Qistina terbaring lemah di atas katil. Matanya basah kerana baru lepas menangis. Syahir masuk, menghampiri isterinya dan duduk di kerusi di sisi katil. Dia menghulurkan tangan menggengam erat tangan isterinya.
"Maafkan abang, sayang.. semua kerana salah abang. Jika abang tak bawa masalah, semua ini tidak akan berlaku. Anak kita mungkin dapat diselamatkan. Maafkan abang" esak Syahir sambil mengucup lembut tangan Qistina.
Sebelah tangan Qistina terhulur lalu mengusap perlahan kepala Syahir.
"Qis pun tak tahu yang Qis hamil. Maafkan Qis kerana tidak menjaganya dengan baik." Tangis Qistina dengan suara yang masih serak dan lemah. Syahir berdiri lantas memeluk erat tubuh isterinya.
"Syhh! Ini bukan salahmu, sayang. Jangan pernah salahkan dirimu" pujuk Syahir. Dia tidak mahu isterinya bertambah stress.
Syahir melepaskan pelukkannya. Dia duduk semula dikerusi dan duduk rapat dengan Qistina. Tangannya mengusap airmata diwajah isterinya."Qis redha abang.. mungkin tak ada rezeki kita" hanya itu yang terluah dari bibirnya. Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaannya saat ini. Dia pura-pura terlihat kuat. Dia tidak mahu menambahkan masalah pada Syahir.
"Kita cuba lagi nanti,ya?" Qistina mengangguk. Hatinya terasa sebak. Airmatanya jatuh lagi. Dia tidak menyangka bahawa dirinya sedang hamilkan anak Syahir. Hanya itu sumber kekuatan perhubungannya dengan Syahir. Sayangnya, Tuhan lebih menyayanginya. Mereka sekali lagi diuji.
"Syhh! Abang tak nak sayang menangis. Sayang rehat ya" Qistina lantas memejam erat matanya. Tubuhnya masih lemah dan dia perlu berehat secukupnya.
...
Setelah Syahir masuk ke dalam melawat Qistina, Shah terus keluar. Dia memandu laju, pergi ke club yang Syahir pergi semalam. Dia cuba mendapatkan rakaman CCTV dari setiap sudut club. Dia dapat lihat dengan jelas susuk tubuh Rossa dan Lukman di ruang bar. Mereka seolah-olah merancang sesuatu sebelum wanita itu beranjak masuk ke dalam ruang VIP dimana Syahir dan teman-temannya berada.
Dahi Shah berkerut. Dia cuba mengulangi tayang rakaman itu beberapa kali. Hampir sepuluh kali dia cuba mencari sesuatu yang mencurigakan antara Rossa dan Lukman. 'PAUSE' matanya tertancap pada sesuatu yang dipegang oleh Lukman. Dia tidak pasti, apakah itu. Dia cuba zoom lebih dekat. Sayangnya, rakaman itu tidak membuatkannya menemukan apa yang dikehendakinya. Video terlalu kabur dan menyukarkannya untuk melihat lebih dekat.
Yang jelas, Rossa mengambilnya lalu memasukkannya ke dalam mulut dan berlalu pergi ke bilik VIP. Sebentar kemudian, dia dapat melihat Rossa menarik tangan Syahir keluar dari ruangan VIP dan beranjak ke kamar hotel VIP di tingkat 3.
Hanya satu cara yang boleh membuktikan, apakah yang diberi oleh Lukman kepada Rossa. Dia harus mencari Lukman.
Shah mengupah orang untuk mengekori Lukman.
Suasana gelap di kaki lima bangunan, menyukarkan Lukman mengenali siapa yang sedang mengekorinya. Dia melangkah laju sambil sesekali menoleh ke belakang. Wajahnya tampak resah. Dia dapat melihat susuk hitam bertubuh tegap sedang mengekorinya.
Gedebap! Tubuh Lukman terlanggar dengan seseorang di hadapan sehingga membuat tubuhnya berundur selangkah ke belakang.
"Siapa kau!?" Tanya Lukman dengan berani. Wajahnya nampak ketakutan.
"Malaikat mautmu" jawab lelaki bersosok gelap di hadapannya. Dia menoleh kebelakang.
"Kau nak lari kemana? Jangan harap kau boleh lari." Lukman menelan ludah dengan kasar. Dirinya telah dikepung.
"Arghh!" Satu pukulan kuat hinggap di bahagian perut Lukman sehingga membuat tubuhnya terhenyak ke hadapan.
"Ini ganjaran yang harus kau terima." Ujar lelaki itu dengan suara beratnya.
YOU ARE READING
Jodohku Jiran Sebelah
RomanceHubungan baik dua sahabat karib, Dato' Firdaus dan Dato' Khalid dari dulu membuat mereka bersepakat untuk tinggal bersebelahan sebagai jiran. Banglo kedua mereka sangat mewah dan gah sehinggakan mereka mencipta sebuah padang golf di laman belakang b...