Ibubapa Sehun bersama sekumpulan polis tiba di rumah Sehun, mereka sudah merancang semuanya dengan teliti.
"Kita dah sediakan semua yang patut, sekarang Sehun hubungi Hyeri" arah Mr. Oh ayah Sehun. Sehun hanya menurut dia mengeluarkan iPhone6s miliknya dan mencari contact Hyeri
"Encik Sehun pastikan awak lengahkan masa semasa bercakap. Ia memudahkan pihak kami untuk menjejaki kedudukan anak serta isteri Encik" Seorang anggota polis yang diupah dan juga merupakan ketua kumpulan tersebut mengarahkan Sehun. Dia mahu semuanya sempurna dan selamat
"Baiklah Ins. Daehyun" Sehun mula menghubungi Hyeri
"Hello hyeri"
[Hello sayang, semua dah you dah sediakan ke?]
"Aku dah sediakan semua yang kau nak"
[Bagus sayang] Sehun memandang Inspektor Daehyun "aku nak jumpa kau esok, Hello! Hello?!" Sehun bengang, Hyeri sudah mematikan panggilan.
"Sabar encik, kami sudah tahu dimana kedudukan mereka" ujar Ins. Daehyun, walaupun tempoh Sehun bercakap dengan Hyeri singkat. Dia sempat menjejaki di mana kedudukan Hyeri
"JongUp, Junhong kamu sediakan peralatan dan kumpulan ahli pasukan kita yang lain. Encik Sehun kami harap Encik dapat bersabar"
"Baik tuan!" JongUp dan JungHong berkata serentak dan segera membuat kerja mereka seperti yang diarahkan ketua
"Sabar ya nak, percayalah YooAh dan YooHun pasti akan selamat" Mr. Oh memegang bahu anaknya dan memberikan kata-kata semangat. Sehun hanya mengangguk sambil menundukkan kepalanya.
◇◇
"Woi boleh diam tak?! Kau suruh lah anak kau tu diam! Sakit telinga aku!" Yongguk menutup telinganya, baru sahaja dia mahu tidur YooHun menangis pula
"You ni sayang sabarlah, harini je. Esok kita takkan jumpa diaorang berdua ni dah" Hyeri memujuk Yongguk, dia pun sudah tersangatlah rimas dengan tangisan YooHun
"Hun tak mahu nangis sayang, mama ada sini" YooAh mendengar suara garau Yongguk dari luar, dia cepat-cepat memujuk anaknya dan memeluknya.
◆◆◆◆
Sehun mengira wang yang bakal diberikan kepada Hyeri, setelah memastikan semuanya cukup dia menghubungi Hyeri
YOU ARE READING
Love <3
RandomSehun dah yoo ah kahwin atas kehendak ibu bapa. Mereka hidup seperti biasa sehinggalah apa yang dimahukan sehun telah tercapai , dia mula berubah . Seorang perempuan muncul . Apakah akan terjadi ? Macam mana hidup yoo ah ?