BAB 10: Fight for Lyzantine

295 28 12
                                    

SEMPADAN empayar di kawasan daerah Saef menjadi saksi kepada pertempuran antara Romeland dan Lyzantine. Tentera yang menjaga sempadan tidak dapat bertahan daripada menerima serangan daripada negara jiran itu. Satu-persatu kesatria tumbang di tangan musuh durjana. Kawasan sempadan telah ditakluki oleh Romeland. Bendera negara itu berkibar di kubu Saef.

Orang kampung di daerah Saef sudah lari menyelamatkan diri kerana takut terperangkap di dalam peperangan yang sedang berlangsung. Tentera Garuda yang tiba tepat pada masanya dapat menghalang Romeland daripada menceroboh kampung sekali gus menyelamatkan penduduk kampung.

Namun,15 ribu tentera Romeland tidak dapat ditangani oleh lima ribu Tentera Garuda yang terkenal dengan pengalaman mereka bertempur di medan perang. Musuh mereka tidak dapat menumpaskan tentera milik Lyzantine. Akibatnya, ramai kesatria Lyzantine menjadi mangsa mata pedang Romeland. Satu-persatu rebah di medan perang.

Ramai yang terkorban. Darah sudah tumpah membasahi bumi. Dada langit sudah mendung seakan-akan mahu menangis wira yang telah terkorban. Guruh berdentum tenggelam dengan bunyi gegak-gempita pertempuran yang sedang berlangsung. Sungguhpun ramai yang tewas, Tentera Garuda masih lagi mampu bertahan demi tanah air mereka.

"Khabar terbaru daripada perang yang sedang berlangsung mengatakan Tentera Garuda sudah ramai gugur. Apa yang perlu kita lakukan, tuanku?" soal Count Baseer.

Alayna merenung peta yang terbentang luas di atas meja. Dahinya berkerut memikirkan strategi untuk memperoleh kemenangan daripada serangan hendap ini. Giginya mengacip kuat apabila Romeland berani menyerang mereka. Dalam masa yang sama mengkhianati perjanjian perdamaian antara dua buah nama.

"Tuanku! Burung utusan dari Saef telah tiba!"

Keratan kertas kecil yang diikat pada kaki burung helang. Lipatan itu dibuka untuk membaca maklumat yang dihantar oleh tentera mereka.

"Tentera Romeland telah berjaya merampas sempadan di daerah Saef. Tentera Garuda terpaksa berundur buat seketika kerana sudah banyak tentera yang terkorban," ucap Count Ebron saat melihat utusan yang diterima.

"Kita sering memberi muka kepada kepada Romeland. Tanah kita ditarah sedikit demi sedikit. Sekarang mereka sudah berani memijak kepala kita yang memberi perlindungan kepada mereka. Ibarat kacang lupakan kulit."

Bendera kecil Lyzantine bermain di dalam tangan Alayna.

"This is my moment. To take over their land. Make them bow down to Lyzantine to the ground. We must put their place under our feet," ujar Alayna. Bendera kecil dipacakkan pada atas ibu kota Romeland.

Wajah bangsawan sudah berubah melihat kegilaan Alayna yang mahu membaham Romeland sepenuhnya. Dapatkah mereka dapat menjatuhkan Raja Romeland yang angkuh tu?

"Tentera Chimera sudah boleh bersiap sedia untuk masuk ke dalam medan pertempuran," putus Alayna.

Tentera Chimera yang bertanggungjawab menjaga ibu kota Lyzantine sebagai pertahanan terakhir empayar. Ketiadaan kesatria tersebut menandakan Lyzantine akan bertempur dengan segala merekaada untuk menakluki Romeland. Semua bangsawan akur dengan keputusan maharaja mereka yang mahu menghantar pasukan Chimera mematahkan kemaraan Romeland.

"Dismiss," ucap Alayna.

Satu-persatu meninggalkan bilik mesyuarat. Hanya tinggal dia dan Duke Razeer yang kelihatan risau melihat anak saudaranya yang terpaksa memikul tanggungjawab yang besar. Namun, rancangan Alayna membawa Chimera pertempuran menandakan maharaja akan turut serta dalam peperangan tersebut. Dia bimbang kalau-kalau....

"Tuanku terpaksa meninggalkan istana tanpa raja," ujar Duke Razeer.

"I know. The traitor who is luring in this castle will take this chance to take over the throne. But, I have my ways, Duke Razeer."

Alayna: The First EmperorWhere stories live. Discover now