cp 85

1.9K 350 32
                                    

"Tolong!" Tiba aku terdengar suara pengawal yang mengikuti kami tadi menjerit.

Aku berdiri semula lalu bersama putera, aku berlari menuju ke arah suara jeritan tadi. Kami tidak boleh gunakan telepotasi kerana kami tidak tahu dimana mereka.

Setelah beberapa minit berlari, kami melihat 2 orang pengawal tadi sudah sekarat dikelilingi oleh sekumpulan goblin. Mereka diserang goblin. Memang patutlah kami hanya dapat serigala sahaja tadi.

Aku dan putera Noir berlari ke arah mereka lalu menyerang mereka. Aku menahan goblin itu menggunakan akar hitam tadi. Namun goblin ini cukup untuk terlepas dari semula ini. Aku kini berasa sedikit marah.

"Putera bawa mereka ke tepi dahulu. Biar saya uruskan goblin ini," ujar aku.

Putera itu menurut kata aku lalu membawa dua orang pengawal tadi ke tepi. Ada goblin yang mahu mengejar mereka tetapi sempat aku bunuh.

Wargh!

Jerit goblin itu lalu menyerang aku secara serentak. Dengan cepat aku berlari dan dalan masa yang sama aku mengeluar akar hitam tadi. Bukan untuk menahan mereka tetapi untuk menusuk mereka dari bawah.

Akar itu dapat membunuh 3 goblin. Jadi yang tingkat hanyalah 2. Aku tersenyum sinis lalu aku mengangkat ke arah mereka dan satu beberapa benang halus muncul di hadapan aku.

Goblin tadi berlari ke arah aku tanpa perasan akan benang halus itu dan dengan pantasnya badan goblin itu terbelah 5 akibat benang halus ini.

Serangan benang ini sebenar aku mendapat idea daripada benang perangkap di gua limpahan sihir. Benang ini sangat halus dan tajam sehingga daun yang jatuh ke atas benang ini pun akan terbelah dua.

Satu sudah tumbang sekarang dua lagi. Benang tadi aku putuskan lalu aku berlari menuju ke arah dua goblin tadi. Mereka menyerang aku menggunakan kayu yang mereka bawa namun aku dapat elak dengan senang.

Itulah susahnya bila badan besar sangat. Pergerakan akan menjadi lambat berbanding dengan orang berbadan kecil. Dengan tangan kosong, aku menyerang mereka dengan memberikan satu tumbukan mereka dan tendangan di muka.

Walaupun tangan kosong tetapi aku ada letakkan sihir untuk menguatkan lagi serangan aku. Dua goblin tadi masih tidak tumbang cuma agak sekarat dengan luka mereka.

Aku mengeluh kerana mereka ini cukup lemah. Aku baru sahaja mahu berseronok kerana mendapat lawan yang agak kuat namun mereka menghampakan aku.

"Maaf ini pengakhiran kau," ucap aku lalu memetik jari.

Satu akar hitam yang lebih besar dari tadi muncul dan terus menusuk goblin itu dari bawah sehingga tembus ke kepala. Mati dua goblin itu begitu sahaja. Sudah hilang keseronokan aku tadi.

Sekarang aku mesti berjumpa putera pula. Mesti dia sedang merawat pengawal tadi menggunakan sihirnya. Kalau aku dapat gunakan sihir penyembuh mesti akan lebih membantu.

Bam! Bam! Bam!

Tiba aku terdengar satu hentakan kaki yang sungguh kuat. Langkah aku terhenti lalu aku melihat ke arah suara hentakan datang.

Terkejut aku melihat satu lagi goblin yang sangat besar seakan pokok itu berjalan ke arah sini. Goblin itu berhenti tidak jauh dari aku lalu melihat sekeliling.

Wargh!

Jerit goblin itu. Mesti dia marah lihat goblin yang lain sudah mati dengan cara sungguh terseksa itu. Aku rasa dia ini mungkin ketua goblin ini.

Wargh!

Goblin itu tiba berlari lalu menyerang aku. Aku berundur ke belakang untuk mengelak serangan dia. Cukup laju untuk badan sebesar itu. Mesti dia ada banyak pengalaman dalam bertarung.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now