Langkah mayat abang dulu

845 10 0
                                    

Restoran Foodsbury di Shah Alam dipenuhi pengunjung. Di satu sudut, terdapat dua pasangan sedang enak menjamu selera.

"Sayang, kita kahwin"

Najwa yang tadi mahu menyuap brownies ke dalam mulut terhenti.
Matanya terkebil-kebil menatap Shakir. Dengan raut wajah serius, Shakir membalas tatapan Najwa sehingga wanita itu tertunduk malu.

Pandangannya jatuh pada jari jemari runcing Najwa. Ingin sekali dia menyentuh tangan wanita dihadapannya. Tapi dia masih waras, wanita ini bukan mahramnya. Dia tidak boleh menyentuh Najwa selagi hubungan mereka belum memiliki ikatan yang sah.

"Sayang.." Najwa mendongakkan wajahnya. Matanya beradu pandang dengan Shakir, kemudian tersenyum.

"Sayang, kamu setuju?" Tanya Shakir mahukan kepastian. Dia kurang pasti dengan senyuman yang terukir di wajah kekasihnya.

Tanpa menjawab, Najwa mengangguk. Senyuman semakin lebar di wajah Shakir.

"Alhamdulillah.." ucap Shakir gembira.

"Nanti abang hantarkan rombongan meminang ke rumah sayang" ujar Shakir tidak sabar.

"Cepatnya,abang" Najwa terkejut disaat Shakir benar-benar serius mahi menikahinya.

"Lagi cepat, lagi bagus" balas Shakir sambil tersengih nakal sambil sebelah matanya mengeryit kearah Najwa,membuat wanita itu sekali lagi menunduk malu.

**

Qistina terjaga. Dia bangun saat terdengar azan sayup berkumandang di luar sana. Dia segera masuk ke bilik, mandi dan solat.

Syahir tidak pulang sejak semalam. Qistina mengeluh kesal. Gara-gara dia mengajak Fauzi datang ke sini, membuat hubungannya dengan Syahir dingin.

Qistina mencapai iphonenya. Dia menghubungi Syahir, namun tidak berangkat. Qistina cuba menghubungi lagi beberapa kali, namun tetap sama.

'Sayang, where have you been? Please, come home. I sorry about last night, I didn't expected you're so mad. Please come back, I need you and i love you-Qistina

'kemana dia pergi? Dimana dia tidur?' Fikir Qistina risau.

Qistina bersiap hendak berjoging di taman. Sejak dia berkahwin dengan Syahir, dia tidak beriadah lagi. Dia rasa badannya akan jadi lemah jika dia tidak bersenam.

Suasana pagi di taman tidak terlalu ramai orang jadi, dia lebih selesa beriadah.

Setelah penat berlari beberapa pusingan, Qistina duduk di bangku dan berehat seketika sambil matanya menatap jauh ke arah tasik. Dia mengeluarkan iPhonenya menatap skrin yang langsung tiada notifikasi.

Qistina membuka mesej yang dihantar kepada Syahir pagi tadi. Mesejnya masih belum dibaca oleh Syahir. Qistina mengeluh hampa.

"Please baby, answer me. Don't let me waiting.." keluh Qistina hampa. Bola matanya sudah berkaca. Dia rasa seolah-olah dirinya disisihkan dan diabaikan oleh Syahir.

Kenapa harus Syahir semarah itu padanya? Dia tidak buat salah apa pun. Salahkah dia hanya mengundang teman suaminya ke rumah hanya sekadar makan malam? Bukan dia hanya berdua dengan Fauzi, Syahir pun ada bersama. Tak bolehkah dia bersikap lebih positif?

"Hai.." sapa seorang lelaki menghampirinya. Qistina mendongak. Dia melihat seorang lelaki berkumis nipis, berpakaian sukan, bertubuh atletis dan tampan berdiri di sampingnya.

"Hai" balas Qistina. Dia tidak mengenali lelaki ini. Qistina hanya tersenyum tawar.

"Sorang?" Tanya lelaki itu sambil memerhati ke sekitar kemudian, menatap kearah Qistina kembali. Semenjak tadi, dia sudah memerhati Qistina yang duduk sendirian dengan wajah sedih.

Jodohku Jiran SebelahWhere stories live. Discover now