Bab 31

13.7K 511 20
                                    

Kawasan pantai resort itu sudah di penuhi dengan gelak tawa daripada tetamu yang datang menginap.

Di kawasan yang lain, semua staf syarikat sudah pun berkumpul. Hari ini sukaneka tradisional telah dijadualkan berlangsung.

"Baiklah semua boleh berbaris ikut kumpulan yang sudah diundi hari tu" Afif mengarah mereka. Speaker wireless itu tergantung kemas di bahu.

Masing-masing mencari ahli kumpulan yang sudah pun di undi semasa mesyuarat beberapa hari yang lalu.

"Haa orang-orang biru yang lain kumpul sini" jerit Faleq. Maka ahli-ahli yang telah terpilih pun mendekat.

Auliya hanya memandang kumpulan bertuah itu. Mana tak bertuahnya semua ahli kat dalam best-best.

Auliya mengeluh.

"Are you okey?" Fayadh mendekati Auliya.

"Ya I'm okey" jawabnya.

"Muka kau nampak lain lah. Kau sihat tak ni? Kalau tak sihat pergi rehat" Tanya Fayadh prihatin. Muka Auliya nampak sedikit pucat.

"Saya okey. Dah jom pergi tempat diorang" Auliya menunjuk kearah Rizal yang sedang memegang bendera merah itu.

"Baiklah semua dah jumpa kumpulan masing-masing. Jadi perkara pertama yang kamu semua perlu buat adalah cari nama kumpulan. Boleh juga kalau nak guna nama yang sedia ada. Contoh kumpulan kuning" jelas Afif dari. Masing-masing mengangguk tanda faham.

"Sekali lagi saya ingatkan. Tujuan game ni di lakukan adalah untuk mengeratkan sillaturahim sesama kita, kita tak mahu berlaku pergaduhan kalau ada apa-apa terjadi. Kita main dengan santai. Chill-chill je okey!" Pesan Afif lagi.

Masing-masing mula berbincang tentang nama kumpulan. Tapi tidak bagi kumpulan Auliya. Semua diam. Jujur mereka tak selesa kalau ada boss besar dalam kumpulan ni. Tambah pula dengan muka Fayadh yang macam nak makan orang. Lagilah takut diorang nak keluarkan perangai sebenar.

"Kenapa diam ni? Come on guys. Tengok kumpulan lain dah mula bincang. Anggap je saya ni kawan kamu kat pejabat" Fayadh dari tadi perasan yang kehadirannya membuatkan mereka tak selesa.

Tambah pula tahun ni tahun pertama dia menyertahui acara ini. Selalu, dia hanya menjadi pemerhati bersama Afif. Mungkin sebab tu kot sampai sekarang silaturahim dia dengan pekerja tak berapa rapat. Buktinya macam sekarang. Masing-masing senyap. Ni kalau diorang dekat team lain bukan main lagi bercakap kalah Azwan Ali.

Mereka memandang antara satu sama lain. Okey bos dah bagi greenlight. Apa lagi kita tukar mod normal lah apa lagi.

"So apa nama group kita ni" tanya Auliya.

"Aku tau. Letak nama Hagemaru" Fifah memberi cadangan.

Pukk

Dia mengadu sakit. Tak pasal-pasal Erin memukul bahunya.

"Kau ni bagilah nama smart sikit. Hagemaru buat apa? Baik letak nama pesu je kalau macam tu" bantah Erin.

Mereka tergelak.

"Apa punya nama lah kau bagi" rungut Ismail.

"How about Red Burn?" Fayadh pula memberi cadangan.

"Haa macam ni baru nama gempak. Bukan macam kau Fifah. Tah pape dibaginye" Haq bersetuju dengan cadangan bosnya.

"Okey jadi semua setuju dengan nama Red Burn tu?" Tanya Ismail.

Masing-masing mengangguk.

"Okeylah daripada nama Sunburn" Kata Auliya.

Love You Mr Hot (Completed✔)Where stories live. Discover now