Seperti biasa, Yeji duduk berjauhan daripada pelajar lain, terpencil di belakang.Hm.. by the way duduk dekat tempat belakang sekali best :3
Pintu dewan kuliah dibuka seseorang dari luar. Sebaik sahaja pelajar itu masuk ke dalam, mereka yang di dalam berbisik antara satu sama lain.
"tu lah budak baru yang aku cakap"
"Dia sama kelas dengan kita?"
"Wey handsome gila dia"
Mata Yeji terbeliak melihat si gerangan "Apa dia buat dalam kelas ni?" dia sarung hud kepala supaya si gerangan tidak dapat mengecam dirinya.
Tiba-tiba mata mereka bertemu. Yeji angkat buku seolah-olah sedang membaca manakala Hyunjin sudahpun tersenyum nakal. Kat sini rupanya kau.
Tanpa membuang masa, Hyunjin ambil papan luncur sebelum pergi mencari tempat duduk.
"Awak duduklah sebelah saya. Tempat ni kosong" pelawa seorang gadis setelah mencampak beg kawannya ke lantai.Demi Hyunjin, apapun sanggup!
Muka jijik Hyunjin pamerkan "Erk.. Taknaklah. Ramai sangat orang dekat sini. Aku nak duduk dekat situ...." Hyunjin menunding jari ke arah Yeji
"... Jauh sikit dari orang"
Pelajar lain berpaling melihat tempat yang dimaksudkan Hyunjin. Sementara Hyunjin menuju ke arah Yeji, gadis itu gelabah letak beg di kerusi sebelah kananya manakala botol air diletakkan di kerusi sebelah kiri pula dengan harapan Hyunjin tak duduk di situ.
"Hey hey hey. Aku pun bayar yuranlah. Tepikan beg ni" arah Hyunjin. Dia mencerlung geram pada Yeji.
"A.. Aku jagakan tempat.. kawan aku..hm.. duduklah dekat sana" bohong Yeji lalu dia menunjuk tempat lain yang masih belum berpenghuni
Hyunjin ketawa hambar
"Kau mana ada kawan" ujarnya sinis buatkan pelajar lain terkejut. Boleh tahan nakal juga pelajar baru ni!Bibir Yeji diketap rapat. Dia kemudian angkat muka dan pandang tajam ke dalam mata Hyunjin. Jejaka itu hanya ukirkan senyuman mengejek.
Yeji tak sangka Hyunjin melayan dia sedemikian. Tak ada kawan?
Sebelum ni punyalah dia beri semangat supaya gadis itu terus gembira. Termasuk saat Yeji menangis, dialah yang akan pujuk dengan gurauan dan pelukan.Sekarang Hyunjin sudah berubah seperti perangai asal dia dulu. Macam mana dia boleh restart diri sendiri?
"Cepatlah angkat beg kau. Nak tunggu kaki aku patah baru nak bagi aku duduk?" seloroh Hyunjin buatkan Yeji naik menyampah.
Tidak mahu terus bergaduh, Yeji alihkan begnya. Selesai Hyunjin meyelesakan diri, dia mengerling sekilas menatap muka Yeji di sebelahnya. Jelingan maut Yeji beri kepadanya tanda dia tak suka direnung begitu.
Di saat pelajar lain sudah mula membuat kerja sendiri, Hyunjin memberanikan diri menegur Yeji
"Aku dengar kat sini ada kolam renang" Hyunjin bersuara memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Tiba-tiba sahaja memori bersama Hyunjin sepanjang di kolam renang dulu terpintas di ingatan Yeji tapi hanya sedikit.
Matanya dipejam rapat manakala kepalanya digeleng kecil. Cuba menahan kenangan yang bertalu-talu ditayangkan pada kotak memorinya
"Nak dibandingkan aku yang menipu dengan kau, sebenarnya kau lagi kejam sebab lupakan aku lepastu hilang tanpa dengar penjelasan aku" kata Hyunjin dengan rasa tak puas hati.
Dia dan membebel takkan dapat dipisahkan. Yeji masih diam tak menjawab. Lepas ingatannya beransur pulih, dia mengaku bahawa dia salah kerana pergi begitu sahaja. Namun Hyunjin pun salah juga kerana tak berterus-terang malah memutar belitkan ayat.
YOU ARE READING
-Experiment-ᴴᵞᵁᴺᴶᴵᴺ √☻
FanfictionKita ditakdirkan bersama atas dasar eksperimen yang tak direlakan. Bayangkan budak hot tertukar badan dengan budak nerd. "Jangan pakai seksi-seksi! Badan kau tu aku punya!"-Hyunjin "Jangan pakai nerd-nerd! Badan kau tu aku punya juga!" - Yeji "Bada...