Bab 2: New Reign

461 48 8
                                    

“Beritahu pada seluruh rakyat jelata bahawa maharaja baru telah dipilih. Seorang maharaja yang akan menjaga Lyzantine dengan nyawa dan darahnya. Sebarkan supaya semua penghuni empayar ini tahu tentang hal ini. Majlis pertabalan Maharaja Hildelith I akan berlangsung pada akhir purnama ini,” ucap Chancellor.

Alayna masih pegun di situ dengan pedang di tangannya. Pandangan mata dilemparkan pada setiap wajah bangsawan yang berada di situ. Ada riak ketakutan di wajah mereka.

“Dismiss. My coronation as an emperor will held in Room of Throne.”

Bangsawan di situ menarik nafas terkejut. Room of Throne merupakan tempat singgahsana yang dibina oleh maharaja Lyzantine yang pertama iaitu  Zaphar I. Dari satu generasi ke satu generasi, maharaja lelaki yang dibenarkan masuk ke dalam singgahsana tersebut. Hal ini kerana, tempat itu dianggap suci di mana seseorang diakui berkuasa dalam memerintah empayar ini.

Alayna memecah tradisi kerajaan ini. Seorang gadis melanggar segala adab dan peraturan Lyzantine. Malah mengubah segala amalan yang dilakukan dari turun-temurun.

“Dismiss.”

Mereka mula berlalu daripada kawasan itu satu-persatu dengan rasa tidak puas hati bahawa wanita yang akan menjadi ketua mereka. Hanya ada seorang bangsawan sahaja yang berada di situ. Memandang Alayna dengan rasa simpati berbaur dengan bangga. Langkahnya mengatur untuk menghampiri gadis itu.

“I spill the blood, uncle,” ujar Alayna tanpa perasaan. Duke Razeer merupakan bapa saudara belah bondanya dipandang sepi.

“That's the fate of an emperor.”

“Really?”

“You need some rest, Your Majesty Emperor Hildelith I,” ucap Duke Razeer.

Meera melangkah mendapat gadis itu. Cape disarungkan pada badan Alayna yang dilumuri dengan darah. Duke Razeer menundukkan kepala tanda hormat kepada anak saudaranya yang baru bergelar maharaja. Dia khuatir akan keadaan Alayna yang kelihatan terkejut melihat darah. Alayna, puteri yang tidak pernah kenal makna darah dan nyawa. Namun dia yakin bahawa Alayna dapat memacu Lyzantine ke puncak kegemilangan nya kelak.

Dua orang dayang menolak pintu apabila melihat sang puteri yang kini bergelar maharaja. Alayna melangkah masuk ke dalam biliknya. Tangannya tidak lepas mengheret pedang yang semakin kering darah yang melekat di situ.

“Tiada siapa dibenarkan masuk ke dalam kamar Tuanku,” arah Meera.

Saat pintu kamar tertutup rapat, hanya Alayna dan Meera sahaja yang berada di dalam bilik itu. Lutut Alayna rebah mencecah lantai. Pedang di tangan terlepas daripada genggaman. Kedua-dua belah tapak tangan yang kering dengan darah direnung. Jari-jemari yang menggeletar sedikit menyentuh wajah yang masih dicemari darah.

“Is this what is take to become a ruler?” soal Alayna. Kepalanya menanggung ke arah Meera. Inang pengasuh yang menjaganya sejak dia masih merah.

Meera melutut di hadapan gadis itu. Dia melihat Alayna membesar sejak berumur 10 tahun lagi. Kini, si bayi comel yang dilihat dahulu menjadi seorang gadis 20 tahun yang bakal menggalas peranan paling besar di empayar ini. Satu-satunya perempuan yang bergelar maharaja. Status paling tinggi di dalam hierarki sosial Lyzantine. Sekali gus mengangkat martabat wanita dalam susun lapis masyarakat di Lyzantine.

Dia ingat lagi titah yang diperintahkan oleh arwah Maharaja Zaphar IV. Tugasnya mendidik si puteri mengetahui hal di dalam dan di luar negara. Politik, ekonomi, sosial dan peperangan di antara negara lain. Semuanya diajar kepada Alayna.  Rupa-rupanya itu adalah sebagai persediaan untuk mengangkat Alayna sebagai pemerintah Lyzantine. Maharaja Zaphar IV telah merancang semuanya. Tanggungjawab dia hanyalah berada di samping Alayna agar Alayna tidak terkeluar dari landasannya.

Alayna: The First EmperorWhere stories live. Discover now