BAB 6: Who Am I?

261 28 10
                                    

SEJAK pengumuman Alayna menjadi maharaja, golongan bangsawan terbahagi kepada dua bahagian. Bangsawan yang setia pada maharaja dan juga bangsawan yang membangkang pemerintahan Alayna. Pembangkang ini telah mengadakan satu perjumpaan rahsia untuk menjatuhkan sang puteri dari takhta. Dengan erti kata lain, mengkhianati keturunan Zaphar dengan mengangkat orang lain sebagai pemerintah Lyzantine.

"Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini? Kita tidak boleh berdiam diri melihat seorang puteri mentah memerintah sebuah empayar."

"Apa yang dia tahu tentang sebuah empayar? Menjual muka untuk sebuah empayar tidak cukup menjaga keamanan ini."

"Benar sekali! Tiada sejarah mengatakan bahawa wanita mampu memerintah sebuah empayar. Lyzantine akan hancur pada tangan Puteri Alayna."

"Kejelitaan Puteri Alayna hanya layak menjadi burung di dalam sangkar."

Mereka semua ketawa dengan ayat yang diucapkan oleh bangsawan itu. Semuanya berfikiran yang sama. Puteri Alayna perlu duduk diam-diam menanti disunting oleh mana-mana putera raja. Gadis itu tidak layak membimbing Lyzantine ke arah kegemilangan seperti maharaja terdahulu.

"Bagaimana kita menjatuhkannya?" ucap salah seorang daripada mereka.

Tawa mereka hilang serta-merta. Riak serius terpamer di wajah masing-masing apabila mendengar soalan itu. Maksud persoalan itu hanya satu. Bagaimana mereka perlu mengkhianati Maharaja Hildelith? Bagaimana mereka akan menggulingkan seorang puteri yang bergelar maharaja?

"Romeland, negara jiran kita sangat tamak." Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam ruang rahsia itu. Semuanya menunduk hormat pada lelaki itu. Mereka tidak berani bersuara malah memandang ke arah bangsawan itu.

"Dekad demi dekad. Tanah kita ditarah oleh mereka. Setiap hari rakyat Romeland menjala di sungai kita. Apa yang maharaja kita lakukan? Lyzantine benarkan Romeland mengail ikan atas dasar perdamaian dan persahabatan. Sebuah negara yang kecil mampu menundukkan Lyzantine. Tanah kita sudah lemah. Maharaja kita sudah tidak berkuasa."

Lelaki itu bergerak ke ruang balkoni. Ruang mata disajikan dengan hiruk-pikuk Kota Bagh dengan pelbagai aktiviti perdagangan, perniagaan, dan pengangkutan. Sebuah kota yang semakin lama semakin hilang serinya. Mungkin akan mati pada bila-bila masa sahaja. Dia, dia perlu selamatkan Lyzantine sebelum jadi gersang gara-gara sang puteri yang mentah.

"Pemberontakan di sempadan Romeland-Lyzantine semakin reda. Rakyat kita dapat mencucuk tanam dengan aman. Siapa yang menghentikan pemberontakan tu?"

Semua bangsawan tidak dapat mengeluarkan kata-kata. Mereka tahu pemberontakan yang berlaku gara-gara lelaki itu yang sengaja mencetuskan isu bahawa pemerintahan Maharaja Hildelith adalah satu malapetaka. Namun, gadis itu dapat menyelesaikan dengan mudah. Bantuan dihulurkan dengan pantas. Rakyat semakin percaya pada sang puteri yang mampu meneraju sebuah empayar.

"Kita perlu lakukan sesuatu untuk membantu menyedarkan puteri kita bahawa perempuan tidak akan dapat menjadi ketua."

"Raja Romeland sangat tamak menghakis tanah kita. Amaran kita tidak dihiraukan. Maharaja kita terlalu lembut pada mereka. Pemerintah kita terlalu mengikut telunjuk mereka. Jika kita umpan mereka dengan sebidang tanah..."

Lelaki itu tersenyum apabila mendengar cadangan itu.

"Peperangan tercetus pada akhir purnama ini. Seorang gadis tidak akan faham apa itu peperangan. Pemerintahan Maharaja Hildelith akan berakhir di situ. Ketua baharu akan menaiki takhta."

Mereka semua menelan air liur. Satu pengkhianatan yang tidak akan dimaafkan. Jika rancangan mereka terdedah, keluarga mereka akan dipancung dengan gulotin. Cara untuk menghalang perkara itu terjadi ialah dengan menjayakan rancangan itu.

Alayna: The First EmperorWhere stories live. Discover now