Bersepakat

524 4 0
                                    

          

Sara duduk di bangku rehat di hadapan laman. Dihadapannya terhidang kuih karipap yang dibuat oleh pembantu rumahnya, Mak Leha.

Handfone yang diletakkan di atas meja bergetar. Ada panggilan masuk. Sara melirik ke arah skrin handfonenya, nyata..dia tidak mengenali nombor ini. Sara malas hendak mengangkatnya. Barangkali salah hubung. Deringan terhenti untuk beberapa saat, kemudian bergetar lagi. Sara mengeluh berat lantas mencapainya dan menjawabnya lemah.

"Hello.." sapanya malas.

"Assalamualaikum aunty" sapa suara seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Dahi Sara berkerut. Dia tidak mengenali siapa lelaki dalam talian.

"Waalaikumusalam..,siapa?" Soalnya ragu. Dia sepertinya tidak pernah menyimpan nombor mana-mana lelaki kecuali Khalid, Firdaus, Shakir dan Syahir. Malangnya, sekarang ini hanya nombor Khalid yang masih aktif. Tiga nombor lagi, sudah dia block. Mudahkan bagi Sara, padahal Firdaus itu adalah besannya sendiri dan Syahir pula adalah menantunya. Sikap Sara tampak sangat kejam dan pentingkan diri sendiri.

"Saya Fiq, aunty.." balasnya. Sara cuba mengingat. Dia mengambil secawan teh dihadapannya yang masih panas lalu dihirupnya perlahan. Fiq? Tengku Afiq?

"Owh.. Tengku Afiq?"

"Panggil Fiq je, aunty.." tingkah Tengku Afiq sungkan.

"Ok.. Err..ada apa Fiq call aunty ni, ada hal penting ke?" Sara hairan kenapa Tengku Afiq menghubunginya. Dari mana dia tahu nombor telefon Sara?

"Takdelah aunty, saya ada dengar pasal suami Qis. Benar ke semua berita tu aunty?" Sara terkejut, raut wajahnya berubah masam. Maruah diri dan keluarganya rasa tercalar gara-gara Syahir. Sara mengetap gigi kerana geram dengan sikap menantunya yang tidak tahu diri.

"Aunty.. aunty ok? Aunty masih di talian kan?" Tengku Afiq memanggilnya berkali-kali. Dia menyungging senyum. Dia tahu, Sara kurang senang dengan berita yang diterimanya tempoh hari.

"Aa..ya, aunty ok. Cuma.." Sara keberatan untuk menceritakan perasaannya terhadap Syahir pada Tengku Afiq.

"Aunty.., kalau aunty ada masalah, luahkan pada saya. Saya sudi mendengarnya." Tungkas Tengku Afiq laju. Dia dengan senang hati, mahu mendengar luahan wanita ini, ibu kepada wanita yang dicintainya. Nak pikat anak, harus pikat ibunya terlebih dahulu.

Sara mengeluh berat. "Aunty tak tahu nak mulakan dari mana. Tapi, apa yang dah jadi ni benar-benar buat aunty sekeluarga malu."

"Syahir buat Qis menderita. Bukan saja dia menduakan Qis dan melakukan perkara terkutuk tu, tapi gara-gara dia juga, Qis keguguran"
Tengku Afiq disebelah sana terkejut. Wajahnya memucat saat mendengar Qistina hamil dan sekarang keguguran.

"Qis hamil?" Soal Tengku Afiq seolah tidak percaya dengan apa yang didengarinya sekarang.

"Ya, tapi Qis keguguran." Sara mengeluh lagi, kemudian menyambung sambil berkata, "bagus juga Qis gugur. Aunty pun tak suka jika memiliki cucu dari lelaki yang sanggup melukakan hati anak aunty. Lebih baik mereka berpisah saja!" Hujung bibir Tengku Afiq terangkat. Rencananya untuk musnahkan rumahtangga Syahir dan Qistina berhasil. Mama mertua Syahir sendiri sudah tidak sukakannya. Untuk apa lagi lelaki itu mendampingi Qistina?

"Benar aunty tidak suka pada Syahir? Lalu, untuk apa lagi aunty biarkan Qis tinggal dengan dia? Aunty, saya sentiasa sokong apa yang aunty buat. Saya juga sebenarnya sudah lama tahu sikap sebenar Syahir yang suka bermain dengan perempuan di luar. Ini bukan pertama kali dia lakukan perkara itu." Tengku Afiq mula bermain dengan taringnya. Dia mula menghasut Sara dengan kata-kata nistanya. Sara yang mendengar, mula panas hati.

Jodohku Jiran SebelahWhere stories live. Discover now