cp 56

2.3K 336 22
                                    

"Daripada kamu terus begini, apa kata kita keluar sebentar?" Cadang tuan Ryzel.

"Pergi mana?"

"Kota," ujar tuan Ryzel lalu dia memetik jarinya dan terus tempat kami berubah.

Tadi kami berada di tasik, tiba-tiba berada di hujung kota. Tuan Ryzel mesti gunakan sihir telepotasinya tadi.

"Tuan nak buat apa datang sini?" Soal aku sambil cuba mengubah diri ini menggunakan sihir penyamaran.

"Saya nak buat satu lagi kenangan indah untuk kamu," lelaki itu tersenyum.

Mendengar dia berkara begitu membuat aku berasa pelik. Memang ada lagi kenangan dia mahu lakukan disini. Tempat ini tidak akan berubah walaupun sebentar mana aku datang.

Setelah selesai aku mengubah diri, aku dan tuan Ryzel terus melangkah masuk ke dalam kota itu. Dapat aku lihat sungguh sebuk keadaan kawasan ini sekarang. Semua penduduk sibuk dengan aktiviti harian mereka.

Aku yang berjalan di samping tuan Ryzel itu hanya berdiam tidak tahu ingin mengatakan apa. Tuan Ryzel pula hanya berjalan sambil tersenyum. Tidak tahu apa yang dia senyumkan sangat itu.

"Bila saya sudah pergi nanti, kamu mahu buat apa?" Tuan tiba Ryzel menyoal.

"Saya tidak tahu. Mungkin saya hanya akan berkerja di menara sihir," balas aku.

Sebenarnya ada lagi yang akan aku lakukan tetapi aku tidak mahu mengatakannya kerana itu kedengaran aneh kepada tuan Ryzel nanti.

Mana mungkin dia percaya bahawa aku mahu membalas dendam kepada Vivian kerana menjadi pembunuh aku dulu.

"Kamu tahu, menara sihir tu sebenarnya ada satu lagi bilik rahsia yang kamu tidak masuk lagi."

Aku menoleh ke arahnya. Bilik rahsia? Seingat aku, aku sudah masuk semua ruang di menara itu dulu. Tidak ada satu pun aku tertinggal.

"Ada ke, tuan? Seingat saya, saya sudah masuk semua ruang menara itu," aku kehairanan.

"Ada, ruang tu ada di perpustakaan menara. Kamu cuba cari di sana dan kamu akan jumpa sesuatu yang menarik," balasnya sambil tersenyum.

Apa sesuatu yang menarik dia maksudkan?

Setahu aku ruang itu penuh dengan buku sihir dan semua buku itu aku sudah baca. Mustahil aku tertinggal walaupun satu.

Tetapi dia katakan di sana ada lagi tempat yang aku tidak masuk. Jangan-jangan selama ini dia selalu berada di perpustakaan itu kerana pergi ke ruang itu tanpa pengetahuan aku.

"Tuan, dekat-" kata aku terhenti apabila melihat lelaki itu berhenti. Kepalanya menoleh ke arah kanan melihat tajam ke seberang jalan ini.

"Apa yang tuan lihat?" Soal aku turut melihat ke arah itu.

Aku tidak melihat apa-apa melainkan penduduk yang sibuk berjalan di sana.

"Tadi saya rasa macam ada orang perhatikan kita, tapi tak apa lah," dia mula melangkah kembali.

Aku memandang pelik ke arahnya. Memang siapa mahu perhatikan kami berdua.

Malah sekarang kami menggunakan sihir untuk mengurangkan aura kuat keluar, jadi untuk ada orang lain tahu keberadaan kami memang tak mustahil kecuali penyihir yang sangat kuat.

"Tuan, saya boleh saya tanya sesuatu tentang iblis tak?" Pinta aku.

"Apa dia?"

Aku diam sejenak lalu cuba menarik kekuatan untuk menanyakan hal itu. Soalan yang ingin aku tanga mungkin boleh menyinggung hati tuan Ryzel sebagai raja iblis. Jadi aku mesti bersedia kalau terjadi apa-apa.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now