Cahayamata

2.6K 13 0
                                    

"Tahniah bro atas kelahiran anak kedua kamu" ucap Khalid gembira sambil tangannya menepuk-nepuk bahu sahabat karibnya Firdaus.

Firdaus tersenyum ceria.

"Terima kasih Lid. Atas berkat doa aku dan Sofia jugak.. Aku doakan, satu hari nanti, kau juga akan dikurniakan cahayamata" luah Firdaus. Rasa gembira bercampur sedih mula menerjang ke hatinya. Gembira kerana dia sudah punya dua cahayamata, sedih kerana sahabatnya belum dikurniakan cahayamata.

"Aamiin.. Thank you atas doanya. Aku ok je Daus,tapi Sara..kesian aku tengok dia. Dia nak sangat anak, macam-macam cara aku dah usaha, cuma tulah...Allah belum izin. Aku redha."jawabnya pasrah. Firdaus mengusap lembut bahu sahabatnya.

"InsyaAllah, Lid. Rezeki kau akan sampai juga nanti. Kau boleh anggap anak-anak aku ni macam anak-anak kau jugak. Aku tak kisah" Khalid tersenyum gembira mendengar penawaran dari sahabat baiknya.

"Yelah Daus.. memang aku anggap anak kau macam anak aku dah pun. Nasiblah kita ni tinggal sebelah menyebelah je, senang aku nak bermain dengan anak-anak kau" keduanya tersengih sambil menoleh kesisi melihat Sara sedang mengendong bayi Sofia yang baru lahir. Dia melangkah menghampiri kedua lelaki itu yang duduk di sofa, disudut ruangan bilik hospital.

"Abang, tengok ni..comelnya" puji Sara lantas mendaratkan ciuman di ubun-ubun bayi lelaki yang masih merah. Sofia yang masih terbaring di katil, hanya tersenyum melihat bayi lelaki yang baru dilahirkan disayangi dan diteladani dengan baik.

Khalid bangun menghampiri isterinya. Dia ikut mencium ubun-ubun sang bayi yang masih merah.

"Lepas ni, semakin keraplah awak hilang." Gurau Khalid yang tahu bagaimana sikap isterinya. Sara sebelum ini kerap ke rumah Firdaus untuk bermain dengan Faris Syakir, anak sulung Firdaus dan Sofia yang berusia 2 tahun. Acapkali dia pulang dari kerja, dia sudah tahu, kemana isterinya menghilang.

Kesemua mereka ketawa, kemudian Firdaus mencelah,
"Hilang kat rumah sebelah je takpe" kedua lelaki itu ketawa. Sara memuncungkan mulutnya tanda protes.

"Saya hilang ke tempat lain, baru awak tahu" gertak Sara geram.

"Eh, jangan.. had limit awak, cuma setakat rumah sebelah je. Tempat lain tak boleh!" Balas Khalid pantas. Dia cemburu jika isterinya keluar tanpanya disisi. Raut wajah Sara yang cantik berkacukkan melayu Pakistan, membuat banyak mata lelaki menoleh kearahnya jika keluar bersama. Jelas Khalid cemburu. Kerana itu, dia lebih suka menyimpan 'harta karunnya' di rumah.

Sara yang mendengar, tersenyum sungging. Dia tahu benar, suaminya kuat cemburu. Jika dia keluar selangkah sahaja dari rumah, Khalid mesti ada bersama, tidak boleh sendirian. Kerana itulah dia membuat jalan khas untuk ke banglo sebelah, milik sahabatnya, Firdaus.

"Kau ni..dah-dah la dengan cemburu buta kau tu.. isteri kau tak kemana pun, hilang dia, kau cari kat rumah aku" celah Firdaus sambung ketawanya. Khalid yang mendengar hanya tersegih sambil tangannya terangkat, menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Sara bahagia dengan Khalid. Sikap cemburu suaminya sudah menjelaskan bahawa lelaki itu benar-benar menyayangi dan mencintainya. Dia juga diperlakukan dengan baik. Semua yang dikehendakinya, Khalid akan tunaikan. Cuma, mereka lewat dikurniakan cahayamata. Sudah hampir dua tahun mendirikan rumahtangga, mereka belum diberi rezeki zuriat. Mungkin Allah sedang menguji kesabaran mereka berdua. Mereka redha.

"Eh, kau dah pilih nama untuk anak kau?" Tanya Khalid tidak sabar.

"Sudah. Aku serahkan dekat Sofia je. Isteri aku cakap, dia dah ada nama untuk anak kami ni" jawab Firdaus sambil melirik kearah isterinya.

Sara melangkah menghampiri Sofia di katil. Dia meletakkan semula bayi lelaki ke dalam dakapan ibunya.

"Siapa nama anak kedua kau ni, Sofia? Tak sabar aku" wajah Sara nampak gembira. Sofia tersenyum lantas menjawab,

Jodohku Jiran SebelahWhere stories live. Discover now