Bab 22

13.9K 444 3
                                    

Pintu rumah banglo itu di buka.

Fayadh dan Auliya masing-masing membawa masuk beg pakaian mereka ke dalam rumah.

Kini mereka sudah berada di rumah yang baru di beli oleh Fayadh.

Walaupun perancangan sebenar ialah mereka akan pindah masuk ke sini dalam sebulan lagi, tapi mereka mengambil keputusan untuk berpindah awal.

Nasib baiklah rumah ini sudah lengkap dengan perabot yang diperlukan. Walaupun design yang dimahukan belum sepenuhnya siap di ubah suai. Cukuplah untuk meneruskan hidup seharian.

Sejak dari peristiwa menakutkan itu, Fayadh dan Auliya sudah tidak tinggal di sana. Fayadh sudah mengarahkan pekerja untuk mengosongkan rumah itu. Semua barangan yamg ada di rumah itu di jual.

Mana tahu salah satu perabot yang ada di sana merupakan tempat tinggal 'makhluk' yang suka mengacau. Fayadh tidak mahu mengambil risiko. Biarlah dia menghabiskan ribuan ribu ringgit untuk membeli perabot baru. Yang penting dia hidup dengan tenang.

Sepanjang menunggu perabot di kosongkan di apartment itu, Fayadh dan Auliya menginap di sebuah hotel mewah selama seminggu. Takkan lah nak pulang ke rumah Datin Fatia dan Dato Shah pula. Tak eloklah begitu. Nanti banyak pula yang ditanya.

Mereka juga terpaksa tidur sebilik sepanjang seminggu di sana. Ini semua kerana bilik di hotel itu penuh. Setiap kali Fayadh bertanyakan mengenai bilik kosong di kuanter mesti akan di jawab "maaf Encik Fayadh, buat masa ini tiada bilik kosong"

Mungkin waktu ini merupakan cuti sekolah jadi banyak yang datang bercuti. Hotel itu juga merupakan salah satu hotel yang terkenal oleh pelancong tidak kira dari luar atau dalam negara.

Dan sepanjang seminggu itu, mereka berdua banyak melakukan hal sendiri walaupun berada dalam bilik yang sama.

Auliya banyak menghabiskan masa membaca novelnya selepas sahaja balik dari kerja.

Fayadh pula banyak meluangkan masa di hadapan laptopnya.

****

"Awak, saya nak bilik kat sini boleh tak?" Auliya membawa masuk beg pakainnya di sebuah bilik yang ada di tingkat 2 itu.

"Kau ambillah bilik mana-mana" kata Fayadh.

"Okey. Jangan risau saya tumpang bilik ni 11 bulan je. Nanti awak boleh guna juga" ujar Auliya.

"Ikut kau lah Liya" Fayadh masuk ke dalam biliknya yang terletak di hadapan bilik Auliya.

Fayadh terus menghempaskan badan di atas katil. Haa leganya dapat baring!

Dia temenung memikirkan sesuatu. Yang pasti ianya bukan tentang kerja.

Auliya Az-zahra. Itulah nama yang muncul dalam fikirannya ketika ini.

Entah kenapa hatinya ini akan merasa tenang apabila bersama wanita itu.

Dan kenapa hatinya berasa sakit apabila Auliya bercakap tentang baki hari yang mereka akan bersama sebagai suami isteri.

Adakah dia sudah mula suka dengan Auliya?

"Yad jangan buat pasal. Kau sendiri yang buat perjanjian tu" kata sendirian.

"Kau ni bodoh lah Yad! Kenapalah tangan ni gatal sangat buat perjanjian tu!" Ujarnya lagi.

Tiba-tiba bilik di ketuk. Dia terus berdiri ke pintu.

"Em awak"

"Yes? Kenapa?"

"Awak nak makan apa? Saya nak masak ni" tanya Auliya.

"Kau masak je lah apa-apa" ujarnya dengan muka yang tiada perasaan.

"Oh okey" Auliya terus berjalan turun ke bawah. Nasib baiklah barang dapur mereka sempat beli sebelum berpindah ke sini.

Fayadh menutup pintu.

Dia menepuk dahu.

"Aduh Yad kenapa kau cakap macam tu kat dia. Tak romantik lah kau ni" dia mundar mandir di dalam bilik sendiri.

"Ajak dia keluar makan. Yes. Betul ajak dia keluar makan" katanya. Dia terus berlari membuka pintu bilik dan menuju ke arah tangga.

"Liya"

Auliya yang baru sahaja turun ke tingkat bawah memandang ke atas.

"Kenapa?"

"Tak payah masak. Kita makan dekat luar" sekali lagi dengan muka tiada perasaan.

"O..okey..Fayadh awak sihat ke?"

Fayadh memeriksa suhu badannya menggunakan tapak tangan.

"Sihat. Ke..kenapa?"

"Takde lah. First time awak bawa saya keluar makan sama-sama" Auliya tayang senyum. Yeay tak payah masak!

Fayadh terpana melihat senyuman manis itu. Dup dap dup dap. Okey kini jantungnya betul-betul rasa hendak tercabut.

Dia cuba untuk berlagak tenang.

"Oh. So apa lagi pergi lah bersiap. Lambat tinggal" katanya lalu dia berjalan masuk ke dalam bilik.

Masuk sahaja bilik Fayadh terus melompat gembira. OMG Fayadh ke ni!?

"Yess!" Senyum lebar lelaki itu di buatnya.

*****

Mereka berdua kini berada di sebuah restoran 5 bintang yang terkenal di tempat itu.

Auliya melihat sekeliling.

"Saya ingat awak nak bawa saya makan dekat restoran biasa je" ujat Auliya.

Fayadh memandang dan mengangkat sebelah keningnya.

"Come on Liya. Ni Fayadh Omar lah. Takkan nak bawa perempuan Dating makan dekat mamak" opss! Dating? Terlepas cakap lah pula!

Masing-masing diam.

"Maksud aku..." Fayadh menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ohh saya faham. Awak nak bagitau dulu awak bawa girlfriend dating kat sini ke? Wah not bad" kata Auliya.

"Haa ye. Aku memang selalu bawa girlfriend aku datang sini dulu" dalih Fayadh. Padahal tak pernah pun.

Auliya mengangguk tanda Faham.

Mereka duduk di sebuah meja yang sudah di penuhi dengan makanan. Fayadh awal-awal lagi sudah memesan makanan melalui internet. Takkan lah nak tunggu berjam-jam.

Makanan itu pun di makan dengan penuh selera.

.
.
.
.
.








Love You Mr Hot (Completed✔)Where stories live. Discover now