cp 83

1.9K 326 20
                                    

"Kamu ceritakan tentang penyihir itu lagi ke," satu suara menegur kami.

Kepala aku menoleh ke kanan dan kelihatan tuan Kovu datang sambil menghadiahkan kami satu senyuman yang manis. Dia mengambil tempat duduk disebelah cucunya.

"Tak salahkan, saya memang sukakan dia. Satu hari nanti, kalau saya dah sekolah di ibu kota saya mahu berjumpa sama dia," balas Lieve dengan sungguh bangga. Apa dia memang sukakan aku sampai begitu.

Aku suka sebenar namun terasa pelik kerana selama ini mana ada orang sukakan aku. Bencikan aku adalah.

"Cik Cloe berbuallah dahulu sama atuk saya. Saya mahu sediakan minuman untuk dia," bicara Lieve sebelum pergi meninggalkan aku.

Mata aku memandang sosok yang berjalan itu lalu beralih memandang ke arah cawan di hadapan aku. Pantulan wajah aku kelihatan di balik air tadi.

Rambut aku sudah bertukar warna namun mata aku tetap juga begitu kerana sihir penyamaran aku agak lemah. Susah untuk aku tukarkan organ dalaman. Luaran masih boleh tetapi dalaman agak sukar.

"Maaflah, cucu saya tu cakap banyak benda tentang penyihir itu. Minat dia kepada penyihir itu memang tidak dapat dibuang lagi," ujar tuan Kovu.

Aku hanya tersenyum nipis sambil menggelengkan kepala aku sebagai tanda aku tidak kisah. Sebenarnya malu juga.

Kalau Lieve tahu aku adalah penyihir yang dia minat itu mesti dia tidak akan begitu. Mungkin sudah jadi sesi temu bual sekarang.

Tapikan, bagaimana dia boleh suka sangat aku sampai begitu? Seingat aku, dia ada sebut bahawa datuknya pernah beritahu sihir kegelapan dan sihir biasa sama sahaja. Tapi macam mana pula tuan Kovu tahu?

"Tuan, boleh saya tanya soalan sedikit tentang tuan?"

Lelaki di hadapan aku melihat ke arah aku seperti dia membenarkan aku menanya soalan itu.

"Lieve kata tuan ajar dia supaya tidak membenci sihir kegelapan, kenapa? Bukankah sihir itu bahaya kepada manusia biasa," tanya aku.

Lelaki tua itu terdiam sejenak dan dia kelihatan terkejut apabila aku menanyakan soalan itu. Beberapa saat kemudian, dia mula tersenyum kembali.

"Bagi saya semua sihir itu sama. Yang membezakannya ialah elemen yang digunakan. Kalau sihir kesucian menggunakan elemen keberkatan dewa kesucian maka sihir kegelapan menggunakan elemen keberkatan dewa kegelapan. Tidak ada beza. Sama sahaja menggunakan keberkatan. Jadi sebab itu saya tak pernah bencikan semua jenis sihir. Saya hanya bencikan orang yang salah menggunakan sihir itu."

Panjang penerangannya dan aku sangat faham. Aku juga sangat setuju dengan apa yang dia katakan.

Aku sebagai penyihir kegelapan memang mendapat keberkatan dewa kegelapan atau lebih tepatnya iblis. Bukan iblis biasa malah raja iblis.

Semua itu kerana dulu tuan Ryzel pernah berikan keberkatannya kepada aku ketika aku cuba membuat perjanjian pada pokok limpahan sihir dunia. Dengan menggunakan kekuatan dia berikan, aku berjaya melakukan perjanjian itu.

Mendengar semua penjelasan tuan Kovu itu membuat hati aku sedikit senang. Masih ada lagi orang berfikiran begitu. Selama ini aku hanya menemui orang yang selalu menganggap sihir yang ada pada aku adalah satu sihir yang bahaya. Lebih tepat kutukan kepada aku.

Aku tidak pernah fikir sihir kegelapan ini kutukan kepada aku, malah aku menerima sihir ini sebagai hadiah kepada aku. Ibu sangat sukakan sihir ini sehingga dia sering berusaha meningkatkan kekuatan sihirnya. Jadi untuk apa aku membencinya.

"Bagaimana tuan tahu banyak tentang sihir kegegelapan ini?" Soa aku.

Niat aku bertanya soalan ini adalah untuk mencari tahu identiti sebenarnya. Semakin tertanya aku akan identiti lelaki tua ini. Dia menpunyai aura sihir yang kuat, jadi aku tak rasa dia manusia biasa.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now