Bab 49

11.2K 369 24
                                    

"Hai. You ni PA Fayadh kan? Boleh I jumpa dia?" Tanya Alana dengan sombong.

Auliya yang sedang menulis beberapa nota di atas kertas terus mendongak. Melihat siapakah gerangan wanita yang asing bagi dirinya. Dia tak pernah nampak pun perempuan ni sebelum ini.

"Maaf bertanya, cik ada buat appoiment ke dengan Encik Fayadh?" Tanya Auliya. Memang itu pun yang perlu dilakukan kalau nak jumpa Fayadh. Mana boleh main redah je.

"Eh hello I girlfriend dia tau buat apa nak berappoiment bagai?" Alana  menjeling.

Siti dan Faliq sudah memandang antara satu sama lain. Masing-masing menepuk dahi.

Auliya? Jantungnya sudah berdegup kencang. Betul ke apa yang dia dengar ni. Girlfriend Fayadh?

"Yang You diam ni kenapa? Dah lah biar I sendiri yang pergi jumpa my baby" ujar Alana dengan sombong. Dia berjalan dengan lenggang lenggok menuju ke arah bilik kerj Fayadh.

Auliya terus berdiri untuk menghalang dia masuk ke dalam pejabat. Memang dulu Fayadh pernah berpesan, jika tiada appoiment dengannya tiada siapa yang boleh masuk.

"Maaf Cik Alana, Cik tak boleh masuk. Nanti Encik Fayadh marah"halang Auliya.

Tetapi Alana tetap berdegil untuk membuka pintu tersebut. Auliya cuba menghalang dia dari membuka pintu itu. Tetapi tidak berjaya.

Alana menolaknya ke tepi dan dia terus masuk ke dalam.

Fayadh yang sedang focus menghadap laptopnya terus memandang ke arah pintu.

"What are you doing here?" Tanya Fayadh.

"Sorry bos, saya dah cuba halang dia tadi" ujar Auliya.

"Baby, tengoklah PA you ni. Dia halang I jumpa you. Kenapa you tukar PA? Mana  Dwina? I tak suka perempuan ni tau" rengek Alana. Dia menuju kearah Fayadh dan memeluk lengan lelaki itu.

Auliya tersentak. Hoi laki aku tu. Dia main peluk je? karang ada yang kena baling dengan fail ni karang haa. Sabar Auliya sabar.

"Sokey biar dia kat sini. Auliya tolong buatkan aku ice chocolate dengan coffie untuk Alana" kata Fayadh.

Auliya hanya mengangguk.

"Alana, You pergi duduk sana" Fayadh menunjuk ke arah sofa di hadapan meja kerjanya.

Alana hanya mengikut sahaja arah Fayadh.

"I nak pergi tandas dulu. You jangan buat hal kat office I" Fayadh memberi amaran.

Setelah itu dia menapak keluar dari biliknya dan terus pergi ke tandas.

Tidak lama selepas itu, Auliya datang dengan sebuah dulang yang berisi dua cawan air.

Alana senyum senget apabila melihat Auliya mahu menapak masuk ke dalam.

Dengan sengaja, dia meluruskan kakinya. Auliya tersadung dan jatuh. Air tadi semua jatuh di atas kaki Alana. Tangan Auliya pula terkena sedikit coffie panas. Baru beberapa saat tangannya sudah merah.

Dia melihat kaki Alana. Kaki wanita itu juga turut merah. Tetapi lebih teruk berbanding dia.

"Auch! Heyy! You ni memang tak guna lah. You sengaja tumpahkan air ni kan!" Marah Alana.

Pekerja di luar bilik Fayadh sudah melihat antara satu sama lain. Faliq dan Siti menepuk dahi. Haa sudah apa lagi yang jadi kat dalam tu. Diorang tak boleh nampak apa yang berlaku kerana pintu tertutup. Nak masuk cek tapi takut bos mereka pula naik angin.

"Sorry Cik. Saya tak sengaja. Kaki Cik tadi halang saya berjalan" kata Auliya. Dia mengutip gelas yang jatuh. Mujus tak pecah.

Fayadh berjalan laju masuk ke dalam biliknya. Terkejut juga dia mendengan suara Alana mengamuk.

Love You Mr Hot (Completed✔)Where stories live. Discover now