┉ 어두운 복도 12

372 86 5
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

"Mingi, kau pergi mana tadi?" soal Wooyoung sebaik sahaja melihat Mingi tiba di kelas.

Dia melabuhkan punggung di sebelah San. Selepas sahaja itu dia terus minum air sebelum dia menjawab soalan Wooyoung tadi.

"Aku pergi luar jumpa dengan kawan aku kejap," jawab Mingi bersahaja.

"Siapa?" soal San pula.

"Yunho."

Balasnya ringkas. San mengangguk tanda faham tetapi Wooyoung berasa sedikit pelik.

"Yunho mana ni?" tanya Wooyoung lagi ingin tahu.

"Aku tak tahu dia kelas mana tapi yang pastinya dia sebaya dengan kita," jawab Mingi lagi dengan matanya tertumpu pada skrin iPhone.

Wooyoung berasa ragu-ragu dengan jawapan yang diberikan oleh Mingi tadi. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena di sini.

Belum sempat lagi Wooyoung mahu bertanya, guru kelas mereka, Miss Aileen terus masuk ke dalam kelas dengan riak wajah yang sedikit risau.

Riak wajahnya itu membuatkan semua pelajar kelas 6-3 tertanya-tanya mengapa. Lantas mereka kembali ke tempat duduk mereka sendiri.

"Semua, miss nak umumkan berita yang mengejut." Katanya membuatkan semua anak-anak muridnya terdiam serta merta.

"Rakan sekelas kamu, Yeosang terlantar di hospital akibat cubaan bunuh diri."

Berita yang disampaikan oleh Miss Aileen tadi tidak memberikan apa-apa kesan pada semua pelajar kelas 6-3. Bahkan, mereka seperti dapat agak itulah yang bakal berlaku.

Mingi terkejut. Dia hairan mengapa riak wajah rakan sekelasnya tidak menunjukkan mereka terkejut atau sedih. Semuanya dengan riak yang mendatar sahaja.

"Saya tidak dapat mengajar kamu sekarang sebab saya kena tengok keadaan Yeosang. Kamu semua boleh buat kerja sendiri," ujar Miss Aileen lagi lalu bergegas keluar dari kelas untuk pergi ke sesuatu tempat.

Selepas sahaja Miss Aileen keluar, maka bermulalah gosip di kelas 6-3 sesama sendiri.

Mingi terus menghampiri tempat duduk Wooyoung dan San untuk berbual seketika.

"Yah, kenapa korang tak terkejut lepas dengar berita tadi?" tanya Mingi ingin tahu.

"Sebabnya ni bukan kali pertama kitorang dapat berita macam ni. Dah banyak kali and semuanya fasal cubaan bunuh diri Yeosang," jawab San lebar.

"A-apa maksud korang?" soal Mingi lagi tidak faham.

"Sejak kawan dia tu hilang, Yeosang mula berperangai pelik. Dia selalu bawa pisau ke mana-mana dan dia selalu cuba untuk bunuh diri. Tapi tak pernah berjaya," terang Wooyoung pula membuatkan Mingi terdiam seketika.

Baru waktu rehat tadi Yeosang menegur dia fasal dark corridors tu. Tiba-tiba sahaja dia terus dapat berita tentang Yeosang cuba untuk membunuh diri.

"Ibu bapa dia tahu ke fasal ni?"

"Entahlah. Kitorang bukannya kawan Yeosang jadi kitorang tak tahu macam mana hubungan Yeosang dengan keluarga dia," balas San.

Mingi mengeluh kecil. Sungguh dia berasa pelik betul dengan sikap Yeosang.

Anak orang kaya, pendiam, tidak mempunyai kawan malah pernah cuba banyak kali untuk bunuh diri.

"Agaknya apalah masalah dia tu?" gumam Mingi dalam hati.

TBC

[C] Dark Corridors ☾윤기☽Where stories live. Discover now