XII ; YooHun

665 25 0
                                    

YooAh baru sahaja memandikan anaknya, dia mendukung anaknya dan pergi ke dapur.

"Hunnie lapar ya? Kejap mummy buat susu, mummy buat susu sedap tau" YooAh tertawa melihat anaknya yang tersenyum duduk di tempat duduk bayi di meja makan. YooAh bahagia melihat anaknya sudah pandai tersenyum

"Aigoo comelnya anak mama ni" YooAh mengusap kepala anaknya, bila lah dia dqpat mendengar anaknya itu memanggilnya mama dan Sehun sebagai daddy. YooAh duduk di hadapan anaknya, dia mengambil sup dan menyuap kuah sup itu ke mulut YooHun.

"Sedap tak?" YooAh tersenyum, anaknya tidak menolak suapannya. Geramnya melihat pipi tembam bayinya itu.

Sehun membuka pintu rumah dengan perlahan-lahan. Dia pulang dengan perasaan risau bercampur bengang.

"Oppa dah balik" laungnya sambil melihat jam tangan yang sudah menunjukkan pukul 12.30 malam "aduh habislah aku kena marah dengan YooAh" Sehun membukabkasutnya dan melemparkan bag bimbitnya ke sofa. Lalu segera menaiki tangga. Sehun membuka pintu biliknya dan melihat YooAh sedang menyusukan YooHun

"Awalnya balik! Kenapa tak duduk sana terus" YooAh bangun mendukung YooHun dan keluar pergi ke bilik YooHun.

"Sayang~~"

"Tepilah YooHun tengah tidur ni" YooAh melanggar bahu Sehun dengan sengaja

Sehun agak tertolak ke tepi, dia hanya pasrah dengan perbuatan isterinya. Salahnya juga kenapa pulang lewat malam.

YooAh meletakkan YooHun ke dalam baby bed dan menciumnya. Selesai menidurkan anaknya YooAh keluar dari bilik tersebut. YooAh masuk semula ke bilik dan Sehun sudah tertidur. Perlahan-lahan YooAh naik ke katil dan baring ke sebelah Sehun.

Tiba-tiba Sehun memeluk pinggang YooAh, YooAh meronta-ronta minta dilepaskan
"Sehun janganlah peluk! Lepaslah!" Tapi Sehun masih memeluknya. YooAh terpaksa mengalihkan tangan Sehun dan membalikkan badannya. Sebenarnya Sehun dah tertidur, sebab dia penat sangat jadi dia tak dengar lah. Tidur mati gitu.

"Kenapa apa sahaja yang awak buat dekat saya, saya akan jadi cair ha?" YooAh bercakap dengan perlahan.

Dia menyentuh mata Sehun, berharap Sehun hanya memandangnya seorang. Dia menyentuh hidung mancung Sehun, dia menyentuh jawline Sehun "awh tajam" dia ketawa dengan guraunnya. Seterusnya, YooAh menyentuh bibir Sehun. Dia memejamkan matanya dan mencium bibir Sehun.

"Selamat malam oppa" YooAh memegang tangan Sehun dan menyelimutinya.

Pada keesokan paginya, Sehun mengeliat. Dia melihat sebelahnya tapi YooAh sudah tiada.

"Dah pagi, nasib baik cuti" Sehun tersenyum. Dia menyentuh bibirnya, kenapa eh aku rasa bibir aku kena cium semalam? Takkan YooAh? Sehun memuncungkan bibirnya. Hmm mimpi basah kot Sehun ketawa sorang-sorang.





Love <3Where stories live. Discover now