5¦ Kekuatan

264 41 71
                                    

"Datanglah Hyunjin. Sambutan ni untuk kita" ajak Karina buatkan Hyunjin tersenyum lebar

"Eh mesti mestilah saya datang" jawab Hyunjin dengan yakin. Karina hanya tersenyum lalu dia bergerak pergi. Seonghwa sudahpun tersenyum mengejek kepada Hyunjin "kau tak nak pergi kan?" tanya Seonghwa sengaja

"Kau dah gila? Aku pergilah!" Tengking Hyunjin dibalas jelingan Seonghwa

***

Felix mengajak Yeji berborak di atas bangunan Universiti sambil menghirup udara segar "Awak pergi sambutan sabtu ni?" soal Felix

Yeji berfikir sebelum menjawab "Tak. Saya takkan pergi lagipun saya tak ada kawan" jawab Yeji bernada kecewa.

"Jangan macamtu. Jomlah Yeji, saya kan ada" Ajak Felix bersungguh-sungguh. Yeji tidak menjawab. Felix terus meraih tangan Yeji "Jadi partner saya waktu tu. Boleh?" Pinta Felix buat Yeji terkejut. Partner?

***

Seorang pelajar lelaki memakai baju hud hitam bersama pelitup muka dan kaca mata hitam. Dia masuk ke dalaman kawasan dapur kafeteria secara diam-diam lalu menaburkan serbuk hitam ke dalam makanan yang akan dihidangkan untuk pelajar.

Dia cepat-cepat keluar setelah kerjanya selesai. Pelajar mula masuk ke dalam kafeteria setibanya waktu rehat bermula

Hyunjin mengambil dulang makanan di kaunter lalu mengambil tempat duduk di sebelah Seonghwa "Awal kau sampai kafeteria" Tegur Hyunjin "Aku datang sini sebelum waktu rehat lagi" jawabnya dibalas gelengan Hyunjin

Hyunjin memerhatjkan makanannya "Makanan harini nampak sedap!" katanya dengan teruja "Makan je la." arah Seonghwa

"Aegh!!! Arh!!" jeritan seorang pelajar perempuan menarik perhatian semua pelajar disitu. Dia menjerit setelah makan makannya. Mukanya berubah menjadi merah kesan dari makanan itu.

Hyunjin melihat makanan miliknya. Dia dapat lihat serbuk hitam dari mata kasarnya. Tak lain tak bukan, ini kerja Black Mamba "Semua pelajar berhenti makan!" Teriak Hyunjin kuat di dengari dan dipatuhi semua

Dia menghampiri perempuan tadi "Bawa dia pergi bilik kesihatan" arah Hyunjin pada rakan perempuan itu.
"Makanan kita dah kena racun. Buang makanan korang cepat" Arah Hyunjin. Dia turut membuang makannya ke dalam tong sampah

"Nasib baik kau tak makan tadi" Kata Seonghwa dengan lega "itulah.. Oh ya.. Kau cakap kau datang sini awal tadi kan?" tanya Hyunjin. Seonghwa mengangguk tanda betul "Kau nampak sesiapa suspicious masuk kawasan dapur tak?" tanya Hyunjin lagi

"Tak ada pulak" Jawabnya
"oh.." Hyunjin agak kecewa kerana terlepas "Tak apa lah. Aku nak pergi masuk dapur. Jangan tunggu aku tau"

"okeylah. Aku pun nak pergi sekarang" Seonghwa mencapai hud hitamnya di kerusi dan berlalu pergi setelah melambai tangan kepada Hyunjin

Hyunjin memasuki kawasan dapur dan berjumpa dengan tukang masak "Betul ke ahjuma tak nampak sesiapa masuk dapur?" soalnya lagi setelah diberi jawapan yang tak diharapkannya

"betul nak.. Makcik tak perasan langsung."kata makcik tersebut. Hyunjin memerhatikan sekeliking, tiada rakaman CCTV"perkara ni dah berlaku bukan sekali. Makcik masih tak pasang rakaman CCTV?" bengang Hyunjin.

Makcik itu kelihatan terkejut "Makcik dah pa--" percakapannya terhenti setelah menyedari CCTV yang digantung hilang "Dia dah tanggalkan CCTV tu" kata makcik itu dengan terkejut

-Experiment-ᴴᵞᵁᴺᴶᴵᴺ √☻Where stories live. Discover now