┉ 어두운 복도 10

392 83 13
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

Pagi itu, Mingi datang awal seperti biasa. Kelihatan Wooyoung dan San sudah lama berada di dalam kelas sambil berbual kosong.

Mata Mingi teralih melihat tempat duduk Yeosang. Dia masih lagi belum sampai di kelas. Apa mungkin dia sakit?

Mingi mula terasa sedikit bosan. Dia tidak tahu mahu buat apa sekarang. Berbual pun dia tiada topik yang menarik untuk dibualkan.

Untuk menghilangkan rasa bosan melanda, Mingi keluar dari kelas dan berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah seorang diri. Sambil-sambil itu dia menyumbatkan airpod di telinganya untuk mendengar lagu.

Sedang aman dia berjalan, Mingi ternampak seseorang yang amat dikenalinya itu berada di hadapannya kini.

"Eh? Tu bukan ke..."

Mingi ternampak kelibat Yunho di dark corridors. Di situ dia lihat Yunho sedang duduk tersandar di dinding dengan kedua-dua matanya tertutup.

"Dia tidur ke?" gumamnya dalam hati.

Lantas Mingi mempercepatkan langkahnya menghampiri Yunho lalu mengejutkan dia.

"Yunho-ya, kau tidur ke?" kejut Mingi lembut. Kedua kelopak mata Yunho terus terbuka.

"Huh?" Yunho keliru. Dia terkejut sedikit melihat Mingi kini berada di hadapannya.

"Kau buat apa kat sini? Tak masuk kelas ke?" soal Yunho. Mingi membalas dengan gelengan kecil.

"Tak. Kau pula?" Mingi menyoal semula pada Yunho.

Dia tidak tahu mahu menjawab apa. Yunho hanya mampu melepaskan keluhan kecil membuatkan Mingi tertanya-tanya.

"Kau okey ke? Rupa kau macam ada problem jer..." ujar Mingi ingin tahu.

"Kalau aku bagitahu kau pun, bukannya kau nak tolong aku kan? Kau cuma nak tahu apa problem yang aku tengah hadap jer sekarang ni."

Entah mengapa Mingi terus terdiam seribu bahasa selepas Yunho membalasnya dengan dingin.

Mungkin terasa sedikit. Namun apa yang dikatakan oleh Yunho itu benar.

Dia tidak membantu. Dia hanya mahu tahu sahaja masalah yang dihadapi oleh Yunho sekarang.

Yunho bingkas bangun dari duduknya. Berjalan meninggalkan Mingi seorang diri di dark corridors tanpa berkata apa.

•••••••

Sewaktu kelas Bahasa Inggeris berlangsung, Mingi tidak dapat menumpukan perhatian dia sepenuhnya.

Telinga dia masih lagi terngiang-ngiang dengan kata-kata Yunho pagi tadi.

"Kalau aku bagitahu kau pun, bukannya kau nak tolong aku kan? Kau cuma nak tahu apa problem yang aku tengah hadap jer sekarang ni."

Tidak tahu mengapa dia terasa hati dengan kata-kata Yunho itu walaupun mereka bukanlah kawan rapat.

Mungkin kerana dia faham perasaan Yunho? Atau apa dia sendiri tidak tahu.

"Kang Yeosang, what are you doing?" soalan yang dilemparkan oleh Miss Aileen itu membuatkan semua pelajar menoleh kearahnya.

Kelihatan Yeosang sedang bermain iphone secara senyap-senyap. Selepas sahaja mendapati bahawa semua orang melihatnya, lantas dia memandang ke hadapan.

"Sorry miss..." Ucapnya perlahan.

"Yeosang, how many times I have to reminded you don't play phone in my class." Kata Miss Aileen dengan tegas. Yeosang menundukkan kepalanya ke bawah.

"I'm sorry..." Ucapnya lagi perlahan.

Miss Aileen melepaskan keluhan kecil. Dia tidak sampai hati untuk memarahi Yeosang kerana dia merupakan seorang yang sangat pendiam dalam kelas. Malah, Yeosang juga seorang yang bijak cuma tidak menonjol.

"It's okay. But please don't do that again," balas Miss Aileen lalu kembali mengajar semula.

Mingi terkebil-kebil mata. Semudah itu sahaja Miss Aileen memaafkan Yeosang.

Kemudian, anak mata Mingi ternampak sesuatu gambar di iphone Yeosang.

Dia lihat dalam gambar itu terdapat tiga budak lelaki kecil sedang bergambar bersama. Dia tersenyum nipis.

"Comel..." ujarnya perlahan sebelum beralih melihat ke hadapan semula untuk belajar.


TBC

[C] Dark Corridors ☾윤기☽Where stories live. Discover now