Sampai ke senja Yeji duduk di bangku sambil merenung Sungai Han. Dia tak boleh bangun, pening sangat!
"Bila dia nak datang?" rengeknya mencari-cari bayang Hyunjin. Setengah jam yang lepas dia dah mesej 'lelaki' tu minta dia datang.
"Tu pun dia" dia perasan Hyunjin sedang berlari ke arahnya
"Macam mana kau boleh pening?" soal Hyunjin dengan nafas tercungap-cungap kerana baru lepas berlari"Kau letak apa dalam air kau?" soal Yeji kembali dengan geram. Kening sebelah Hyunjin terangkat "Air aku?"
"Aku dapat sakit kepala ni disebabkan aku minum air kau la. Mesti kau pun pening tadi sebab minum air tu kan?" teka Yeji
Terdiam Hyunjin bila memikirkan semula dalang yang memberikan air itu kepadanya. Seonghwa..
Bila difikirkan semula, waktu berlatih haritu pun dia pening lepas minum air yang Seonghwa beri. Dia mula rasa geram. Jadi Seonghwa sengaja berikan air tu supaya Hyunjin kalah?
"Ini bukan masa untuk termenung!" bising Yeji apabila Hyunjin tak menjawab pertanyaannya
"Diamlah. Cepat naik belakang aku. Kita dah lambat nak pergi makan" Hyunjin cangkung membelakangi Yeji.
Sebaik sahaja Yeji naik dibelakangnya, Dia terus bergerak ke kereta.
***
Gambar Lee know, Felix, Karina dan Seonghwa ditampal sebaris dengan tajuk di atasnya ialah 'Black Mamba'
Kemudian pada hujung gambar terakhir Yeonjun menconteng tanda soal. Tanda dia tak tahu siapa ahli ke lima kumpulan itu.
"Kau rasa siapa?" Yeonjun menyoal Yedam di sebelahnya "entah" Yedam angkat bahu. Senang betul kerja dia tak siasat langsung
"Apa je yang kau tahu?" perli Yeonjun "Ish.. Aku datang sebab nak teman kau je okay?"
Malas Yeonjun ingin dengar alasan Yedam. Dia sambung memikirkan cara untuk menangkap ahli terakhir
"Tapikan.. Felix ada adik perempuan. Kau tak rasa ke adik dia pun Black Mamba?" kata Yedam. "Felix ada adik?" Yeonjun jadi blur
"Pft— takkan kau tak tahu?"
"Aku tak tahu"
"Diorang kembar kedua popular lepas Hyunjin dengan Yeji tau. Apa la kau ni. Apa je yang kau tahu?" kalini Yedam memerli kawannya itu pula.
Yeonjun menjeling ke atas "Chaewon adik Felix" beritahu Yedam "Oh.. Budak gimnastik tu ke?" Yeonjun macam pernah dengar nama tu
Yedam mengangguk.
"Jadi perempuan yang pakai topeng tu mesti dia.."Yeonjun maksudkan tentang kejadian di mana seorang perempuan menyembur semburan bawang pada matanya supaya dia tak dapat intip ahli Black Mamba
***
Tuk tuk tuk
Pintu rumah dibuka Jaemin. Dia lihat Lucas dan Wooyoung dengan tatapan bosan
"Korang nak apa lagi?" malas dia nak layan"Biasanya waktu macamni kau akan datang rumah aku sebab omma dengan appa kau tak ada kat rumah" kata-kata Lucas tak dapat Jaemin fahamkan.
"So kenapa?"
"Memandangkan diorang tak ada dekat rumah, biar kitorang jaga kau" kata Wooyoung pula dengan senyuman sinis. 'jaga' yang dimaksudkan mereka lebih kepada 'buli' sebenarnya
YOU ARE READING
-Experiment-ᴴᵞᵁᴺᴶᴵᴺ √☻
FanfictionKita ditakdirkan bersama atas dasar eksperimen yang tak direlakan. Bayangkan budak hot tertukar badan dengan budak nerd. "Jangan pakai seksi-seksi! Badan kau tu aku punya!"-Hyunjin "Jangan pakai nerd-nerd! Badan kau tu aku punya juga!" - Yeji "Bada...