•••••••
Setelah selesai mengemas barangnya di atas meja, Mingi mula mengalas beg dia di atas bahu lalu berjalan keluar dari kelas untuk pulang ke rumah.
Sebelum itu, dia mahu berjumpa dengan Yunho seketika di dark corridors. Dia mahu berbual seketika sebelum pulang ke rumah.
Dia berjalan menuju ke dark corridors. Di situ kelihatan Yunho sedang menyanyi kecil seorang diri. Lantas dia menghampirinya.
"Yunho," panggilnya. Lantas Yunho menoleh.
"Hai. Kau nak balik ke?" katanya lalu bertanya pada Mingi.
"Tak lah. Aku ingat nak ajak kau berbual sekejap," balas Mingi sambil tersenyum.
"Owh... Okey kau nak berbual fasal apa?"
Yunho mula rasa teruja. Dia jarang berbual dengan sesiapa walaupun dengan Mingi sekali pun.
Mingi meletakkan beg dia di tepi koridor terlebih dahulu sebelum mula berbual dengan Yunho.
"Aku nak tanya kau kenal tak Yeosang?" soal Mingi.
"Yeosang? Kang Yeosang ke yang kau maksudkan?" tanya Yunho inginkan kepastian. Mingi mengangguk berkali-kali.
"Haa kenapa dengan dia?" soalnya lagi ingin tahu.
"Kau ada dengar berita fasal dia tak petang tadi?"
Yunho menggelengkan kepala setelah Mingi bertanya dia tadi. Dia tidak tahu apa-apa pun yang berlaku pada Yeosang.
"Tadi guru kelas aku bagitahu yang Yeosang terlantar kat hospital--"
Belum sempat lagi Mingi mahu menghabiskan kata-katanya, Yunho pantas memotong.
"Kenapa? Apa yang dah berlaku kat dia?" soal Yunho ingin tahu. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedang risau sekarang.
"A-aku tak tahu. Tapi guru kelas aku cakap yang Yeosang cuba nak bunuh diri dia. Anehnya semua semua budak kelas aku langsung tak ambil kisah," terang Mingi lebar membuatkan Yunho terdiam seribu bahasa.
Mingi pelik. Mengapa Yunho dari kelas lain begitu risau dengan Yeosang sedangkan rakan sekelasnya pula tidak walaupun sudah agak.
"Kau... Rapat dengan Yeosang ke?" soal Mingi lagi ingin tahu.
Yunho tidak membalas apa-apa. Dia memandang Mingi dengan pandangan sayu membuatkan Mingi terkedu.
"Yah, kau okey ke?" soal Mingi lagi.
"Aku... Aku kena pergi cari dia sekarang!"
Selepas sahaja itu Yunho terus berlari meninggalkan Mingi begitu sahaja. Dia masih lagi keliru.
Mingi pelik. Riak wajah Yunho tiba-tiba berubah setelah mendengar tentang berita Yeosang. Seperti mereka berdua ni kawan rapat sahaja.
"Yunho tu kawan Yeosang ke? Eh, jakkaman!"
Mingi teringatkan sesuatu. Wooyoung dan San pernah cerita fasal kawan Yeosang kepadanya beberapa minggu lepas.
"Yeosang jadi pendiam sejak kawan baiknya hilang sebulan lepas. Polis sendiri pun tak jumpa jejak langkah kawan dia."
Ya! Kawan Yeosang sudah hilang sejak sebulan lepas!
Apakah Yunho sebenarnya merupakan kawan rapat Yeosang yang hilang? Tetapi dia ada sahaja di sekolah. Bahkan hampir setiap hari juga dia berjumpa dengan Yunho.
"Serius aku keliru sangat fasal diorang tu!" omel Mingi geram. Sejak dari minggu lepas lagi dia berasa sangat pelik dengan Yunho dan Yeosang.
Entah mengapa tiba-tiba dia berasa seram sejuk di sini. Tanpa membuang masa Mingi lantas mengambil begnya untuk keluar dari dark corridors.
Namun, sebelum itu dia ternampak sekeping gambar yang berada di sebelah begnya. Lantas Mingi mengambil lalu meniliti gambar tersebut.
"Eh! Ni aku! Tapi... Siapa dua orang ni?"
Wajah Mingi ketika dia masih kecil terpapar dalam gambar tersebut. Namun, terdapat dua budak lelaki yang berada di sisinya yang membuatkan Mingi tertanya.
Dia tidak mengenali dua budak lelaki itu. Tetapi bagaimana mereka boleh bersama dengannya?
"Mungkin kawan aku masa aku kecil kot..." Tekanya. Lalu dia menyimpan gambar tersebut dalam kocek seluar dia.
Selepas sahaja itu, dia berjalan pulang ke rumah seperti biasa.
•
•
•
•
TBC
YOU ARE READING
[C] Dark Corridors ☾윤기☽
Fanfic❝ Jangan pergi ke dark corridors tu seorang diri. Ada sesuatu yang menunggu kat situ...❞ ✧*:.。.✎ateez yungi's mystery fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI ⚠️ Start : 29 April 2021 End : 9 May 2021 Cover : Thanks @babytaehyun_ for this bea...