cp 9

3.5K 416 1
                                    

Selesai sahaja urusan aku di hutan terlarang tadi, aku terus bergerak menuju ke pekan. Rupa paras aku diubah menggunakan sihir supaya tidak ada sesiapa mengenali aku.

Kini aku berupa paras seorang perempuan yang memiliki rambut perang dan berpakaian biasa. Dengan rupa begini barulah aku dapat keluar dengan tenang.

Kalaulah aku menggunakan rupa sebenar aku mesti aku akan ditindas di sini sekarang. Perkara biasa untuk penduduk negara ini membenci aku.

Mata aku memandang sekeliling pekan yang agak sibuk ini. Semakin dekat dengan festival tahunan semakin sibuk tempat ini. Sudah ramai penduduk menghiasi pekan untuk menyambut hari itu.

Kaki aku melangkah menuju ke sati lorong yang agak gelap. Sebelum aku memasuki lorong itu, sempat aku perhatian sekiranya ada sesiapa yang melihat aku sekarang dan setelah aku terus memasukinya.

Sebuah kedai yang agak tersorok dijumpai oleh aku. Kedai itu sunyi tanpa pelanggan satu pun kerana terlalu tersorok.

Namun kedai itu bukan tersorok tanpa sebab, malah kedai itu memang dibuat untuk tidak kelihatan oleh manusia biasa.

Tombol pintu itu dipulas oleh aku lalu terus aku masuk. Dapat aku lihat seorang lelaki tua duduk tenang di kerusi kaunter kedai ini.

"Kami tak ada jual apa-apa di sini. Kau boleh pergi," ujar lelaki tua tersebut.

Aku yang tidak termakan kata itu terus berjalan masuk menuju ke lelaki tua tadi. Mata merah aku memandang tajam ke arahnya.

"Ini aku," ujar aku.

Lelaki tua tadi dengan pelahan mengangkat pandangannya melihat aku. Mata hijau dia bersinar menanda dia menggunakan sihir sekarang.

"Kau rupanya. Apa yang kau nak?" Soalnya lagi.

"Aku nak semua benda ini," aku menunjukkan satu kertas senarai benda yang aku ingin beli darinya.

Kertas tadi diambil olehnya lalu dia berdiri dari duduknya menuju ke belakang kedai ini.

Lelaki tadi adalah salah seorang pahlawan yang suka mengembara dahulu. Tetapi sejak dia meningkat umur dia mula berhenti dan menetap di kerajaan ini. Sejujurnya aku kenal lelaki ini bukan kerana itu tetapi kerana dia adalah pahlawan yang sudah membunuh seorang penyihir kegelapan yang pernah aku kenali dahulu.

Mata iblis yang dimiliki olehnya juga kerana dia membunuh penyihir tadi. Aku bencikan dia atas dosa yang dia lakukan namun aku perlukan perkhidmatan dia sekarang.

Susah mahu aku mencari seseorang yang ada semua herba yang jarang ditemui oleh orang lain. Dia juga kenal aku sebagai Irene walaupun aku sudah menyamar begini. Mata iblis dia sangat berkuasa kerana orang yang dia bunuh itu adalah Aries, penyihir kegelapan terkuat di dunia.

Aku memang tidak boleh menerima lelaki ini membunuh penyihir itu dahulu. Apa lelaki tua itu tidak pernah menyesal membuat keputusan membunuh Aries yang juga merupakan kawannya dulu.

"Ini semua barang yang kau nak," dia membaling satu beg kepada aku.

Dengan selambar aku menangkapnya beg itu dan memeriksa barang yang dibeli aku tadi.

"Apa kau menyesal bunuh Aries dengan tangan kau sendiri?" Soal aju secara tiba.

Lelaki tua itu diam sejenak. Matanya memandang kr arah tingkap yang kosong itu. Terdapat satu pisau kayu kecil tergantung di sana.

"Sudah 60 tahun kejadian itu berlalu. Mahu menyesal sudah tidak ada guna," balas lelaki tua itu.

"Begitu juga bagaimana kau tidak menyesal mencuri mata iblis itu," lelaki tadi terus terdiam.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now