•••••••
"Huh... Lama betul Mingi ni keluar. Dia pergi tandas ke atau buat tandas?"
Cemuh Wooyoung sambil memuncungkan bibirnya. San yang berada di hadapan dia sekadar tersenyum nipis sahaja.
"Mungkin lepas ni dia akan sampai? Sabarlah..." ujar San dengan matanya masih lagi tertumpu pada skrin iPhone miliknya.
"Kau tu asyik main phone jer... Cuba layan aku ni," cebik Wooyoung mengada.
San menggulingkan kedua bola matanya. Lantas dia meletakkan iPhone dia di atas meja dan berbual dengan Wooyoung seketika.
Tidak lama kemudian, Mingi muncul dalam kelas. Lantas Wooyoung memanggil dia ke mari.
"Mingi-ya, kau kenapa lambat sangat?" tanyanya. Mingi lantas mengambil kerusi lalu duduk di sebelah dia.
"Sorry. Perut aku tadi buat hal tu yang lambatnya," tipu Mingi bersahaja.
Dia tidak mahu memberitahu perkara sebenar yang dia sebenarnya pergi ke dark corridors dan berjumpa dengan Yunho.
Takut nanti sekiranya mereka berdua marah, lagilah dia susah. Ingat mahu sangat ke dengar bebelan mereka tu.
"Oh ya, kitorang sebenarnya masih curious dengan budak yang kau tanya pagi tadi," kata San membuatkan Mingi hairan sedikit.
"Kenapa pula?" soalnya pelik.
"Sebab budak tu macam kawan Yeosang yang hilang sebulan lalu. Dia berambut hitam and tinggi macam galah," ujar San lagi.
"Apa nama dia?" soal Mingi lagi.
"Itu kitorang tak tahu. Sebab dia jenis tak menonjol juga sama seperti Yeosang," balas Wooyoung pula.
Mingi mengangguk tanda faham. Dalam hatinya tertanya bagaimana kawan Yeosang itu boleh hilang secara tiba-tiba. Sudahlah tidak dapat dikesan langsung.
Mingi pantas menoleh ke tempat duduk Yeosang. Dia masih lagi belum berada dalam kelas. Mungkin terlalu sibuk di perpustakaan? Tekanya...
"Oh ya, ada ke orang lalu kat kawasan dark corridors tu?" Mingi bertanya lagi pada mereka berdua.
"Ada jer cuma tak ramai. Yalah sebab koridor tu gelap dan banyak benda pelik-pelik berlaku kat sana," balas San lebar.
Mingi terdiam seketika. Kini dia berasa sangat keliru. San kata bahawa benda pelik akan berlaku sekiranya lalu di kawasan dark corridors itu.
Manakala Yeosang pula melarang Mingi sekeras-kerasnya untuk lalu ke kawasan dark corridors tanpa sebab yang kukuh. Dia tidak tahu mahu percaya dengan yang mana satu.
••••••
Di kawasan koridor yang gelap, Yunho berjalan di situ seorang diri. Sesekali dia menyanyi kecil untuk menghilangkan rasa bosan.
Pisau yang dipegang olehnya itu digenggam dengan erat. Dia menatap pisau itu seketika sebelum mencampakkan ia jauh darinya.
Kemudian, dia menangis secara tiba-tiba. Dia terduduk dan melepaskan segala kesakitan dia di dark corridors itu.
Hatinya berasa sangat sakit.
Tiada sesiapa pun yang memahami dia...
Dia terlalu penat untuk hadap semua masalah ini...
Dia tahu...
Tiada siapa yang akan hiraukan fasal dia...
•
•
•
•
TBC
YOU ARE READING
[C] Dark Corridors ☾윤기☽
Fanfiction❝ Jangan pergi ke dark corridors tu seorang diri. Ada sesuatu yang menunggu kat situ...❞ ✧*:.。.✎ateez yungi's mystery fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI ⚠️ Start : 29 April 2021 End : 9 May 2021 Cover : Thanks @babytaehyun_ for this bea...