Bab 8

14.5K 542 4
                                    

"Ya allah bos!"

Terkejut Auliya melihat Fayadh terbaring di atas sofa.

Tangan lelaki itu memegang perutnya. Mukanya pula berkerut seperti menahan sakit.

Auliya berlari kearah Fayadh.

"Bos kenapa ni"

Fayadh menunjuk perutnya. Dia tidak mampu berkata apa-apa.

"Kita pergi hospital jom" ujar Auliya cemas.

"Ta..tak..pa..a..ku..ok"jawabnya.

"Eh tak boleh bos. Muka bos pun dah pucat ni" Auliya membantu Fayadh berdiri.

"sa..sakit" Dia duduk kembali. Ulu hatinya dipegang.

"Bos gastrik ni. Takpe jalan pelan-pelan" tangan Fayadh diletakkan di atas bahu Auliya. Mereka perlahan-lahan berjalan ke arah lift.

Sampai di bawah Fayadh di bantu oleh beberapa orang yang ada di sana untuk berjalan ke arah kereta Fayadh.

Auliya masuk ke dalam kereta di bahagian pemandu. Fayadh pula sudah terduduk lemah disebelahnya.

Nasiblah Auliya ni ada lesen kereta. Dia memandu kereta bosnya itu.

"Bos tak makan kan lunch tadi?"

Fayadh tidak menjawab.

"Kena makan bos. Tengok sekarang dah jam 5. Tak ke naya perut bos tu" ujarnya.

Ya Fayadh memang tidak menjamah makanan tengah hari tadi. Pagi-pagi pun dia hanya minum ice chocolate yang dibuat oleh Auliya.

Tiada selera. Banyak sangat masalah yang dia perlu fikir. Soal kerja dan soal peribadi dua-dua tengah bercampur di dalam otaknya.

"Kau..ada plastik"

Auliya memangdang Fayadh.

"Kenapa bos?"

"Aku nak mun.....uwueekkk"

Belum sempat dia menghabiskan ayat dia sudah muntah. Habis kasut mahal dia kena.

Auliya berhenti di sisi jalan.

Dia mencapai plastik yang ada di dalam beg tangannya.

Beg plastik itu di hulurkan kepada Fayadh.

Auliya menggosok lembut bahagian belakang bosnya agar dia dapat mengeluarkan muntah yang tersisa.

Nak malu apa? Yang dia tahu dia harus membantu Fayadh. Kesian pula dia tengok.

Uwuekkk!

Fayadh menggeleng kepalanya. Tidak sanggun untuk mengeluarkan muntahnya sekali lagi. Dia sudah penat. Ya muntah adalah perkara yang paling memenatkan. Lagi penat daripada kerja seharian di office.

Plastik tadi diikat dan dia letak di tepi kaki. Kasut yang terkena muntah itu tadi dibuka. Dia duduk bersila sambil memegang perutnya.

Auliya pula menghulurkan satu lagi plastik kepadanya. Takut-takut kalau rasa mual itu datang lagi.

Air mineral yang ada di dalam kereta itu dihilur. Fayadh meneguk air setelah itu dia menghulurkan semula kepada Auliya.

"Bos saya sambung drive ye. Kalau ada apa-apa panggil saya"kata Auliya.

Mereka akhirnya sampai di hospital.

Fayadh terpaksa di tahan untuk beberapa jam. Dia harus di masukkan air ke dalam badan.

Auliya masuk ke dalam bilik tempat Fayadh di tahan.

Dia mahu minta izin untuk pulang. Dah nak magrib ni nanti risau pula Aina tu kat rumah.

Love You Mr Hot (Completed✔)Where stories live. Discover now