25¦ Sunflower

198 33 36
                                    

Beg bajunya diletakkan di dalam almari. Tak perlu digantung baju-bajunya sebab dah nak pindah. Nanti senang bawa terus.

Kemudian Yeji menghempaskan badannya ke atas katil. Penat setelah menjalani hari yang panjang.

Ting! Dia membuka mesej daripada Hyunjin

'esok pagi aku jemput kau. Kita pergi jumpa KPR. Kau sebahagian daripada kumpulan ni. Ingat!'

Kali pertama dia dengar KPR waktu Hyunjin luahkan punca dia sukakan Yeji tadi. Rupa-rupanya Yeji pun terlibat dengan pasukan ni?

***

Topi keledar dibuka sebaik sahaja mereka tiba di sebuah bagunan. Mereka membetulkan keadaan rambut masing-masing

"Masuk nanti, jangan cakap apa-apa pasal hubungan kita dekat diorang tau" pesanan Hyunjin buatkan Yeji pelik

"Kenapa pula? Bukan ke semua tahu?"

Susah untuk Hyunjin jelaskan perkara sebenar kepada Yeji. Memang betul semua tahu tapi cuma KPR yang tahu hubungan mereka yang sebenarnya adalah palsu.

Asal-usul hubungan ni pun sejak Hyunjin tipu Jaemin bahawa mereka dia dan Yeji couple. Berita itu tersebar diketahui ramai. Hakikatnya, itu cumalah satu penipuan.

"Aku tak nak kecoh-kecoh" dia beri alasan tak kukuh. Jelas sekali di universiti semalam dia yang memulakan kekecohan bersama Yeji di hadapan ramai orang

"Hm okay" Yeji hanya bersetuju. Dia terlebih dahulu masuk ke dalam

"Haa sampai pun kembar kita" ujar Heejin sebelum sambung meniup belon bersama Jongho dan Tzuyu

Mereka adakan majlis kecil di situ sempena menyambut penangkapan Black Mamba.

"Yeji, mana Hyunjin?" soal Hongjoong sambil terjenguk-jenguk mencari kelibat Hyunjin "Sini!" Hyunjin menyusul berdiri bersebelahan Yeji

"Ha panjang umur. Rasanya kita dah boleh mulakan majlis kita" ujar Dahyun "Felix belum sampai lagi" sela Hongjoong

Mereka semua terkejut termasuk Yeji "Felix pun terlibat?" soal Yeonjun tak sangka "Ye la. Kalau  dia tak khianat Black Mamba, kita takkan berjaya tangkap mereka sekarang" beritahu Hongjoong

"Kenapa pula dia khianat Black Mamba?" pertanyaan Yeji buatkan mereka teralih padanya.

"Kami tak dapat bagitahu sekarang. Risau kepala awak akan sakit nanti kalau awak paksa diri untuk ingat" jawapan Dahyun berbeza sekali dengan Hyunjin yang suka beritahu segalanya terus

"Sorry lambat!" Felix muncul dengan nafas tercungap-cungap. "Okey jom mula!" laung Jongho

Tzuyu menatang dulang yang tersusun dengan 5 pin lencana bergambar ular Black Mamba. Dia kemudiannya mengiringi Hongjoong dalam menampalkan 5 pin lencana itu pada setiap ahli yang terlibat. Bermula dengan Yeonjun, Yedam, Yeji, Hyunjin dan akhir sekali Felix.

"Tahniah semua. Untuk misi yang seterusnya, bolehlah saya letakkan kepercayaan yang penuh pada kamu berlima" ucap Hongjoong dengan bangga sebagai ketua kumpulan itu

"Terima kasih Sarjan" mereka menunduk hormat

"ok dah jom makan" itulah saat yang dinantikan Jongho. Dia tak ada masa nak sambut semua ni. Tapi bab makan, banyak je masa dia. "Jom!" setuju yang lain

-Experiment-ᴴᵞᵁᴺᴶᴵᴺ √☻Where stories live. Discover now