XVI ; New Beginning

690 19 0
                                    

Tiga tahun kemudian....

"Kesian omma tengok anak kamu tu Sehun, dia membesar tanpa seorang ibu"

Sehun hanya mengeluh melihat ibunya, dia juga merasakan hal yang sama. Dulu beberapa hari selepas kematian isterinya Zhang YooAh, Sehun menyalahkan dirinya dan langsung tidak memperdulikan anaknya.

"Betul tu Hun, kamu kena cari pengganti. Kesian kami tengok anak kamu YooHun"

"Appa, Omma... Hati Hun belum terbuka lagi untuk sesiapa, Sehun nak tumpukan perhatian sepenuhnya dekat YooHun"

Mr dan Mrs. Oh hanya tersenyum kelat, tahu akan jawapan anak mereka. Mereka pun bukan mahu memaksa, hanya memberikan cadangan dan memikirkan apa yang terbaik untuk anak tunggal mereka.

"Suka hati kamulah, kalau kamu rasa itu yang terbaik untuk YooHun" Mr. Oh mengusap bahu Sehun.

Sehun melihat jam tangannya, "omma, appa Hun pergi dulu nak jemput YooHun" Sehun menyalam tangan kedua orang tuanya dan bergegas keluar rumah.


◇◇

Sehun masuk ke dalam rumah mentuanya dan melihat ayah mentuanya sedang membaca surat khabar.

"Anyeonghaseyo" Sehun tunduk

"Sehun, dah sampai dah. YooHun ada dekat bilik tidur. Kamu duduk ajelah dulu" Encik Zhang menyapa menantu kesayangannya itu.

"Ah nae, ayah dan mama sihat?" Sehun melihat ayah mentuanya menuang teh yang sudah tersedia di atas meja.

"Kami berdua macam biasalah, sihat aje. Ah kamu minum lah dulu, mama kamu keluar. Kejap lagi baliklah tu" Sehun hanya mengangguk

"Em Hun pergi tengok YooHun kejap eh" Encik Zhang hanya mengangguk dan melihat Sehun menaiki tangga

Sehun masuk ke bilik, dia tersenyum melihat anak lelakinya yang sedang tidur di atas katil. Dia melihat sekeliling bilik tersebut i-ini kan bilik YooAh Sehun teringat kenangannya bersama isterinya

"Oppa! Tu diari YooAh, janganlah baca" YooAh merampas buku berwarna pink dari tangan Sehun

"Tak nak! Ambiklah kalau sampai" Sehun memanfaatkan ketinggiannya

"Yah Oh Sehun!" YooAh menolak Sehun ke katil, dia baring diatas badan Sehun

Love <3Where stories live. Discover now