"YooHun! Cepat sikit, daddy dah lambat dah ni" Jerit Sehun dari dalam kereta.
"Ya, kejap lah" YooHun mengunci pintu rumah dan segera berlari masuk ke dalam kereta. Selesai menghantar YooHun, Sehun segera pergi bekerja.
"Selamat pagi Encik Sehun" Yerim tunduk sebaik melihat Sehun
"Pagi, Em pekerja baru tu dah masuk?"
"Em yang mana satu eh Encik?" Soal Yerim pula, yelah beberapa hari lepas agak ramai pekerja baru yang diterima.
"Maksud saya Kim Yeonhee"
"Oh.. Sudah, nanti dia sampai lah tu" Yerim tersenyum, Sehun hanya mengangguk.
"Kalau dia lambat suruh straight meet me, i don't like my soon to be assistant datang lambat. Faham?!"
"Okay Encik" balas Yerim sambil tersenyum. Sehun hanya berlalu dengan muka pokernya.
....
Yoon he tergesa-gesa berlari pergi ke bus stop berhampiran apartmentnya, dia bangun lambat. Dia lupa mahu mengunci jam, ha ambik kau bangun lambat.
"Aduh bas mana ni?! Aku dah lambat, lagi 5 minit nak masuk kerja" Dia sudah gelisah, mahu tak mahu dia menahan teksi. Hari pertama bekerja duit dah terbang.
YeonHe membetulkan pakaiannya dan berlalri masuk ke dalam lif. Setelah tiba di lantai 4 dia segera berlari
"Cik Kim YeonHe baru hari pertama bekerja dah datang lambat.. Kamu kena berjumpa dengan pengarah sekarang" Yerim menegur YeonHe yang baru sahaja tiba.
"Ala kenapa? Saya bangun lambat je. Tolong lah lepaskan saya" YeonHe merayu, hari ini baru hari pertama kot
"Maafkan saya, saya tak boleh nak buat apa. Lagi pun dah memang unfang-undang syarikat kami bahawa pekerja yang datang lambat harus berjumpa dengan pengarah syarikat" Yerim tersenyum
"Hmm baiklah" YeonHe akur, dia berjalan menuju ke bilik pengarah. Dia mengetuk pintu bilik.
"Masuk" perlahan-lahan YeonHe memulas tombol pintu.
"Ada apa cik YeonHe?"
"M-maafkan saya Encik Sehun" YeonHe tunduk berkali-kali
"Kenapa kamu minta maaf?" Sehun setia dengan muka pokernya, tiba-tiba sahaja perempuan dihadapannya meminta maaf

ANDA SEDANG MEMBACA
Love <3
De TodoSehun dah yoo ah kahwin atas kehendak ibu bapa. Mereka hidup seperti biasa sehinggalah apa yang dimahukan sehun telah tercapai , dia mula berubah . Seorang perempuan muncul . Apakah akan terjadi ? Macam mana hidup yoo ah ?