Bab 45

11.9K 395 14
                                    

Fayadh terjaga dari tidur selepas mendengar azan subuh berkumandang.

Dia melihat di sebelah, Auliya masih lagi terlena di buai mimpi. Fayadh tersenyum. Bahagian mula hadir dalam diri. Dia sangat bersyukur dengan kehidupannya sekarang ini. Bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang sangat baik dan mencintainya.

Rambut Auliya diusap sambil tersenyum. Comel je isteri dia ni bila tidur.

Pipi Auliya di kucup lalu dia memeluk Auliya dengan penuh kasih sayang.

Mukanya disembamkan pada leher Auliya. Nak manja-manja lah katakan.

Beberapa saat kemudian, kepalanya rasa seperti diusap. Dia memandang kearah muka Auliya. Wanita itu tersenyum dan kembali mengusap rambut Fayadh.

Hampir 3 minit mereka begitu.

"Dah jom subuh" kata Auliya. Bahu Fayadh ditepuk perlahan.

"Emm. Japlah" pelukan semakin erat.

Auliya pasrah.

Baru beberapa saat, pintu bilik diketuk.

Tok! Tok! Tok!

"Abang! Akak! Ayah suruh bangun. Solat subuh" panggil Afiq di depan pintu yang masih tertutup.

Fayadh memandang kearah pintu. Aduh kacaulah.

"Haa tengok tu Afiq dah suruh solat. Jom jom nanti waktu habis" kata Auliya.

Fayadh pasrah.

Setelah beberapa jam, Auliya dah Fayadh sudah pun bersiap untuk pergi melawat tapak projek yang bersalah itu. Mereka berdua juga akan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang sudah berlaku.

Bagaimana pun, Fayadh tidak akan lepaskan siapakah dalang disebalik masalah ini. Dia yakin pasti ada yang sudah berniat buruk dengan syarikatnya. Dua orang pekerjanya itu tidak akan tergamak melakukan perkara tersebut jika tiada yang merancang. Pasti ada dalang disebalik semua ini.

Mereka berdua bersarapan bersama dengan Aifq dan Pak Rahman.

Fayadh hanya memakai kemeja berwarna biru muda hari ini. Simple sahaja. Auliya pula seperti biasa, dia harus kekalkan kecantikkannya. Barulah suami kat sebelah sedap mata memandang haa gituw. Setuju tak?

Selesai bersarapan, mereka meminta diri. Fayadh memandu ke tempat projek.

Sampai sahaja di sana, semua pekerja berkumpul dan menyambut kedatang bos besar mereka.

Banyak soalan yang dilontarkan oleh Fayadh kepada pekerja di sana. Auliya pula setia di sebelah. Sebagai PA, dia harus menemani ke mana sahaja bosnya pergi.

Fayadh sangat mengambil berat tentang keadaan pekerja di sana. Dia juga menasihati agar berkerja dengan bersungguh-sungguh serta memberitahu, gaji yang tertunggak sebelum ini akan segera dilunaskan.

Jelas wajah gembira terpampang pada wajah mereka. Fayadh berusaha untuk membersihkan namanya agar tidak dipandang buruk oleh pekerja di sana.

"Ok baik, itu sahaja dari saya pada hari ini. Saya harap kamu semua buat kerja elok-elok. Soal gaji jangan risau, dalam masa dua atau tiga hari ini saya akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini" Kata Fayadh.

*****

Sudah tiga hari Fayadh dan Auliya bermalam di kampung ini. Setakat ini hampir setiap hari mereka akan keluar untuk menguruskan kerja.

Tiada masa untuk berborak dengan Pak Rahman dan Afiq. Kalau ada pun pada waktu malam sahaja.

Jadi memandangkan hari ini tiada urusan kerja diluar, Fayahd dan Auliya meluangkan masa dengan Pak Rahman dan Afiq di rumah.

Love You Mr Hot (Completed✔)Where stories live. Discover now