•••••••
Mingi terdiam seribu bahasa selepas sahaja Yeosang mengatakan bahawa dia merupakan kawan baiknya ketika dia kecil iaitu YeoYeo.
"Kau... Mengarut kan?" Mingi cuba untuk menafikan. Namun Yeosang memandang dia dengan penuh serius.
"Mingi, aku tak main-main. Akulah YeoYeo yang kau tak berapa rapat dulu!" Kata Yeosang tegas membuat Mingi terhinjut bahu.
"Jakkaman... Habis Yunho tu pula? Bukan ke dia hilang? Apa sebenarnya yang terjadi ni?" Soal Mingi ingin tahu. Sungguh dia berasa sangat keliru sekarang ini.
"Berita yang kau dengar Yunho hilang tu sebenarnya palsu. Dia tak hilang pun tapi dia memang dah tak ada sekarang," jawab Yeosang membuatkan Mingi tergamam.
"A-apa..."
Yeosang menghela nafasnya dengan berat. Lalu dia mula menceritakan kisah sebenar apa yang sudah berlaku pada Yunho dulu.
•••••••
Beberapa tahun lalu...
Selepas sahaja Mingi berpindah, Yunho menjadi seorang yang pendiam. Dia tidak seceria seperti dulu.
Yeosang berasa sedikit bersalah. Dia tidak mahu melihat kawan baiknya terus begini. Jadi dia cuba sedaya upaya untuk menceriakan Yunho seperti dulu.
"YuYu jangan murung macam ni. YeoYeo kan ada," ujarnya pada Yunho.
"Tapi... YeoYeo tak macam MinMin," kata Yunho perlahan.
"Gwenchana! YeoYeo akan cuba buat YuYu tak bosan!"
Sejak dari itu mereka berdua semakin rapat. Tidak sangka pula mereka akan menjadi akrab sehingga mereka menjejakkan kaki mereka ke alam sekolah menengah tinggi.
••••••
Beberapa bulan kemudian...
Yeosang dan Yunho ditempat ke kelas berlainan. Yunho berada di kelas 6-1 manakala Yeosang pula kelas 6-3.
"Alah! Kalau aku tak gagal, mesti aku sama kelas dengan kau!" omel Yeosang. Yunho yang berada di hadapannya sekadar tersenyum sahaja.
"Tak apa. Waktu rehat nanti kan kita boleh lepak," ujar Yunho pada Yeosang.
"Tapi... Bosanlah aku kat kelas. Kau pun tahu kan kat sini aku cuma ada kau jer. Aku mana reti nak rapat dengan orang lain," balas Yeosang lebar sambil mengembungkan kedua pipinya.
YOU ARE READING
[C] Dark Corridors ☾윤기☽
Fanfiction❝ Jangan pergi ke dark corridors tu seorang diri. Ada sesuatu yang menunggu kat situ...❞ ✧*:.。.✎ateez yungi's mystery fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI ⚠️ Start : 29 April 2021 End : 9 May 2021 Cover : Thanks @babytaehyun_ for this bea...