Sudah dua hari Qistina hanya berkurung di dalam bilik. Syahir orang yang paling risau melihat keadaan isterinya yang sering termenung dan terkadang menangis. Makannya hanya beberapa suap sahaja. Itupun, setelah Syahir memaksa dan menyuapnya.
Syahir masuk ke dalam bilik tidur. Ditangannya menatang dulang berisi nasi ayam yang dibuat oleh Sofia.
Sejak dari hari pengebumian Khalid, Sofia ikut tinggal bersama Syahir dan Qistina di apartment. Dia risau dengan keadaan menantu kesayangannya.
Syahir menghampiri katil yang menempati Qistina. Isterinya masih terbaring lesu. Syahir meletakkan dulang di sisi katil lalu dia mendekati isterinya. Tubuh Qistina dialih lembut.
"Sayang..."
Mendengar suara Syahir, perlahan mata Qistina terbuka. Syahir melihat, ada sendu di mata Qistina. Pandangannya tidak seceria seperti waktu mereka pergi honeymoon di Bali beberapa hari lepas.
Tangan Syahir terhulur lalu menguis helaian rambut yang menutupi wajah isterinya, diselitkan di belakang telinga.
"Bangun, makan ya sayang" ujar Syahir lembut.
Qistina menggeleng perlahan.
"Qis tak lapar" balas Qistina dengan suara seraknya."Sayang...kamu harus makan. Abang tak nak nanti sayang sakit." Syahir mengangkat tubuh isterinya supaya bangun duduk dan bersandar di kepala katil.
Qistina melotot memandang kearah Syahir.
"Kenapa sayang lihat abang macam tu?" Tegur Syahir saat melihat tatapan mata Qistina terhadapnya."Pemaksa!" Ujar Qistina sepatah dengan wajah masam.
Syahir terkekeh ketawa.
"Harus! Kalau abang tak paksa, sayang takkan makan.""Sini, abang suapkan ya." Syahir menarik dulang lalu mencapai pinggan berisi Nasi ayam.
Mata Qistina jatuh pada isi dalam pinggan.
"Mama yang masak" ujar Syahir yang faham dengan pandangan isterinya."Mama masih disini?" Dahi Qistina berkerut. Syahir menatap lembut wajah isterinya.
"Ya sayang.. mama masih disini. Selagi sayang belum sihat, selagi itu mama akan tinggal dengan kita." Ujarnya sambil menyenduk sesudu nasi lalu disuap ke mulut Qistina.
Syahir tersenyum saat isterinya mahu menjamah makanan.
"Sedap kan?" Qistina mengangguk setuju."Abang dah makan?" Soal Qistina sambil menatap gerak tangan Syahir yang asyik menguis ayam dalam pinggan.
Syahir menoleh, "belum" jawapnya sepatah.
Jelas raut wajah Qistina berubah.
Qistina dengan pantas merampas pinggan ditangan Syahir.Tanpa aba-aba, Qistina menyenduk sesudu nasi lalu dihalakan ke hadapan bibir suaminya.
"Makan dengan Qis" mendengar kata itu, Syahir lantas membuka mulut dan menjamah hasil suapan dari isterinya. Satu senyuman manis terukir di bibir nipis Syahir.
Usai makan, Qistina rasa tubuhnya lebih bertenaga. Sejak kematian Khalid, selera makannya juga berkurang. Entah kenapa, hari ini dia begitu berselera. Tambahan lagi, dia makan berdua dengan Syahir.
"Abang..." Syahir yang sedang mengemas piring ke dalam dulang, menoleh.
"Kenapa, sayang" soal Syahir lantas mengiringkan tubuhnya menatap Qistina.
"Nanti, kita buat kenduri tahlil untuk papa ya. Kita buat di masjid." Rasa hiba mula menerpa. Pelupuk mata Qistina kembali berkaca.
Tap!
Dengan pantas Syahir menyeka airmata diwajah isterinya.
YOU ARE READING
Jodohku Jiran Sebelah
RomanceHubungan baik dua sahabat karib, Dato' Firdaus dan Dato' Khalid dari dulu membuat mereka bersepakat untuk tinggal bersebelahan sebagai jiran. Banglo kedua mereka sangat mewah dan gah sehinggakan mereka mencipta sebuah padang golf di laman belakang b...