hwang Hyunjin
Hwang Yeji
YOU ARE READING
-Experiment-ᴴᵞᵁᴺᴶᴵᴺ √☻
FanficKita ditakdirkan bersama atas dasar eksperimen yang tak direlakan. Bayangkan budak hot tertukar badan dengan budak nerd. "Jangan pakai seksi-seksi! Badan kau tu aku punya!"-Hyunjin "Jangan pakai nerd-nerd! Badan kau tu aku punya juga!" - Yeji "Bada...