┉ 어두운 복도 19

391 80 9
                                    

••••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••••

"Kenapa Yunho bunuh diri dia depan aku tadi?" soal Mingi ingin tahu.

Yeosang tidak memberikan apa-apa respond terhadap soalan Mingi tadi. Bahkan, dia sudah agak sebenarnya.

"Kau ingat tak setiap kali kau tanya masalah Yunho, dia mesti pergi tinggalkan kau?" soal Yeosang pula.

Mingi juga baru perasan. Setiap kali dia bertanya apa masalah Yunho, dia akan pergi atau tidak jawab pun.

"Haah! Wae?"

"Sebabnya dia nak beritahu apa yang sebenarnya dah jadi kat diri dia dulu. Cara dia mati tu, lebih kurang sama dengan situasi aku dulu."

Jawab Yeosang ringkas. Walaupun Mingi tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Yeosang, namun dia sekadar mengangguk sahaja.

Yeosang mula bangun dari duduknya. Lalu menuju ke pintu perpustakaan dan memulas tombol pintu.

"Yah! Jangan buka!" Halang Mingi. Yeosang pantas menoleh.

"Kenapa? Kau takut ke?" tanya Yeosang sinis membuatkan Mingi terdiam.

"Gwenchana. Aku akan pastikan yang Yunho tak ada. Now, follow me."

Panggil Yeosang. Mingi yang mula berasa takut itu hanya akur sahaja.

Dia berjalan mendekati Yeosang. Selepas sahaja pintu dibuka, dia mengajak Mingi untuk keluar dari perpustakaan.

"Mingi, aku nak kau simpan gambar kita ni baik-baik." Pesan Yeosang lalu memberikan sekeping gambar mereka pada Mingi.

"K-kau nak ke mana?" soal Mingi tergagap. Dia mula berasa tidak sedap hati.

"Aku nak pergi ke dark corridors. Aku nak ikut Yunho," balas Yeosang bersahaja membuatkan Mingi terkejut.

"Yah! Kau gila ke? Janganlah!" Mingi cuba untuk menghalang Yeosang.

"Mingi, aku tak sanggup biarkan Yunho sendirian kat sana. Aku dah janji dengan dia dulu..." ujar Yeosang lagi.

Baru sahaja Yeosang mahu melangkah pergi, Mingi sempat menarik dia ke dakapannya. Yeosang terkejut. Mingi sudah mula menangis.

"Yah! Mingi lepaskan aku!"

"Tak nak! Aku tak sanggup biarkan kau pergi!"

Jerit Mingi. Suaranya serak akibat menangis. Yeosang hanya mampu tersenyum tawar. Dia membalas pelukkan Mingi tadi lalu melepaskan dirinya perlahan-lahan.

"Mingi, tolong dengar kata aku ya? Aku nak kau pergi jauh dari dark corridors sekarang..." Mingi terkejut dengan kata-kata Yeosang tadi.

"Mwo? Yeo, aku takk--"

"JEBAL SONG MINGI!"

Terus Mingi terbisu setelah Yeosang meninggikan suara kearahnya.

"Aku kira sampai tiga, kau kena pergi sekarang." tambah Yeosang lagi.

"Tapi Yeosang, aku--"

"Satu..."

Mingi tergamam sebaik sahaja Yeosang mula mengira.

"Dua..."

"Ti--"

Mingi tiada pilihan lain. Lantas dia berlari meninggalkan Yeosang seorang diri di depan perpustakaan.

Yeosang tersenyum kelat setelah melihat bayangan Mingi tidak kelihatan. Lalu dia melepaskan keluhan kecil.

Dia mula membuka langkah menuju ke dark corridors. Di situ kelihatan Yunho sudah lama berada di sana. Yeosang tersenyum kecil.

"Kau serius ke Yeo?" soal Yunho inginkan kepastian.

Dia mengangguk. Matanya juga sudah berkaca. Yunho terkedu sedikit.

"Kita dah janji kan dulu? Jadi aku serius..."

Balas Yeosang dengan suara yang serak. Pisau kecil yang tadi berada di kocek kini dikeluarkan. Lalu dia menghala ia ke arah nadinya.

Selepas sahaja menoreh, Yeosang terus rebah di depan Yunho. Serta merta pandangan dia terus menjadi gelap gelita.

Dan di situ, dia sudah menghembuskan nafasnya terakhir di dark corridors.

TBC

[C] Dark Corridors ☾윤기☽Where stories live. Discover now