XIX ; Senyuman Dia

607 30 1
                                        

Sehun mengemas sedikit meja kerjanya sambil memeriksa beberapa jenis dokumen. Dia menekan butang intercom

"YeonHe masuk pejabat saya sekejap" dia memanggil Yeon He. Beberapa minit kemudian dia mendengar bunyi ketukan pintu.

"Masuk" arahnya.

"Em ada apa Encik?" YeonHe berdiri di hadapan Sehun. Sehun memberikan dokumen kepada YeonHe

"Itu dokumen penting, and you must send it back to me around this week" YeonHe hanya mengangguk tanda faham.

"Em lagi satu"

"Ya ada apa?"

"Lunch, awak free tak?" YeonHe mengerutkan dahinya, aneh dengan sikap Sehun yang tiba-tiba menanyakannya.

"Mungkin, ada apa ya?"

"Anak saya dia nak jumpa awak. Boleh?"

"Boleh je, lagipun anak encik comel mana boleh tolak" YeonHe tersengih, teringat dengan wajah comel YooHun

"Daddy dia tak comel ke?" Sehun berkata perlahan

"Ada apa encik, apa encik cakap tadi?"

"Eh takde apa, awak boleh keluar" Sehun mengusap lehernya. YeonHe tunduk sebelum keluar dari pejabat Sehun.

◇◇

"Ingat aku tak dengar ke Sehun oi, kau pun comel lah" YeonHe duduk di tempatnya

"Aih bertuah budak tu dapat bapak muda" Dia tersengih pula "ah kan dah melepas, eh apa aku cakap ni!" YeonHe menampar mulutnya

"Ehem, rancak berbual dah sampai mana? Siap tampar mulut lagi" Yerim meletakkan kopi panas yang diminta YeonHe tadi

"Omo eonnie, mana ada. Ni ha isi dokumen ni kelakar sangat" YeonHe mengcover dirinya.

◆◆◆◆

Yerim bersandar pada keretanya, sudah menjadi kerja tetapnya menjemput anak majikannya. Dia segera melambai tangannya sebaik melihat YooHun, dan anak kecil itu segera berlari dan memeluknya.

"Jom jumpa daddy" Yerim mendukung YooHun dan membuka pintu kereta untuk YooHun.

"Jom!" YooHun tergelak kecil, dia tidak sabar mahu makan tengah hari bersama daddynya. Yerim sudah duduk di tempat pemandu dan segera menghidupkan enjin.

"Yerim noona! Nanti kan YooHun lunch dengan daddy" YooHun senyum menampakkan giginya.

"Oh yeke? Nanti makan elok-elok tau" Yerim mengusap kepala YooHun, dia kembali fokus kepada pemanduannya.

...........

"Mama!" YooHun berlari ke aeah meja YeonHe dia memeluk kaki gadis itu. Dia menganggap YeonHe sebagai ommanya.

"Omo YooHun-ahh comelnya dia" YeonHe terkejut dengan kehadiran YooHun, dia berhenti membuat kerja. YeonHe mencubit pipi gebu milik YooHun.

"Hehehe, jom makan YooHun lapar" YooHun mengusap perut buncitnya. Dia tidak mahu makan semasa di taska kerana sudah berjanji akan makan bersama daddynya.

"Alolo kesian dia, okay jom" YeonHe mengemaskan mejanya.

"Em jap eh nak jumpa daddy" YeonHe hanya mengangguk, dia tersenyum melihat gelagat YooHun berlari ke pejabat Sehun

YooHun menolak pintu pejabat Sehun, nasib baik tidak berkunci. "Daddy" Dia berlari ke arah Sehun.

"Aigoo sayang daddy dah sampai" Sehun mendukung anaknya dan mencium pipi YooHun.

"Jom makan, YooHun lapar. Kita makan dengan omma eh?"

"Em jom" Sehun hanya membiarkan anaknya menggelar YeonHe sebagai ibu. Dia tidak melarang, takut anaknya merajuk atau melakukan perkara yang tidak disukainya.








Sehun membawa YooHun dan YeonHe ke restoran kegemaran anaknya. Selesai memesan makan mereka duduk dan beberapa minit kemudian makanan tiba

"Jom makan!" YooHun segera menjamah makanan kegemarannya, macaroni cheese with mash potato.

YeonHe tersenyum melihat YooHun yang sangat gembira. Dia mengelap mulut YooHun yang comot.

Sehun hanya menjadi pemerhati, dia senang hati melihat layanan YeonHe terhadap YooHun.

"Saya harap awak tak marah anak saya panggil awak omma"

"Actually saya tak kisah pun" YeonHe tersenyum "em by the way mana omma YooHun?"

Riak muka Sehun serta merta berubah sedih, "Dia dah meninggal semasa YooHun masih bayi, semua tu berlaku atas kesilapan saya" Sehun tunduk, teeingat denga  kejadian yang menyebabkan isterinya meninggal dunia.

"Erk m-maafkan saya, s-saya tak berniat nak--"

"Tak apa, itu semua dah berlalu" Sehun menghadiahkan senyuman kepada YeonHe.

Dup dap dup dap

Jantung YeonHe berdegup kencang melihat senyuman Sehun. Kali pertama lelaki dihadapannya senyum kepadanya. Pergh dia senyum, first time dia senyum dekat aku YeonHe memegang dadanya...


                             To be continue ...

Love <3Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang