cp 140

1.7K 274 14
                                    

Gambar seorang gadis berambut perang yang sedang berada di sebuah taman ditatap oleh aku. Mata aku terpegun melihat lukisan itu. Ianya sangat cantik seakan orang itu bergerak sendiri yang ada di dalam lukisan ini.

Ditambah pula dengan muka gadis di dalam lukisan ini yang cantik jelita itu. Mukanya kecil, matanya merah serta rambut yang sungguh bersinar terkena cahaya matahari. Aku seakan sedang melihat bidadari turun dari langit.

Tangan aku ingin menyentuh gambar tersebut namun terhenti kerana aku takut akan merosakkan lukisan yang cantik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangan aku ingin menyentuh gambar tersebut namun terhenti kerana aku takut akan merosakkan lukisan yang cantik itu. Dan juga, entah kenapa hati aku terasa sungguh sedih melihat lukisan ini.

Aku tidak pernah melihatnya tetapi hati aku seakan memberitahu aku bahaaa lukisan itu sunggih berharga. Adakah itu suara hati ibu? Mana mungkin aku yang tidak pernah melihat lukisan ini sebelum ini boleh merasakan seperti ini.

Semua ini mesti perasaan ibu. Dia sedang membicarakan sesuatu kepada aku. Tepat dia ingin aku mengetahui kisahnya.

Sambil mata aku menatap lukisan indah itu, tiba aku terperasan bahawa ada satu lagi lukisan yang berada di tepi lukisan itu. Lukisan itu dilindungi oleh satu kain putih seperti lukisan ini tadi.

Tangan aku menarik kain tersebut dan aku melihat satu lukisan seorang wanita berambut hitam berdiri dan ada seorang gadis kecil berambut perang duduk di atas sebuah kerusi.

Wanita yang berdiri itu memiliki wajah yang sama seperti lukisan aku jumpa di tangga tadi. Mungkin itu adalah dia. Dan gadis kecil yang duduk di sebelahnya pula memiliki rambut perang tetapi aku tidak dapat melihat wajahnya kerana wajah kecil itu hanya kosong dan tidak terlukis.

Apa lukisan ini tidak sempat disiapkan? Rugi betul kalau tidak disiapkan. Ianya sangat cantik dan kalau disiapkan mesti akan lagi cantik.

Mata aku memandang satu lukisan itu dari atas sehingga bawah dan tiba aku terperasan satu tulisan kecil tertulis di penjuru lukisan itu.

'Anak tersayangku. Syurga atau neraka, ibu akan tetap akan sayang kamu.'

Aku tersenyum membaca ayat itu. Rupanya gadis yang ada di dalam gambar itu adalah anaknya dan dari lukisan ini aku mengetahui bahawa wanita berambut hitam itu mesti sangat sayangkan anaknya.

Menang seorang ibu yang sungguh mulia hatinya. Bukan sahaja hati malah jiwanya. Dia mungkin sangat sayangkan anaknya itu sehingga membuat semua ini.

"Cikgu sedang lukis apa tu?"

"Saya sedang lukisan seorang bidadari syurga."

"Tapi itu sayakan? Saya bukannya bidadari."

"Tapi kamu adalah bidadari syurga untuk saya."

Tiba kepala aku sakit dan kedengaran satu suara asing yang masuk ke kepala aku. Tangan aku memegang kepala yang terasa sungguh sakit ini.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now