ALAYNA Hildelith. Seorang puteri dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Dimanjakan dengan emas, permata, sutera malah segala kemewahan dilimpahkan oleh Lyzantine. Kesenangan itu hanya sementara waktu apabila dia cukup sepuluh tahun. Alayna dipaksa belajar tentang silibus pemerintahan dan pentadbiran sebuah empayar. Tidak cukup itu, tangan yang mudah terluka menghunus pedang dan menarik tali busur.
"Anakanda tidak suka memegang hulu pedang. Tangan anakanda sakit. Merah-merah. Malah melecet sehingga nampak isi. Anakanda tidak mahu belajar lagi!" raung Alayna dengan air mata berjujuran.
"Esok luka itu akan sembuh," balas Maharaya Zaphar IV dingin.
"Luka yang sudah lama terdedah tidak dirawat tidak akan sembuh, ayahanda! Sama juga dengan hati yang rapuh tidak akan bercantum semula!"
Mata pena terhenti di atas kertas sebaik sahaja mendengar ucapan anakandanya. Dakwat yang melekat semakin membesar. Pen diletakkan kembali di dalam bekas dakwat. Maharaja Zaphar IV memanggung kepala melihat sinar mata Alayna yang garang.
Masih belum matang tapi taringnya sudah tumbuh.
"Luka di jiwa dan badan boleh dirawat dengan masa. Jika luka pada rakyat sehingga Lyzantine berpecah-belah, tiada ubat dan tiada masa. Hanya tinggal sejarah. Tapi hanya seorang sahaja yang mampu menyatukan Lyzantine semula. Anakanda tahu siapa?"
"Maharaja," balas Alayna.
"Ilmu yang anakanda belajar bukan untuk anakanda, tapi untuk Lyzantine dan rakyatnya."
"I'm not an emperor! Kenapa anakanda perlu tahu segala-galanya?"
"The path that you walk right now is your subject's path. Setiap langkah yang anakanda berjalan menentukan seluruh nasib rakyat Lyzantine."
Alayna mengerip bibir bawahnya. Dia tidak faham kenapa ayahanda selalu menyogoknya dengan ideal seorang pemerintah. Dia seorang puteri bukan maharaja.
"Anakanda seorang puteri. Sudah cukup buat anakanda berada di dalam kasut rakyat."
"Seorang puteri tidak akan memahami kemahuan rakyat."
KINI Alayna faham apa yang diucapkan oleh ayahandanya. Hidupnya sebagai seorang puteri sentiasa dihiasi dengan pemandangan yang indah. Selalu disajikan dengan perkara yang menyejuk mata memandang. Jadi seorang maharaja buat dia celik akan kehidupan rakyatnya yang sebenar.
Di sebalik kesibukan Kota Bagh yang berwarna-warni, terselit kehidupan gelandangan yang penuh hina. Meminta sedekah, mencuri malah memeras ugut mereka yang lebih lemah.
"First rule, when you enter the slum is never show your face."
Mata Alayna melilau mencari suara garau yang menegurnya. Irisnya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang menyandarkan bahu pada dinding. Tangannya sibuk melempar batu ke udara beberapa kali. Senyuman nakal terukir pada wajah sang penegur.
Dia kenal raut yang menyapanya itu. Seorang saudagar yang pernah menyekat perjalanannya menuju ke negara jiran untuk menghadiri sambutan Age-of-Ceremony Putera Mahkota. Pada hari itulah, dia mendapat khabar bahawa ayahandanya jatuh gering. Jika bukan kerana saudagar itu, dia mungkin tidak dapat bertemu dengan ayahandanya buat kali terakhir.
Lelaki itu mendekatinya. Batu yang dilambung sudah disimpan di dalam kocek seluar.
"Jubah yang Tuanku pakai terlalu menonjol." Hujung jubah yang dipakai Alayna disentuhnya. "Diperbuat dari sutera yang merentasi Laut Mediteranean dan disulam dengan benang perak. Tuanku pasti ini merupakan jubah yang paling murah. Tetapi tidak di mata mereka."
Alayna perasaan yang banyak mata memandang saat dia melangkah ke dunia ini.
"Pakaian apa yang perlu beta pakai?" soal Alayna dengan naif.
YOU ARE READING
Alayna: The First Emperor
Historical FictionPrincess Alayna Hildelith, Seorang rupawan, lemah-gemalai, puteri. Disayangi oleh rakyat di seluruh empayar. Emperor Alayna Hildelith I, Bloodthirsty, a tyrant, maharaja wanita. Ditakuti oleh rakyat dia seluruh empayar. Kisahnya sebagai Maharaja Wan...