cp 21

3.1K 422 19
                                    

"Cantiklah, anting-anting ibu."

"Cantikkan. Kamu nak tak anting-anting ni?"

"Ibu nak beri pada Irene ke? Tapi inikan anting-anting kesukaan ibu."

"Ya, ibu akan beri anting ini pada kamu sebab kamu pun kesukaan ibu."

"Betul ke?"

"Ya, ibu aku beri pada kamu apabila kamu sudah 18 tahun nanti. Kamu tunggu ya."

Mata aku terbuka perlahan keluar dari alam mimpi tadi. Badan aku terasa sangat sakit. Sudah berapa lama aku tidak sedarkan diri sejak kejadian itu? Tiga hari rasanya.

Memang kejadian pada malam majlis diraja itu membuat diri aku sangat lemah sehingga aku pengsan setiba di rumah. Dan sejak kejadian itulah aku selalu bermimpikan tentang ibu.

Semua memori aku bersakq ibu tiba-tiba sahaja menyelusuri fikiran aku. Mimpi indah aku bersama dan mimpi buruk aku ketika dia meninggalkan aku.

Semuanya ada. Mimpi tersebut seperti mahu membuat aku mengingatkan kembali ibu setelah 12 tahun meninggalkanku.

Aku mengeluh pasrah. Badan aku disandarkan di kepala katil ini. Aku memang tidak faham akan apa-apa sekarang.

Hadirnya sosok ibu ketika aku hilang kawalan itu hari membuat aku seakan hilang akal. Aku rindukan ibu dan apabila dia muncul, dia tinggalkan aku lagi.

Itu bukan halusinasi aku tetapi itu memang ibu aku. Dia bukan lagi manusia tetapi sudah menjadi mahluk lain. Aku ingin mengetahui apa rahsia yang dia sorokkan dari aku selama ini.

Bagaimana dia meninggal?

Bagaimana dia boleh muncul di hadapan aku?

Dan kenapa aku merasakan satu aura lain dalam dirinya ketika itu?

Adakah dia bukan manusia lagi ataupun bayangan ibu hanyalah sihir aku yang cuba mengawal aku kembali.

Sungguh banyak misteri yang terjadi. Bermula dari keadaan malam sihir yang tidak teratur, adanya kuasa kegelapan yang memecahkan kuasa aku dan sekarang hadirnya sosok ibu aku selama ini aku rindu.

Kepala aku buntu ingin memulakan semua ini dari mana. Semua ini seakan bercantum tetapi aku tidak tahu darimana mulanya semua ini.

Apa aku patut pergi ke menara sihir kegelapan?

Di sana aku mungkin dapat menemukan sedikit maklumat tetapi itu menara yang paling aku tidak mahu pergi.

Bukan kerana aku tidak suka tetapi kerana menara itu membuat aku mengingati ibu. Selama 12 tahun ibu meninggalkan aku, aku tidak pernah ke sana lagi.

Banyak memori aku dan ibu disana membuat aku takut sekiranya jiwa aku tidak dapat tahan mengingati ibu. Tempat itu juga merupakan tempat mayat ibu ditemui.

Pergi ke tempat yang merupakan tempat mati ibu memang sangat menyakitkan. Aku sampaikan boleh ingat bagaimana mayat ibu ketika itu.

Tetapi sekiranya aku tidak pergi, sampai bila-bila aku tidak akan tahu semua misteri ini. Hanya menara itu sahaja tempat yang boleh memberi aku sedikit maklumat.

Aku mesti pergi walaupun menyiksa diri ini.

.
.
.
.
.

Ryzel mematap tajam bulan merah yang berada di alam iblis itu. Tangannya bermain dengan cincin merah sambil kepala memikir sesuatu.

"Penyihir kegelapan Irene, kamu disabitkan kesalahan cuba meracuni puteri daripada keluarga diraja. Oleh itu, kamu akan dihukum penggal pada hari ini,"

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now