cp 95

1.9K 344 70
                                    

"Kau memang manusia yang menarik," ujar perempuan itu kepada Noir.

Melihat rupa paras perempuan itu, Noir sudah dapat menjangka bahawa itu adalah Sylvaine. Berambut panjang dan mata biru. Siapa lagi kalau bukan dia.

Mata Noir tajam melihat perempuan itu yang kelihatan sungguh kuat dengan aura sihir kesuciannya. Dia memang tidak dapat menafikan bahawa perempuan itu sangat kuat berbanding dengan Duke Kylo.

"Biar aku teka, tujuan kau datang ke sini untuk dapatkan buah dari pokok itukan," Sylvaine melihat ke arah pokok besar tadi.

"Jadi kau sudah tahu."

"Apa lagi tujuan manusia datang kemari kalau bukan untuk buah itu."

Noir terdiam. Ada betul apa yang dikatakan oleh Sylvaine. Dia sendiri datang situ dengan niat itu juga.

"Jadi kau akan beri buah itu pada aku?" Soal Noir.

"Tak, aku akan beri setelah kau berjaya menyelesaikan ujian yang aku berikan."

Noir sedikit terkejut mendengar ada ujian namun apa boleh buat. Untuk dapatkan buah itu, dia sanggup berbuat apa sahaja.

"Apa dia?"

Sylvaine tersenyum sinis lalu dia mengangkat tangannya. Serta-merta tanah di sekeliling kawasan ini terangkat dan membentuk satu makluk yang gergasi. Mahluk itu 5 kali ganda lebih besar dari Noir.

"Kalahkan dia," ujar Sylvaine sambil tersenyum jahat.

Noir yang melihat gergasi itu berasa mula meningkatkan kekuatan sihirnya. Gergasi itu kelihatan sungguh bahaya dan mungkin lebih bahaya daripada haiwan di hutan tadi.

Gergasi itu berjalan mendekati Noir membuat Noir terpaksa berlari. Walaupun tempat ini luas tatapi agak sukar untuk dia sorokkan dirinya. Tadi dia berlawan dengan dua raksasa purba dan sekarang kena lawan mahluk ini pula. Memang memakan tenagalah ceritanya.

Jadi sebab itu kalau boleh dia mahu cari tempat yang untuk bersembunyi dahulu. Kalau tak dapat ini rasanya dia terpaksa gunakan cara terakhir itu.

"Garrr!" Raksasa itu menjerit lalu menghentak tanah.

Bergegar tanah itu membuat Noir hampir hilang keseimbangannya. Tidak cukup dengan itu, raksasa tadi juga turut melempar beberapa batu besar ke arahnya.

Dengan menggunakan sihir pelindung, dia berjaya menghidari serangan itu. Namun itu semula tidak lama apabila raksasa itu secara tiba berlari ke arahnya lalu menendang dinding sihir tadi sehingga pecah.

Dirinya juga terkena dengan tendangan itu sehingga membuat dia sedikit terpelanting ke belakang. Nampaknya raksasa ini memang tidak main-main menyerang dia.

Itu sangat bahaya. Kalau dia leka mungkin raksasa itu akan membunuhnya. Sylvaine juga kelihatan tiada niat mahu hentikan raksasa itu malah dia hanya tersenyum jahat melihat pertarungan ini.

Noir menggenggam tangannya lalu kaki dia menhentak tanah itu. Muncul beberapa buah bongkah yang diperbuat daripada tanah menghalangi pergerakan raksasa tadi.

Apabila raksasa itu berhenti akibat bongkah itu, Noir terus berlari ke arak raksasa itu sambil mengeluarkan pedangnya. Sihir api dia aktifkan di pedang itu membuat pedang tadi berapi.

Pedang tadi dia terus hayunkan ke arah raksasa itu tepat dibahunya namun semua itu berhenti begitu sahaja apabila pedangnya memang tidak memberi efek langsung terhadap badan raksasa itu.

"Garrr!" Raksasa tadi mula marah dan cuba menumbuk Noir.

Dengan pantas Noir mengelak dan sedikit mengundur. Dia memandang ke arah serangannya yang memang tidak memberi kesan tadi.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now