Bab 12: Battle is Not Over

345 32 9
                                    

“SEORANG puteri sepatutnya berada di dalam sangkar istana. Dimanjakan dengan batu pertama. Bukannya berada di medan perang berlakon jadi jantan!” ucap General Romeland dengan angkuh.

Alayna mengesat darah yang terbit pada celah bibirnya. Irisnya merenung tajam wajah yang sedang memandang rendah kepadanya. Hanya kerana dia seorang dara, kebolehannya diperlekehkan tanpa menguji terlebih dahulu. Lelaki ini patut ditundukkan serta-merta. Biar dia tahu wanita juga mampu memegang senjata.

Dia melibaskan pedang ke arah musuhnya tanpa jemu. Setiap hayunannya dapat dihalang oleh General Romeland dengan mudah. Namun, Alayna tidak akan mengaku kalah demi kesatria yang telah gugur demi Lyzantine. Kemenangan akan menjadi miliknya bukan Romeland.

“Jika kau menyerah diri, akan aku jadikan kau isteriku! Akan aku buat kau tunduk di tapak kaki ku!” kata lelaki itu bersama gelak tawa yang besar.

Alayna mengundur langkah ke belakang setapak demi setapak.

“Nampaknya kau mahu menyerah kalah? Sudah aku katakan, perempuan… memang lemah!”

Kaki Alayna terpasak di tanah sebelum memulakan lariannya menuju ke arah General Romeland. Mayat tentera musuh yang berada di situ dipijak untuk dijadikan sandaran sebelum dia melompat tinggi dengan melibas pedang ke arah muka lelaki itu.
Pedang mereka berlaga. Namun, mata pedang hanya seinci daripada muka general yang kelihatan sangat terkejut dengan teknik Alayna digunakan. Impak pertembungan senjata mereka meninggalkan kesan ketara apabila lututnya menggigil kerana tidak dapat menahan serangan gadis itu.

Alayna berundur ke belakang. Pedang di dalam genggaman dilenturkan dalam keadaan horizontal lebih kurang 45 darjah. Dia membuka bukaan kaki agar menjadi luas dari kebiasaannya. Setelah selesa dengan posisi yang digunakan, dia terus maju menghayun pedang ke arah musuhnya.

Kshing!

“I’m not a girl!”

Alayna terus mengasak lelaki itu dengan memusingkan badan sebelum menghentak pedangnya dengan senjata pihak layan. Postur General Romeland sudah goyah. Impak serangan yang dia terima kali ini sangat kuat berbanding sebelumnya.

Kshing!

“I’m not a princess!”

Pedang milik musuhnya patah dua kerana tidak dapat bertahan lama menerima serangan bertubi-tubi dari Alayna. Satu garisan muncul di wajah Alayna apabila melihat wajah pucat General Romeland yang jelas menunjukkan ketakutan. Alayna meluruskan pegangannya dengan melibas pedang ke arah leher lawannya.

“I. Am. An. Emperor. Of. Lyzantine!”

Krak!

Thud!

Bunyi pedang berlaga terhenti serta-merta. Medan perang jadi sunyi apabila melihat momen yang sedang berlangsung di hadapan mereka. Kepala General Romeland bergolek di atas tanah yang berlecak dengan darah. Seorang perawan telah menumpaskan musuh empayar. Langkah Alayna diperhatikan oleh mereka. Bendera Lyzantine yang terpacak di atas tanah dicabut oleh si maharaja. Lalu dijulang setinggi-tingginya.

“Harghhh!”

“Hail to Emperor Hildelith!”

“Long Live Emperor Alayna Hildelith!”

Laungan tentera Lyzantine menggegarkan medan perang. Air mata kemenangan mengalir di pipi mereka. Pertempuran yang berlangsung selama tiga hari akhirnya berakhir jua. Belum pernah mana-mana peperangan berakhir dalam masa yang singkat. Namun, Maharaja Alayna dapat membuktikan kepada seluruh dunia bahawa dia bukan gadis biasa.

Nama Alayna akan bertebaran di serata dunia.

Kini, dia bukan lagi terkenal dengan kejelitaannya tetapi digeruni dengan kehandalannya.

Alayna: The First EmperorWhere stories live. Discover now