6¦ Black Pool

270 36 59
                                    

Yedam mengambil tempat disebelah Yeonjun di atas sofa. Rasa kesian pula Yedam melihat Yeonjun sedang menuam pipinya yang bengkak akibat ditumbuk Hyunjin di sekolah tadi

"Itu lah kau. Lain kali jangan suka-suka perlekehkan persahabatan aku dengan Hyunjin. Dahla dia tu ada aku je, kau nak rampas aku pulak. Kan dah makan penumbuk dia" bebel Yedam seperti orang tua

Yeonjun mencebik "Melampau betul dia tu!"marahnya dengan muka masam
"Dia memang macamtu."
"Tunggulah. Aku rampas Karina dari dia" Kata Yeonjun selamba mendapat pukulan dikepala oleh Yedam

"Au!!"
"Baru rampas aku dah kena tumbuk, kalau kau rampas Karina rasanya jenazah terus kau!" tengking Yedam. Yeonjun hanya memutarkan bola matanya, tidak kisah.

***

Felix masuk ke dalam makmal rahsia Lee Know. Dia menghampiri eksperimen yang paling berharga baginya

"Eksperimen switch."Dia memegang  bekas yang terisi eksperimen berwarna hitam itu dan merenungnya dengan penuh gembira.

"Kau dah pikat budak Yeji tu?" Tanya Lee Know sambil mengangkat alis berkali-kali. Felix ketawa sinis "Senang je rupanya pikat budak nerd tu"

"Hahah.. Aku dah agak, dia akan sukakan kau."Ketawa Lee know"Ni Felix kot, siapa tak suka" Felix bernada yakin

"Bagus bagus.. Senanglah kerja kita nanti" Kata Lee know sambil menepuk tangan. Felix turut menepuk tangan. Mereka berdua masing-masing tidak sabar untuk gunakan Hyunjin dan Yeji sebagai bahan uji kaji mereka.

Sasaran mereka ialah, Sambutan Hari Pelajar sedunia.

"Oh ya.. Macam mana dengan eksperimen white yang kita cuba dekat kafeteria haritu? Berjaya ke?" Soal Lee Know mengenai eksperimen yang mereka tuang di makanan pelajar

"Cuma Lia yang berjaya makan. Pada mulanya, kulit dia bertukar merah tapi bila dibiarkan beberapa jam, kulit dia berubah makin putih. Jadi eksperimen kita berjaya lagi" Kata Felix dengan bangga

"Bagus" Lee Know menepuk bahu Felix berkali-kali tanda syabas

***

Tamat sahaja latihan gimnastik, Yeji menyarungkan semula jaket besar di badannya serta memakai cermin mata. Kembali ke keadaan nerd.

Chaewon menghampirinya sambil diiringi kawan-kawannya "Jangan berani dekat dengan Felix" Chaewon melarangnya

Yeji menunduk pandang ke lantai "Okay" Jawabnya perlahan "Sambutan yang akan berlangsung sabtu ni, aku taknak nampak kau berkepit dengan abang aku kalau tak, aku akan pastikan kau dihalau dari sini"

Yeji hanya mengangguk berkali-kali sehingga mereka pergi. Ruang gimnastik menjadi kosong, cuma tinggal Yeji disitu yang masih duduk menenangkan fikiran

Masuk seorang lelaki dengan langkah perlahan namun jelas bergema di dalam ruang itu. Yeji menoleh melihat figura tersebut.

Na Jaemin.

Yeji cepat-cepat menggalas beg untuk lari dari Jaemin tapi lelaki itu terlebih dahulu berlari padanya dan  selamba memeluk bahu Yeji "Kenapa nak cepat-cepat ni? Tadi rilek je duduk?" Jaemin menyoal

"Kau nak apa?" Soalan dibalas soalan. "Aku nak apa? Hm.."dia berfikir dengan jari telunjuk menyentuh dagu. Perlahan-lahan bibirnya mendekati telinga Yeji
".. Nak kau" dia berbisik

Yeji terasa jijik. Pelukan Jaemin yang kuat itu buatnya sukar untuk meloloskan diri. Yeji menyiku perut Jaemin "Ahh!" Yeji berjaya lepaskan diri manakala Jaemin sudahpun terbaring di lantai menahan sakit

Yeji pantas berlari ke pintu namun dia berhenti untuk menoleh ke arah Jaemin yang masih terkulai di lantai "sakit..." dia separuh merengek

***

Hari yang dinanti-nantikan ramai pelajar telah tiba iaitu hari Sambutan Pelajar Sedunia.

Lama Yeji membuat pilihan untuk pakai baju apa. Baju nerd lagi ke? Dia akan jadi partner Felix, tak mungkin dia akan pakai baju sekeleh.

Dia terus mencapai baju putih di dalam almari.
Setelah Yeji bersiap, dia membaca mesej daripada Felix

Lixie
Jumpa dekat kolam renang

.
.
Hyunjin membaca mesej daripada Seonghwa

SH
Ambilkan hud aku dekat loker kolam renang. Aku sampai lambat. Thank you saranghae.

"Dia ni teruk betul. Waktu-waktu bahagia macamnilah suruh orang pergi kolam tu. Ish!" Hyunjin mengeluh geram dengan arahan Seonghwa. Mentang-mentang dia datang awal, Seonghwa suka hati meminta tolong.

Hyunjin membuka langkah seribu ke bilik renang.

Setibanya dia disitu, dia dapati pintu telahpun terbuka. Mungkin ada orang di dalam tapi, siapa yang akan ke sini sedangkan majlis berlangsung hanya di dewan?

Hyunjin perlahan-lahan masuk ke dalam. Dia  terkejut  melihat Yeji sedang duduk di tepi kolam sambil kaki direndamkan. Sakit apa dia ni datang sini?

"Apa kau buat dekat sini?" suara Hyunjin bergema mengejutkan Yeji.
"Sa.. Sss..saya.."lidahnya kelu tak tahu ingin menjawab apa.

Hyunjin semakin menghampiri Yeji"Kau bukan kelas renang tau. Ini boleh dikatakan pecah masuk kawasan"

Yeji mula gelisah dan takut. Dia berdiri dalam keadaan menggeletar. Akibat lantai yang licin, dia menjadi tidak seimbang dan jatuh ke dalam kolam

Hyunjin tercengang sambil melihat Yeji meronta-ronta di dalam kolam "Lagi?!" Hyunjin menjerit bengang. Dia perlu selamatkan Yeji lagi kalini.

"Tolong! Tolong!" Yeji menjerit meminta pertolongan. Hyunjin melepaskan keluhan berat sambil membuka jaketnya sebelum mencampakkan diri ke dalam kolam

Dia membawa Yeji ke tepi kolam lalu duduk di sebelahnya.

Hyujin pov

Aku meraup wajahku. Bengang. Sekarang aku dah basah. Macam mana nak jumpa Karina?

Sejurus selepas aku turunkan tangan, aku melihat air kolam telah menjadi warna hitam. Mataku membuntang. Kenapa air kolam ni jadi hitam? Baru tadi airnya jernih.

Aku menoleh memandang Yeji di sebelah.

"WHAT THE F***!! APASAL AKU ADA DUA?!" Aku menjerit melihat Hyunjin nombor dua dekat sebelah. Wajah dia turut menunjukkan riaksi terkejut dan keliru

Kejap.. "Kenapa suara aku.." macam perempuan? Aku melihat pantulan di dalam air "WHAT?! KITA DAH TERTUKAR BADAN!" Aku menjerit sehingga bergegar ruang kolam renang itu

" macam perempuan? Aku melihat pantulan di dalam air "WHAT?! KITA DAH TERTUKAR BADAN!" Aku menjerit sehingga bergegar ruang kolam renang itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
-Experiment-ᴴᵞᵁᴺᴶᴵᴺ √☻Where stories live. Discover now