cp 150

1.6K 286 19
                                    

Mata Nale menatap bola cahaya yang ada di hadapannya kini. Di dalam bola cahaya itu, dia dapat melihat seorang lelaki berambut merah sedang membaca buku sihir.

Bukan setakat membaca malah lelaki itu juga mencuba beberapa sihir baharu yang di belajar dari buku tersebut. Melihat semua itu memang membuat Nale tertawa kecil.

Dia tidak sangka bahawa penyihir yang dia lihat itu adalah penyihir kegelapan terkuat di negara itu. Lelaki itu baru mempelajari sihir di dalam buku itu pada umur begitu sedangkan dirinya sudah belajar sihir itu sejak umurnya 11 tahun lagi.

Dari situ, Nale sudsh dapat tahu bahawa pengaruh sihir kegelapan di Croalia memang lemah berbanding di sini. Walaupun negara itu tidak mengharamkan sihir kegelapan tetapi ilmu mereka tentang sihir itu jauh lebih lemah berbanding di negara ini yang mengharamkan sihir kegelapan.

"Memang betul kata kakak. Mereka sangat lemah daripada apa yang dijangkakan," ujar Nale sendiri.

Dia mengeluh pasrah lalu menyandar di kerusi itu. Ada sedikit rasa penat hadir di dalam dirinya tetapi dia harus siapkan kerjanya. Dia tidak mahu kerja Irene semakin bertambah hanya disebabkan dia tidak dapat membuat kerja tersebut.

Dalam dia sibuk menyandar itu, tiba dia merasakan sesuatu datang mendekati menara itu. Lebih tepatnya ke arah batu kawalan menara tersebut.

Nale mengambil buku sihirnya lalu menelepotasi ke atap menara ini yang terdapat batu kawalan tersebut. Sesampai di sana, dia dapat melihat seorang wanita berambut hitam sedang mengarah sihirnya kepada batu itu.

Nale mengangkat tangannya lalu muncul satu ais kecil yang membentuk buluh tajam. Tanpa berlengah masa ais tersebut terus ditambak laju ke arah wanita itu tadi.

Bush!

Ais tadi dapat dihalang oleh wanita itu. Sekarang wanita itu sudah tahu akan kehadiran Nale dibelakangnya.

"Siapa kau?" Soal wanita itu.

Nale tidak menjawab dan terus berjalan mendekati wanita itu. Matanya yang berwarna kuning itu bertukar biru bermakna dia sedang menggunakan mata iblisnya.

Nale melihat wanita itu berbeza dengan manusia biasa. Jiwa yang ada pada wanita itu bukan jiwa manusia melainkan jiwa iblis.

"Jawab soalan aku. Siapa kau?" Soal wanita itu lagi.

"Aku tak ada masa bercakap dengan orang asing," balas Nale lalu datang serangan ais yang bertalu menuju ke arah wanita itu.

Dengan pantas wanita itu mengelak dan cuba menyerang Nale namun Nale dengan lebih tangkas menyerang dahulu sebelum wanita itu sempat menyerangnya.

"Berani kau!" Marah wanita tadi.

Wanita tadu terus berlari mendekati Nale dan cuba menyerang kepala budak itu pula. Nale dengan cepat mengelak lalu menendang badan wanita itu sehingga membuatnya terjatuh dari menara itu ke tanah.

Tanah tempat wanita tadi jatuh bergegar akibat Nale yang aktifkan sihir pecahkan tanah. Dia tidak mahu wanita itu terlepas. Dia dapat rasakan bahawa wanita itu bukan orang biasa.

Selepas tanah tadi memecah dan membentuk satu lubang besar yang memerangkap wanita tadi, Nale terus membuat beberapa ais tajam lalu terus dihalakan ke arah wanita itu tanpa henti.

Beberapa minit serangan itu terjadi sehingga Nale tidak melihat satu pun pergerakan dari bawah. Serangan tadi dihentikan dan Nale terus menuju ke kawasan serangan tadi.

Alangkah terkejut dia melihat bahawa tiada sesiapa di sana kecuali tanah yang kosong. Itu bermakan tadi di hanya menyerang tanah tersebut.

Bab!

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now