"YooAh.. kau tak rindukan Sehun ke?" NaEun memberikan jus oren kepada YooAh
"Buat apa aku rindu dekat lelaki sial macam dia?! Aku benci dia" Diingatkan sekali lagi ibu mengandung tidak boleh mencarut ya
"Mulut kau je cakap macam tu, the truth is you miss him right?"
"Dah la Eun, aku malas la nak fikir semua tu.. lagi 8 bulan je baby aku nak keluar, tapi aku sendiri tak tahu Sehun nak terima ke tak anak ni" YooAh mengusap perutnya "d-dia dah bahagia dengan perempuan lain"
"Dah la takmau fikir semua tu, kau pergilah rehat ya" NaEun merasa bersalah bertanya tentang Sehun.
◇◇
Sehun sedang duduk di sofa, fikirannya melayang kepada YooAh. Teringat gelak tawa mereka semasa mula-mula berkahwin.
"YooAh i miss you smile! I miss your laughter! I miss everything about you babe!" Air mata lelakinya jatuh ke pipi "YooAh balik lah! Aku menyesal! Baliklah" Sehun menekup mukanya.
◇◇
"Eun, aku balik rumah Sehun kejap. Nak ambil barang" ujar YooAh mengambil tas tangannya, NaEun hanya mengangguk
"Alright! be careful nak aku hantarkan ke?" YooAh menggeleng tidak mahu menyusahkan kawan baiknya itu.
"Tak apa, aku boleh pergi sendiri. Em around 10 aku balik.. hmm kalau aku tak balik juga, kau cari aku tau"
"Okay babe, take care" YooAh hanya tersenyum.
YooAh membayar teksi, dia sudah sampai di hadapan rumah Sehun. Dia berharap suaminya itu tidak berada dirumah.
"Senyap je, takda orang kot? Hm baguslah" YooAh menekan nekan password rumah tersebut, nasib baiklah Sehun tak tukar. Semasa melangkah masuk ke rumah, dia terkejut melihat rumah yang bersepah dan sedikit kotor itu.
Sehun memarkirkan keretanya, dia sangat penat. Dia mahu membuka pintu tapi pintu rumahnya sudah terbuka.
"Eh pintu terbuka? Entah-entah YooAh dah balik!" Sehun segera masuk ke rumah dan mencari isterinya.
YooAh menggali-gali laci mencari barangnya. "Aduh mana pula benda ni" dia mengeluh.
Sehun masuk ke biliknya Yo-yooAh dia tersenyum dan segera memeluk isterinya itu.

YOU ARE READING
Love <3
AléatoireSehun dah yoo ah kahwin atas kehendak ibu bapa. Mereka hidup seperti biasa sehinggalah apa yang dimahukan sehun telah tercapai , dia mula berubah . Seorang perempuan muncul . Apakah akan terjadi ? Macam mana hidup yoo ah ?