Bab 1: Emperor Hildelith

1.3K 99 20
                                    

*Recommended: Play the song while reading this.*

DIA duduk bersimpuh bersebelahan pusara ayahandanya. Kepala dilentokkan di atas makam dengan beralaskan tangan. Jari-jemari runcing mengusap permukaan makam yang terukir nama Maharaja Zaphar IV. Matanya terpejam rapat untuk mengusir rasa pilu yang menghimpit dada. Sakit hingga menusuk ke dasar hati.

Apa yang harus anakanda lakukan?

Hidupnya terasa gelap. Cahaya telah pun pudar. Kebahagian yang dirasa selama ini direntap tanpa rela. Puas dia menangis. Puas dia meratap hiba. Puas dia meraung di makam ayahanda. Seorang lelaki yang bergelar maharaja dan ayah tidak akan bangun daripada lena abadi.

"Sudah tiba masanya kita pergi, Tuanku," kata seorang wanita yang sedari tadi setia menunggunya di situ.

Dia bangkit. Wanita itu mendekati daripada belakang. Sebuah cape yang bersulamkan emas dengan lambang empayar disarungkan pada badan gadis itu. Hatinya dipagut rasa sedih melihat tubuh cengkung yang bersedihan atas kemangkatan maharaja yang terdahulu.

"This is the last time I visit you, father," tuturnya sebelum melangkah pergi bersama satu squadron askar yang lengkap dengan pedang dan perisai. Seolah-olah mahu berperang.

Seorang askar menghulurkan tangannya untuk membantu dia naik ke atas Wira. Si kuda hitam yang gelapnya seakan-akan malam, meringkik kuat dengan kaki hadapan naik ke atas apabila tuannya sudah kembali untuk membawa ke medan pertempuran.

"I will let you run rampage today, Wira," tutur Alayna seraya itu sang kuda terus memulakan lariannya.

Angin yang menyapa wajahnya saat menunggang Wira buat dia rasa segar. Hatinya yang gundah-gulana sudah tenggelam di dasar laut. Saat itu, tika itu, dia rasa gagah, rasa kuat dan rasa berkuasa apabila rakyat melihat dia menunggang Wira, The Battle's Stallion. Dia rasa apa yang berada di hadapannya dapat ditempuhi dengan mudah. Tiada seorang pun yang akan mampu menghalangnya.

"What make a man a great ruler, my dear daughter?" ujar Maharaja Zaphar sambil menggerakkan buah catur Queen.

Dahi Alayna berkerunyuk apabila tiada ruang untuk menggerakkan knight saat Queen bergerak di atas papan catur. "Wisdom, Intelligent and Credibility," balasnya acuh tak acuh. Mata lebih fokus pada permainan.

"Well, half correct."

"Apa jawapannya, ayahanda?"

"When he feel like, no one can stop him. When he feel like, he own the world. When he feel like, he's the only ruler deserve the throne. That's a great emperor. So, how do you feel today, my lovely princess?" Ayahandanya senyum dengan lebar buat dadanya bergetar.

Rakyat Lyzantine tercengang melihat dia yang sedang menunggang Wira, si kuda perang yang boleh ditunggang oleh Maharaja Lyzantine sahaja. Apabila melihat kelibatnya meredah jalan, mereka lari memberi ruang untuk rombongannya lalu. Ada yang duduk melutut untuk menunjukkan rasa hormat mereka kepadanya.

"We greet The Crown Princess of Empire Lyzantine." Laungan itu kedengaran bersahut-sahutan menyebut namanya tanpa henti. Seolah-olah menyanjung dia seperti seorang maharaja.

"How do you feel today, my lovely princess?"

Something inside me is on fire, father...

Gerbang istana semakin jelas di ruang mata. Pengawal istana yang terkejut melihat kemunculannya tidak teragak-agak membuka pintu tersebut untuknya. Orang-orang yang berada di dalam kawasan itu terduduk di tandas lantai sebagai penghormatan kepadanya. Namun, dia tetap menunggang Wira untuk mara ke istana.

Bunyi gegak-gempita menyapa telinga. Pertelingkahan dan pertelagahan antara bangsawan sudah cukup buat gegendang telinganya berdesing kuat. Dia mendengar perbalahan itu berasa lucu.

Alayna: The First EmperorWhere stories live. Discover now