VIII ; Kiss kiss

952 28 0
                                    

Semasa YooAh dan Sehun bergembira, ada sepasang mata memerhatikan mereka dari jauh. Dia smirk "seronok kau ya Sehun? Tak apa.. Nanti kesoronokan akan hilang kau tunggu je!" Dia segera meninggalkan tempat tersebut.

Sehun mencari isterinya. Tadi mengada nak main sorok-sorok.

"Sayang! YooAh" panggil Sehun, YooAh yang menyorok disebalik pohon hanya menahan tawanya.

"Sayang~"

"Ye!" Sahut YooAh masih bersembunyi

"Keluarlah sayang, oppa dah rindu ni"

"Carilah!"

"Okay then, kalau oppa jumpa nanti siap sayang" mata Sehun melilalu mencari sang isteri. Sehun melihat pakaian YooAh yang berwarna biru disebalik pohon. Dia tersenyum nakal

"Mana YooAh ni ha, pandai dia sembunyi" YooAh tidak perasan Sehun berada di belakangnya

1,2,3 "Boo!!" Sehun mengejutkan YooAh

"Ah mama!! Terkejut kita tau!" YooAh mengurut dadanya.

"Tulah! Siapa suruh sembunyi!"

"Jomlah makan.. lapar" YooAh memegang perutnya dan membuat muka comel

"Alolo comelnya, tapi en YooHun lagi comel" Sehun mencubit pipi YooHun

"Ah sakit! Tengoklah mama dia siapa" YooAh menjelirkan lidahnya.

Mereka pergi ke restaurant yang berada di Lotte World. Selesai makan mereka berjalan sambil berpengangan tangan, mereka juga turut mencuba setiap permainan di situ. Semasa bermain roller coaster Sehun menjerit-jerit seperti anak kecil, YooAh hanya ketawa melihatnya.

"Lepasni balik lah, penat" YooAh merasa penat, lagipun tubuhnya masih lemah

"Alaa awal lagi!" Rengek Sehun

"Tapi nanti YooHun-"

"Omma appa kan ada, jom" Sehun menarik tangan YooAh ke tempat parkir kereta

"Nak pergi mana?"

"Ikut jelah" Sehun menutup pintu kereta di tempat duduk penumpang, Sehun segera masuk ke tempat pemandu. Dia membawa YooAh ke taman kegemarannya.

"Dah sampai, sebelum tu pejam mata " Sehun memberhentikan keretanya di sebuah taman bunga lavender. YooAh hanya menurut

"Bila nak buka mata ni?" YooAh memegang tangan Sehun

"Sekarang boleh buka"

Love <3Where stories live. Discover now