Risepsi

1.1K 12 0
                                    


Kesemua tetamu telah pulang. Yang tinggal hanyalah keluarga Firdaus dan Khalid. Mereka yang sejak tadi tidak sempat untuk bergambar bersama, lantas mengabadikan kenangan bersama pasangan raja sehari.

"Mama..,papa.." panggil Shakir yang datang menghampiri mereka. Firdaus dan Sofia berpandangan, kemudian mengarahkan pandangan kearah Shakir semula. Di sebelahnya ada seorang wanita cantik berbaju kurung moden berwarna senada dengan mereka dan berhijab. Sangat manis. Wanita itu tersenyum kearah mereka berdua.

"Mama, Papa, Shakir kenalkan, ini teman Shakir, Najwa" Dua pasang Mata menatap ke arah Najwa lembut saat Shakir memperkenalkan Najwa kepada mereka.

"Apa khabar Dato', Datin? Tahniah atas pernikahan anak Dato' dan Datin" Najwa bersalaman dengan Sofia, lalu mencium tangan tanda hormat dan melepaskan senyuman kepada mereka berdua.

"Teman ke, teman istimewa?" Seloroh Sofia. Wajah Shakir sudah merona. Dia menundukkan wajahnya lalu menggaru tengkuknya yang tidak gatal. Kemudian menjeling sekilas kearah Najwa.

"Tak payah panggil Dato' Datin, panggil je uncle dan aunty." Tegur Firdaus sambil menatap lembut ke wajah Najwa, lalu tersenyum. Najwa membalas senyumannya sambil mengangguk perlahan.

"Dah berapa lama kamu berdua kenal? Najwa berasal dari mana?" Sofia yang dah mula berkenan dengan Najwa, terus menarik tangan wanita itu supaya duduk berbual dengannya.

"Eh! Ma.. apa ni? Shakir punya tu" seloroh Shakir sambil tersengih melihat sikap mamanya yang terlalu pasif padanya.

Sofia tidak mengendahkan Shakir. Dia hanya menumpukan sepenuh perhatiannya, berbual dengan Najwa dan mahu mengenali Najwa dengan lebih dekat lagi.

Dari jauh, mata Shakir asyik melirik kearah Sofia dan Najwa. Hatinya berbunga-bunga melihat layanan dan penerimaan Sofia terhadap Najwa. Sesekali mereka gelak ketawa, sesekali mereka bersentuhan tangan seperti sudah lama saling mengenali.

"Tahniah anak mama.. Akhirnya, impian mama, papa , keluarga papa Firdaus dan mama Sofia mahu satukan anak-anak kami tercapai juga. Syahir, jaga anak mama baik-baik. Sayangi Qistina lebih dari mama papa sayangkan Qis. Bahagiakan dia, cepat-cepat bagi mama dan papa cucu.

"Qistina ni anak manja papa dan mama. Maaf jika nanti ada kekurangan pada Qis, bimbinglah dia dengan penuh kasih sayang" Sara sebak. Qistina merupakan satu-satunya anak yang mereka ada, dan mereka menaruh harapan besar terhadap Syahir supaya dapat membimbing dan menjaga Qistina dengan baik.

"Ma..." Tegur Qistina lembut. Dia memeluk tubuh Sara erat.

"Insya-Allah mama, papa.., Syahir janji akan sayang Qis, jaga Qis lebih dari Syahir sayangkan diri Syahir sendiri. Syahir akan jalankan tanggungjawab Syahir sebagai seorang suami yang baik untuk Qistina" Qistina meleraikan pelukkan dengan Sara. Dia terharu mendengar janji Syahir dengan kedua orang tuanya.

Sara berasa tenang saat mendengar kata-kata menantunya. Dia berharap, rumahtangga anaknya bahagia seperti pasangan yang lain.

Syahir dan Qistina balik dan berehat di bilik hotel.

"Ahh..! Letihnya..,sayang" keluh Qistina lantas duduk di birai katil. Dia melepaskan sepatunya lalu diletakkan disisi kaki katil. Syahir yang sejak tadi berdiri dimuka pintu, berjalan menghampiri isterinya lalu duduk di sebelah Qistina.

"Sayang panggil apa tadi?" Soal Syahir dengan mendekatkan wajahnya dengan Qistina dari sisi. Qistina hanya melirik ke sebelah tanpa berani menoleh. Sekiranya dia menoleh, sudah pasti hidung atau bibir mereka akan bersentuhan. Qistina menelan ludahnya.

Dia dapat bayangkan apa yang akan berlaku padanya jika Syahir mula menerkamnya. Dia masih belum boleh lupa bagaimana Syahir menggagahinya sehingga tubuhnya tidak boleh bangun. Syahir benar-benar mengerjainya.

Jodohku Jiran SebelahWhere stories live. Discover now