┉ 어두운 복도 16

364 78 6
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

Langkah Yunho terus terhenti setelah tiba di dark corridors. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang melihat Mingi yang kini berada di belakangnya.

Mingi terkejut sebaik sahaja melihat wajah Yunho penuh dengan luka dan lebam itu. Yunho di situ sudah tersenyum sinis.

"Jadi... Kau dah tahu kan kebenaran dia?" soal Yunho sinis. Mingi terdiam seribu bahasa.

Wajah Yunho yang dulunya kelihatan kacak terus berubah menjadi buruk. Seperti dirinya telah didera oleh seseorang.

"Kenapa kau diam? Atau kau baru tahu yang aku sebenarnya tak wujud?" soal Yunho lagi. Lalu dia berjalan mendekati Mingi.

Mingi mahu mengundur. Namun dia terasa kakinya sangat lemah. Dia jatuh terduduk lalu mengundur ke belakang sebaik sahaja Yunho kini menghampirinya.

"Yah! A-apa kau nak dari aku?" soal Mingi tergagap. Yunho sekadar tersenyum.

Kemudian matanya terbutang selepas sahaja melihat Yunho mengeluarkan pisau dari kocek bajunya. Dia mula berasa takut.

"Aku nak tunjuk kat kau... Macam mana aku mati dulu..." katanya perlahan lalu menghalakan pisau itu ke nadi pergelangan dia.

"HAJIMA!"

Belum sempat lagi Yunho mahu menoreh, Yeosang sempat menghalang dia lalu membawa Mingi keluar dari kawasan dark corridors itu.

"Yeo-yeosang?" Mingi terkejut dengan kehadiran Yeosang yang tiba-tiba muncul itu.

Yeosang tidak membalas. Dia membawa Mingi masuk ke dalam perpustakaan lalu segera mengunci pintu tersebut.

Sesekali dia melihat di celah tingkap untuk memastikan bahawa Yunho tiada di luar. Lalu dia menghela nafas perlahan.

"Ke-kenapa dengan Yunho tadi tu?" tanya Mingi ingin tahu. Habis seluruh badannya menggeletar akibat ketakutan.

Yeosang menoleh ke arah dia. Dia memberikan sebotol air untuk menenangkan Mingi sebelum dia menceritakan perkara yang sebenar.

"Oleh disebabkan kau terlalu degil, jadi aku terpaksa cerita perkara yang sebenar kat kau." Ujar Yeosang selamba. Mingi tidak membalas apa-apa.

"Sebelum tu, aku nak tanya kau sesuatu. Aku tak pastilah kau masih ingat atau tak..." tambah Yeosang lagi.

"Kau nak tanya apa?" soal Mingi.

"Mungkin benda ni dah lama... Tapi kau ingat kawan kau yang nama YuYu dengan YeoYeo masa kau tadika dulu?"

Soalan yang dilemparkan oleh Yeosang tadi membuatkan Mingi terdiam seribu bahasa.

Dia amat mengenali mereka berdua! Mereka merupakan teman baik dia sewaktu dia tadika sebelum dia berpindah ke Incheon.

"Aku ingat! Tapi aku lupa rupa diorang macam mana," jawab Mingi terus. Yeosang mengangguk tanda faham.

Lantas dia mengambil iPhone miliknya lalu memberikan satu gambar untuk Mingi lihat.

Mingi terkaku melihat gambar itu. Gambar itu memang sama dengan gambar dia jumpa di dark corridors semalam.

"Yang kat kiri kau tu YuYu. Kat kanan kau pula tu YeoYeo," balas Yeosang mendatar.

"Wait... Macam mana kau tahu aku yang kat tengah-tengah? And mana kau dapat gambar ni?"

Soal Mingi bertubi-tubi. Yeosang yang mendengar itu hanya mampu melepaskan keluhan kecil. Dia menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal itu.

"Mingi, please listen to me carefully."

Mingi menelan air liur dia payah sebaik sahaja Yeosang menyuruh dia untuk dengar betul-betul.

"YeoYeo dalam gambar tu sebenarnya aku. YuYu yang kau paling rapat tu ialah Jeong Yunho."

TBC

[C] Dark Corridors ☾윤기☽Where stories live. Discover now