Bab 7

14.4K 530 7
                                    

Auliya Az-zahra mengetuk pintu bilik Fayadh sebelum dia masuk ke dalam.

Baju yang polo berwarna merah dihulur.

Fayadh menyambut huluran PA barunyabitu. Dia terus membuka butang baju kemejanya tanpa menghiraukan Auliya. Sudah rimas dengan bau kopi yang dari tadi mengganggu bau yang masuk ke dalam hidungnya.

Auliya yang terkejut dengan tindakan bosnya itu terus menundukkan kepala.

'Heish takda adab punya bos. Suka hati je buka baju depan perempuan' bebelnya

"Emm bos saya keluar dulu ye" dia meminta izin dan terus berpaling ke belakang.

"Siapa suruh kau keluar?" Kata lelaki itu

Fayadh menyarungkan baju polo dan bahagian colar di kemaskan.

Auliya menelan air liurnya. Haih banyak betul dia telan air liur harini. Muka dia sudah merah. Ye lah siapa je tak segan kalau ada lelaki buka baju depan dia kan?

"S...sorry bos" haih kenapa tiba-tiba gagap pula ni Auliya!

"Duduk" arahnya.

Auliya terus duduk di hadapan Fayadh.

"So Auliya Az-zahra mulai harini kau adalah PA aku. Jadi aku nak kau tau apa benda yang aku suka dan apa benda yang aku tak suka. Faham!"

Auliya mengangguk.

"Em bos boleh saya tanya tak?" Katanya. Dia beranikan saja diri untuk bertanya. Kalau tak macam mana dia nak tau kan. Bak kata lagu siti nurhaliza, biar berkerut dari asalkan minda beralun. Cewahhh.

"Tanya apa"

"Em apa yang bos suka dengan tak suka tu?" Tanya Auliya.

"Itu kau tanya Dwina. Disebabkan harini hari terakhir dia kerja kat sini, pandai-pandai kau lah nak tau pasal aku kat dia nanti. Malas aku nak terangkan kau banyak lagi benda aku nak buat" kata Fayadh.

"Dan lagi satu. Dwina dah email kat aku yang harini aku takda appoiment dengan sesiapa. So kalau ada orang nak jumpa aku, cakap aku taknak jumpa siapa-siapa harini" ujarnya lagi .

Auliya mengangguk tanda faham.

Alamak. Kak Dwi last day ke harini? Ala tak bestlah kalau macam ni. Terpaksalah harini dia kena mengumpat pasal bos ni habis-habisan. Yelah nak tau apa yang dia tu tak suka sangat kan.

"Lepas kau keluar, pergi tempat Dwina. Aku dah bagitau suruh dia kenalkan kau dekat staf lain." Ujar Fayadh.

"Baik bos. Saya dah boleh keluar ke?"

"Hmmm"

Auliya berjalan kearah pintu keluar. Baru sahaja dia hendak menolak pintu itu, dia dipanggil semula oleh Fayadh.

"Auliya"

Auliya memandang ke arah bosnya.

"Ye bos?"

"I want Ice chocolate" katanya dengan muka yang tenang.

Amboi kau ingat ni restoran nak order-order bagai?

"Tapi bos saya kerja sebagai PA bukan tukang buat air" Katanya. Habislah aku ni mana pandai buat ice cholote ni semua. Buat air oren boleh lah.

"So? Peduli apa aku. Yang penting In 5 minutes aku nak ice chocolate tu dah ada atas meja ni" jari telunjuk Fayadh di ketuk di atas meja.

"Air kosong tak boleh ke?" Tanya Auliya selamba. Fayadh merenung tajam ke arah wanita di hadapannya ini.

Auliya tanyang sengih. Saja nak bergurau bagi bos besar ni senyum sikit. Tapi tak menjadi punya makin tegang adalah.

Love You Mr Hot (Completed✔)Where stories live. Discover now