••••••
"MinMin, betul ke nanti MinMin kena pindah?"
Tanya YuYu kepada kawan baik dia, MinMin. Patung yang dibawa dia itu dipeluk dengan erat.
MinMin yang baru sahaja selesai membuat kerja sekolahnya itu sekadar mengangguk sahaja. Dia tidak memandang pun YuYu sudah berada di sebelahnya sambil mengembungkan kedua pipi.
"Alaa... MinMin kena pindah kat mana?" soal YuYu lagi.
"Omma kata kitorang akan pindah kat bandar," jawab MinMin bersahaja.
YuYu yang mendengar jawapan MinMin itu mula memberontak. Tangannya pantas memukul patung puppy dia itu dengan kuat tanda marah.
MinMin mengeluh kecil. Dia tahu YuYu pasti sedih selepas dapat tahu bahawa dia akan berpindah tidak lama lagi. Namun dia tidak dapat untuk berbuat apa-apa. Dia terpaksa mengikut keluarganyabkerana dia tiada pilihan lain lagi.
"Bosanlah YuYu nanti... MinMin tak ada nanti mesti YuYu sunyi..." cebiknya.
"Tapi YeoYeo kan ada," kata MinMin cuba memujuk kawannya.
"YeoYeo tak best macam MinMin. YeoYeo pendiam. Tak suka layan orang. YuYu tak rapat dengan YeoYeo."
Balas YuYu dengan lebar membuatkan MinMin terdiam seketika. Dia tidak tahu apa lagi yang patut dia balas.
YuYu yang dari tadi masam mencuka itu mula merubah muka. Dia tiba-tiba sahaja menangis membuatkan MinMin terkejut.
"YuYu! Wae menangis ni?" soalnya takut.
"MinMin janganlah pindah... YuYu nanti tak ada kawan..." luahnya dengan suara serak.
MinMin cuba untuk memujuk YuYu supaya berhenti menangis. Namun apakah daya kerana dia tidak pandai memujuk orang. YuYu semakin kuat menangis sehinggakan budak-budak lain memandang mereka dengan penuh hairan.
"Alaa YuYu... Janganlah sedih. MinMin janji nanti MinMin akan balik kat sini semula," ujar MinMin seraya cuba tenangkan YuYu dengan perlahan.
"Ta-tapi nanti MinMin lupa YuYu."
"Takkan! Percayalah kata MinMin ni!"
Dengan yakin dia kata begitu pada YuYu. Tanggisan dia mula berkurang setelah mendengar kata MinMin tadi.
"Janji ehh? Yang MinMin balik sini semula and jumpa dengan YuYu semula?" MinMin mengangguk kepala berkali-kali seperti burung belatuk.
"Ya! MinMin janji!"
Katanya lalu membuat pinky promise dengan YuYu.
Beberapa hari kemudian, MinMin terpaksa mengikut keluarganya untuk berpindah ke Incheon atas sebab urusan kerja.
Maka tinggallah YuYu seorang diri di tadika itu bersama YeoYeo. Mereka memang kawan baik tetapi mereka tidak begitu rapat.
YeoYeo seorang yang pendiam. Dia tidak suka berbual dengan ramai orang dan juga dia sangat pemalu. Sungguh YuYu berasa sangat sunyi sejak MinMin berpindah.
Dia berharap sangat agar MinMin balik ke Seoul semula dengan cepat. Namun dia tahu itu semua hanyalah angan-angan sahaja.
•
•
•
•
TBC
YOU ARE READING
[C] Dark Corridors ☾윤기☽
Fanfiction❝ Jangan pergi ke dark corridors tu seorang diri. Ada sesuatu yang menunggu kat situ...❞ ✧*:.。.✎ateez yungi's mystery fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI ⚠️ Start : 29 April 2021 End : 9 May 2021 Cover : Thanks @babytaehyun_ for this bea...