PENDUDUK Nodlan lari meninggalkan rutin harian mereka. Jala mereka ditinggalkan di dalam sungai. Cangkul mereka dicampakkan di atas batas yang masih belum siap. Kain yang perlu dijemur ditinggalkan di bawah ampaian. Mereka lari bertempiaran masuk ke dalam rumah masing-masing. Jeritan ketakutan mengisi suasana.
"Musuh datang menyerang!"
"Lyzantine telah menceroboh!"
"Lari! Selamatkan diri!"
Bala tentera Lyzantine telah berbaris masuk ke dalam daerah Nodlan. Penduduk kampung yang terdiri daripada lelaki dewasa sudah memegang cangkul dan kapak. Mereka telah bersedia untuk mempertahankan rumah mereka daripada ancaman jirannya.
"Raja Romeland sangat pengecut. Dia bersembunyi di dalam istana membiarkan rakyat melawan dengan senjata untuk bercucuk tanam," ucap Alayna yang sudah maju ke hadapan sambil menunggang Wira.
"Pergi kau dari sini! Kami sudah tewas di tangan kau! Apa lagi yang kau semua mahu?" ujar ketua kampung.
"Beta adalah Maharaja Alayna Hildelith. Jika kau menyerahkan diri, beta akan melepaskan kau. I just want your king's head as my medal of victory," ujar Alayna.
"Ha! Kau hanya perempuan ahli sihir yang mengorbankan nyawa rakyat demi menaiki takhta. Kami tidak akan tunduk pada kau!"
Shing!
Kesatria Lyzantine sudah menarik pedang dari sarungnya apabila mendengar penghinaan ketua kampung itu pada pemerintah mereka. Hati mereka sudah membara mahu menamatkan riwayat lelaki itu dengan senjata di tangan. Biar Nodlan sedar siapa yang mereka sedang berhadapan.
Alayna mengangkat tangan bagai menahan pahlawannya dari terus mara melawan penduduk kampung yang jelas bukan tandingan mereka. Ada adab yang perlu mereka patuhi semasa peperangan berlangsung. Mereka tidak boleh mengapa-apakan wanita, kanak-kanak dan orang tua yang tidak berdaya melawan. Malah mereka tidak boleh memusnahkan tempat tinggal orang awam.
"Tumpaskan sesiapa sahaja yang berani melawan. Jangan sentuh wanita kanak-kanak dan orang tua."
Penduduk kampung yang berani melawan tentera Lyzantine dapat dikalahkan dengan mudah. Senjata mereka tidak sesuai untuk dibawa dalam peperangan. Tiada kematian yang berlaku melainkan ada beberapa orang yang cedera parah. Namun, mereka semua dijadikan tahanan Lyzantine.
Bangsawan yang menjaga kawasan tersebut tidak dapat menyekat kemaraan jirannya dalam menakluki tanah mereka. Tiada bantuan ketenteraan dari ibu kota Romeland menyebabkan mereka dapat ditewaskan dengan mudah. Dengan itu, daerah Nodlan dapat ditawan.
General Garuda, General Chimera dan Alayna sekali lagi berkumpul untuk mengatur strategi mereka dengan lebih terperinci. Serangan mereka ke atas Nodlan menyedarkan Raja Romeland tentang kemaraan mereka. Jadi, sasaran mereka pada Sagela akan menjadi sukar kerana tentera diraja sudah bersedia mempertahankan daerah itu.
"Mereka sangka kita akan terus berundur selepas Perang Saef. Kehadiran kita di Nodlan buat mereka terus jadi goyah. Namun, Sagela akan sukar untuk jatuh ke dalam tangan kita," kata General Garuda.
"Mereka telah sedar akan rancangan kita mahukan Sagela. Bendera mereka sudah naik di menara daerah itu menandakan mereka telah bersedia untuk menerima serangan daripada kita. Bilangan tentera mereka lebih ramai berbanding kita."
General Chimera agak risau kerana tentera yang menyertai peperangan ini hanya lima ribu sahaja. Selebihnya sudah dihantar pulang ke ibu kota Lyzantine untuk menjaga keselamatan empayar mereka. Namun, jumlah kesatria mereka tidak dapat bertahan lama.
"Kita perlu menarik mereka keluar dari kubu dengan menjadikan hutan ini sebagai tempat peperangan yang seterusnya. Kawasan hutan lebih mudah untuk menyerang hendap mereka. Dalam masa yang sama...." Alayna meletakkan bendera kecil Lyzantine diletakkan di atas daerah Kory.
YOU ARE READING
Alayna: The First Emperor
Historical FictionPrincess Alayna Hildelith, Seorang rupawan, lemah-gemalai, puteri. Disayangi oleh rakyat di seluruh empayar. Emperor Alayna Hildelith I, Bloodthirsty, a tyrant, maharaja wanita. Ditakuti oleh rakyat dia seluruh empayar. Kisahnya sebagai Maharaja Wan...