10:30 AMHyunjin mengeluh panjang menunggu ketibaan Felix. Janji pukul 10 sekarang dah setengah jam dia tunggu. Call tak angkat. "Accident ke apa?" fikirnya sendiri
"5...4...3...2...1... Balik!" Hyunjin bangun lalu dia keluar dari kafe itu menuju ke motosikal miliknya. Disaat dia sedang memakai topi keledar, muncul sebuah kereta besar berhenti di depan kafe itu
Sebaik sahaja pintu kereta dibuka, Hyunjin lihat Felix di dalam bersama seorang perempuan yang sangat dia kenali. "Yeji?"
Selesai Felix menjejaki tanah, kereta itu berlalu pergi. Kini dia menuju ke arah Hyunjin dengan tergesa-gesa "Sorry wey aku lambat!" bahu Hyunjin dipegang memaksa lelaki itu turun dari kenderaan
"Aku merajuk. Pergi kau" tangan Felix ditepis kasar "Ala kau ni sorry la" Felix mencabut topi keledar di kepala Hyunjin. Jelas kelihatan wajah monyok kawannya itu
"Siapa perempuan dalam kereta kau tadi ha?" soalan Hyunjin buatkan Felix membatu seketika.
"Ah... Itu.." dia garu kepala yang tak gatal"Perlu ke rahsiakan hubungan kau dengan Yeji dari aku? Patutlah Yeji hilang selama ni sebab dia taknak aku tahu hubungan korang-"
"Eh bukan.. Bukan! Itu bukan Yeji!" potong Felix sambil ketawa. Hyunjin jadi keliru. Gadis dalam kereta tadi betul-betul seiras Yeji. Mustahil bukan dia! "Habistu?"
"Itu erm..dia tu.. Hwang Yena, girlfriend aku erm.."
Hyunjin tercengang "Pft- memalukan" bisiknya sambil menutup mulut sendiri dengan tangan kerana dia sangkakan gadis tadi Yeji.
"Sejak bila kau ada girlfriend ha? Ish!" Hyunjin berpura-pura ingin menumbuk Felix
"Hehe.. Ada la. Jom masuk" Felix tersengihTelefon Hyunjin tiba-tiba berdering "Masuklah dulu. Dahyun call aku ni" arahannya Felix akur.
"Hi Hyunjin! Hm... free ke?" tanya Dahyun"Expensive"
"Betul-betul la! Emergency ni!"
"Eh betul la. Aku tengah date dengan Felix—"
Tut.. Bunyi talian diputuskan
Dia mengetap bibirnya, geram "Ish dia ni!"***
Dia yang tadinya langsung tak dipandang, kini dia jadi tumpuan pula setelah bergaduh dengan gadis tadi atau lebih tepat, Jeon Somi.
Kepalanya tertunduk ingin elak daripada bertentang mata dengan pelajar lain manakala langkahnya dilajukan dalam keadaan kepalanya masih pening dan sakit.
Akibatnya, dia terlanggar lagi dengan seseorang. Kalini lelaki pula "Jangan pukul saya!" jerit Yeji dengan mata tertutup rapat manakala tangannya menjadi penghalang jika pukulan melayang ke arahnya.
"Jangan takut" lembut suara lelaki itu menegur. Dia kemudiannya menurunkan tangan Yeji sebelum mengusap perlahan kepala gadis itu untuk memberikan rasa selamat. Perlahan-lahan Yeji membuka matanya yang bergenang dengan air mata
"Jae... Jaemin.. Kau dah sembuh?" seakan tak percaya, Jaemin yang dikatakan hanya ada harapan tipis untuk sembuh kini sudahpun berada di depannya
"Dah lama. Kau tak lawat aku pun. Tch— sampai hati kau" Jaemin mencebik lantas bahu Yeji dipukul manja.
Yeji tak bersuara. Tak tahu hendak beri riaksi apa kepada Jaemin.
Jaemin yang sekarang sangat mesra. Jauh beza dengan yang dulu jadi dia keliru sama ada ingin bersikap mesra juga atau berdendam dengan 'bekas' pembuli dia ni.
YOU ARE READING
-Experiment-ᴴᵞᵁᴺᴶᴵᴺ √☻
FanfictionKita ditakdirkan bersama atas dasar eksperimen yang tak direlakan. Bayangkan budak hot tertukar badan dengan budak nerd. "Jangan pakai seksi-seksi! Badan kau tu aku punya!"-Hyunjin "Jangan pakai nerd-nerd! Badan kau tu aku punya juga!" - Yeji "Bada...